Walimatulurus Aisam & Wana

♥Assalamualaikum♥

Wedding..wedding..wedding..

5 Disember 2015 yang lepas, bertempat di Gombak, kami dijemput menghadiri Walimatulurus Aisam & Wana, senior aku merangkap BFF Mr Alon. Disebabkan pengantin lelaki ne bekas pelajar POLIMAS dan jugak bekas Ahli Pengakap Kelana POLIMAS, so rombongan Cik Mahdir dari Kampung Pancoq, Kedah pun join.











Untuk Aisam & Wana...

Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari alam rumahtangga. 
Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke SyurgaNya.


Ok, done kisah wedding. Kita biaq pengantin baru fefeling honeymoon depa. Lepas wedding, macam biasa, bila dah lama tak berkumpul macam ne, nak la lepak-lepak sekali kan. So, kami decide nak lepak-lepak sembang dekat apartment yang pengantin sewa khas untuk rombongan Cik Mahdir, Urban 360 Apartment, Gombak. Sambil tu boleh la rehat-rehat. Dah puas sembang, kami semua tawaf kawasan apartment untuk tengok view. Aparment ne memang cantik, Kalau sewa rumah kat sini mau kuruih kering kami laki bini tak makan, sebab duit abeh bayaq sewa umah. Hahahaha!!

Dari awal lagi, depa dah pesan bawak baju salin, boleh swimming dekat pool. Hmmmm, tapi...yang bertuahnya aku ne, baju Nur Iman aku bawak, baju aku ngan Mr Alon tak bawak. Abeh tu macam mana Nur Iman nak mandi kalau ibu ngan ayah tak bawak baju salin kan. Takkan la ibu nak terjun dalam pool dengan jubah, Boleh bayang jadi lagu mana dak? Jubah terapung kot ataih la cerita dia. Dah la pool ne ada cermin transparent, memang free show la anak oiii...Tak sanggup mak nak..








Tepi sikit semua, double triple model saiz nak memperagakan jubah. Cantik? Bukan aku la, jubah tu ha..Hehehe. Memang super duper selesa jubah dari Jubahsouq ne. So, apalagi para bini-bini sekalian, BONUS dah masuk, ajak la para laki-laki sekalian pi beli. Termasuk la laki iooolllsss. Hye Sayang..(Qenyeh sampai telinga)..Hehehehehe!!

Ok, berbalik pada cerita swimming pool kita tadi. Sapa tak geram kan, panaih-panaih tengok ayaq swimming pool tu. Rasa macam nak balik pi amik baju pun ada. Haishhh..Yang husband ioollss n the gang nak pi beli baju dekat pasar malam depan aprtment. Depa senang la kan, beli baju ngan seluaq katak, dah setel. Kita yang wanita-wanita ayu ne dengan baju lagi, seluaq lagi, tudung lagi. Pendek kata dari ataih sampai bawah, dari dalam sampai luaq. Mana nak cari kat pasar malam tu cek ooiii. Tak pa la, ioollss pasrah. Ikut ja la ronda kat pasar malam tu. Tiba-tiba.......

Jeng..jeng..dari jauh aku nampak ada sorang makcik ne juai khazanah wanita. Kihkihkih. Dari jauh aku dah gelak. Apa lagi, terus serbu pi beli. Hahahaha, ada aku kisah. Masuk pasar malam ja shopping macam apa lagi. Lengkap set baju laki bini.

Malam tu apa lagi, berendamlah kami semua dekat swimming pool. Nur Iman ja aku tak mandikan sangat, sebab dah malam kan. So rendam-rendam kaki ja la. Sorry Nur Iman, nanti ibu ayah bawak pi mandi lagi na.

Lepas puas swimming, rehat sembang-sembang dulu terus gerak balik. Ingat boleh la terus balik tidoq dekat rumah, rupanya depa sambung plak kat kedai makan. Al maklum la, setahun sekali nak jumpa pun kan. Nama ja duk dekat. Kihkihkihkih....

Sampai rumah dalam 3 pagi, terus mimpi sampai ke tengah hari.

Sekian saja percutian kami kali ne ke GOMBAK!!


Last but not least, nak tepek gambaq Si Bulat....




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..