Janda Baik

♥Assalamualaikum♥

Sapa pernah ke Janda Baik?? Angkat tangan...

Aku?? Memang tak pernah. Sebelum ne tak pernah pun terpikiaq nak ke sana, Bila dah viral bermacam-macam jenis Chalet dekat sana, baru la rasa teringin nak pi, Kebetulan 13 Disember 2015, Mr Alon ada jemputan majlis kahwin dekat Bentong. So, alang-alang dah dekat tu plan nak stay semalam dekat Janda Baik. Last minit punya plan jangan harap la nak dapat chalet-chalet yang terlajak laris tu. Tambah-tambah cuti sekolah, weekend plak tu. Hmmmmmm...hampa aku seketika. Aku survey semua chalet yang best dah penuh. Yang tak best pun penuh, macam mana cerita ne. Huhuhuhu!!Terpaksa la kami tukaq plan.

Bertambah hampa bila Kedah kalah dengan Selangor malam tu. Huh..Ok, bye!!

Ok, sambung cerita kita. Pagi tu semua berkumpul. Kami akan bergerak ramai-ramai dari Putrajaya terus ke Bentong. Sampai Bentong lebih kurang 12.30 tengahari. Ngam-ngam time lunch kan.



Selamat penganti baru buat Razif dan isteri. Selamat melayari alam rumahtangga, semoga kekal sehingga ke SyurgaNya...








Dah setle makan kenduri, kami terus gerak ke Janda Baik. Yehuuuuuu. First time ok aku sampai Janda Baik. Sampai ja dekat pintung gerbang Welcome To Janda Baik, aku dah macam...woooowwwww!! Tak sangka Janda Baik secantik ne. Kampung Janda Baik ok uoolllsss. Bukan merujuk kepada individu mana-mana. Hahahahahhaha!! Suasana yang nyaman, damai, cantik dengan sungai yang bersih, memang sapa-sapa pun akan jatuh cinta. 

Jalan nak sampai ke Janda Baik, agak berliku-liku, tapi jangan risau, sebab jalan bertar elok. Sampai ja terus salin baju. Nur Iman dah tergedik-gedik tengok ayaq. 






Mulanya kami macam teragak-agak nak bagi Nur Iman mandi, sebab ayaq sungai kat Janda Baik ne sejuk sangat uoollsss. Kita pun dah tak tahan, apatah lagi dia kan.

Mula-mula aku test celup kaki dulu. Hmmmm. lagi kita celup lagi dia gedik. Tak kira sejuk ka apa dah, seronok duk tepuk ayaq. Hai la Nur Iman. Tapi, aku mandikan dia sat ja la. First time merasa mandi sungai kan. Len kali bleh repeat lagi...









Lepas mandi, masing-masing dah lapaq. Tapi jangan risau, kat tepi-tepi jalan kat sini, ada gerai yang jual bermacam jenis makanan. 

Kat sini jugak ada bermacam-macam aktiviti macam water rafting, jungle tracking, paintball. Paling aku teringin, nak naik ATV. Haisshh, bila nak bleh naik kan. 

Bagi aku, Janda Baik adalah destinasi percutian singkat yang paling sesuai. Tak jauh dengan KL, Selangor. Banyak chalet yang sangat cantik. Mahal ada murah pun banyak. Pilihan terletak di tangan anda. 

Kami bergerak balik dari Janda Baik lebih kurang jam 6.30 petang. Terus singgah makan Nasi Lemak Kampung Baru.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..