Majlis Resepsi (7 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Entry nikah dah, entry bersanding la pulak kan. Sebelum majlis berlangsung, normal kita akan rasa was-was dalam semua perkara. Benda yang paling aku pikiaqkan, dress aku, mekap aku. Cantik ka dress aku, muat ka dak, mekap aku cantik dak, satgi nampak tak cantik pulak. Semua tu tak berenti aku pikiaq sampai la selesai majlis. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mekap cantik, dress elok-elok padan walaupun aku ne ala-ala bam-bam sikit. Hahahaha.

Mekap untuk hari bersanding, aku request ala-ala klasik dengan red lips. Padankan dengan dress labuh hijau zamrud. Konon nak tiru scha al-yahya. Hahahaha.

Rombongan lelaki sampai lebih kurang kui 1 tengah hari. Berdebar-debar uolllsss nak jumpa laki i. Hahaha, gediks sangat.

Majlis Akad Nikah (6 Jun 2014)

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah...17 hari dah berlalu selepas aku terima nikahnya Mr Alon. Rasa macam baru semalam. Panas lagi uolllssss. Hehehe.

Aku bersyukur sangat-sangat, semua urusan majlis kami berjalan dengan mudah dan lancar. Terasa macam semua urusan dipermudahkanNya. Dari urusan persiapan kelengkapan, pakej perkahwinan, urusan borang nikah, semuanya rasa mudah ja.

Officially Mrs Alon

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya penantian selama 7 tahun, berakhir dengan ikatan yang sah. Syukur..syukur..syukur..

Terima kasih untuk semua yang dah bertungkus lumus untuk pastikan majlis kami berjalan dengan lancar. Terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak. Terima kasih yang tak terhingga.

Tak lupa juga kepada pengapit kami yang dah terlantaq keletihan kat rumah. Hahahaha. Fashwan & Adah, thanks for everything. Thanks sebab sentiasa berada di sisi kami sepanjang majlis berlangsung walaupun dah boleh nampak muka keletihan tu. Hehe.

Tak dilupakan jugak sanak saudara jauh dekat, sahabat handai, rakan sekerja, semuanya yang sama-sama memeriahkan majlis kami.

Yes...i do..

♡Assalamualaikum♡

Pejam celik..pejam celik...only 5 days left...

Alhamdulillah...apa yang dirancang hampir menjadi kenyataan..semoga segala perancangan berjalan dengan lancar..aminnn...

Sebelum tibanya hari bersejarah aku dan Mr Alon, boleh la aku story sikit-sikit hari pertunangan kami...

Memang plan kami last minit untuk bertunang. Plan asal kami tak mau bertunang, tapi atas permintaan keluarga akhirnya kami ditunangkan...