About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Tuesday, 29 November 2016

Babymoon - Bali Part 5

♥Assalamualaikum♥

Bali Day 4 (11 Oktober 2014)

I'm back. Ceqita honeymoon dah basi, baru perasan tak dak entry untuk hari last kat Bali. Hmmm, aku update ja yang mana aku ingat. Yang tak ingat tu kita skip ja la k. Maklum la, faktor usia. Bukan nak bleh ingat semua benda dah. Kihkihkih!!

Ok, pagi last kami kat Bali. Breakfast makan roti ja. Pagi ne macam biasa Mas Wawan pickup dekat hotel, checkup siap-siap sebab nanti terus ke airport ja.

Destinasai Pertama - Hard Rock Shop


Kalau dengan Mr Alon, memang wajib singgah sini. Dia antara penggemar barangan Hard Rock. Hard Rock Shop ne terletak Jalan Kuta. Kalau nak ke sini, jangan terlajak tau. Sekali terlajak tak leh patah balik dah, sebab jalan one way. So, kena la pusing balik satu pusingan. Kena plak time hari minggu memang agak sesak dekat situ. Mas Wawan just drop kami depan Hard Rock Shop, then dia pi cari parking. Nanti dia akan mai cari kami kat sini balik. Baik kan Mas Wawan. Keutamaan dia adalah keselesaan dan kesenangan guest dia.

 


Dari Hard Rock Shop, kami jalan ke Pantai Kuta. Tak jauh pun, dekat sangat-sangat. Tapi, memandangkan matahari dah terpacak atas kepala, mak buyong penat jugak la. Fuhhh..




Pantai Kuta ne ala-ala Pantai Chenang, Langkawi. Memang kawasan ne adalah kawasan tumpuan pelancong. Kalau sebelah malam, memang meriah la kawasan ne dengan pelancong asingnya.






Jalan sepanjang Pantai Kuta tu kita akan nampak Hard Rock Cafe. Jalan depan sikit, akan ada satu shopping mall. Aku dah tak ingat nama shopping mall tu.






Lepas jalan-jalan dekat Pantai Kuta, kami ke Matahari Kuta Square. Dekat situ rasanya port untuk shopping jugak. Ada mall, dan ada jugak kedai dekat sebelah luaq. Kami singgah butik Hurley untuk cari barang pesanan. Setle beli barang, ronda-ronda dalam mall, then kami terus ke Discovery Shopping Mall. Mall ne tepi pantai. So, boleh la jalan-jalan tepi pantai sementara cukup masa nak ke airport.









Masa jalan-jalan kat tepi pantai ne, sempat lagi sembang-sembang dengan Mas Wawan pasai family dia. Dia kata teringin nak bawak anak ngan wife jalan-jalan tepi pantai macam ne. Tapi belum berkesempatan dan rumah dia pun jauh dari kawasan Kuta ne. Nak menyewa kat kawasan Kuta ne mahal katanya. Kalau nak tau family Mas Wawan ne stay dekat Jawa. Kebetulan masa ne, cuti sekolah kot, sebab tu wife ngan anak dia ada kat sini.





Time ne Nur Iman dalam perut lagi dan tak tau pun lagi yang nak keluar tu Nur Iman ka Mohd Iman, so ibu pun tulis ja la baby. Walaupun dalam perut, kira anak ibu pun dah penah sampai Bali dah la kan. Ka nak kena ajak ayah repeat lagi ne?? Kihkihkih





Lepas penat jalan-jalan kat tepi pantai, kami ke Masjid Nurul Huda yang terletak berdekatan dengan airport. Kalau nak tau, masjid ne dalam satu kawasan pagaq dengan gereja dan jugak kuil. Masa tengah solat, boleh la dengaq "azan" bagi kaum Hindu Buddha kat sini. Kuat cek oiiii. Hehehehehehe!!





Flight balik ke KL malam, dah tak ingat jam bapa. Kihkihkih. Time Mas Wawan drop dekat airport tu, kami laki bini macam sebak plak. Yala, dengan layanan A++++ Class yang Mas Wawan bagi, rasa sedih plak nak berpisah. Cewahhh. Hahahahha!! Panjang umuq kita jumpa lagi na Mas Wawan.




Masa dalam flight balik, mak buyong dah lapaq. So, bila husband kata order ja, sebab nak abehkan duit Rupiah, Nah hang, mak buyong oder dua teruih. Hahahahaha!! Nasi Lemak Pak Naseer dengan Cheese Burger. Ok bye.



2 comments:

  1. Alaaa...seronoknya Bali! Belum berkesempatan lagi nak jejak sana...xde geng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 cari geng. Bali antara tempat wajib pi bagi yang suka travel. Romantik gitchewww....Kihkihkih..

      Delete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..