7 MAC 2016, ISNIN
Masih lagi di Penang, macam biasa bangun pagi breakfast dulu kat hotel. Nur Iman pun macam biasa, bersemangat macam hari-hari lain.
Bukit Bendera
Destinasi pertama hari ni, kami ke Bukit Bendera. Kalau mai Penang, rasanya tak lengkap kalau tak ke Bukit Bendera kan?Bukit Bendera sekarang tak macam Bukit Bendera dulu. Sekarang dah ada macam-macam tarikan kat atas. Best ka?? Jom, kita jelajah Bukit Bendera.
Aku memang dah lama berhajat nak bawak Nur Iman naik Bukit Bendera. Last aku naik masa zaman bercinta ngan Mr Azrol. Bila dah ada anak ne, nak la bawak nak pulak kan. Lagipun nak tengok jugak apa yang dah lainnya Bukit Bendera sekarang ne.
Mungkin sebab kami pi Bukit Bendera time weekdays, so memang orang tak ramai sangat. Dekat kaunter tiket pun nampak agak lengang.
Ne harga tiket Bukit Bendera,
Pemegang MyKad Bukan Pemegang MyKad
Dewasa Dewasa
Biasa : RM10.00 Biasa : RM30.00
Fast Lane : RM30.00 Fast Lane : RM60.00
Warga Emas Warga Emas
Biasa : RM5.00 Biasa : RM30.00
Fast Lane : RM5.00 Fast Lane : RM60.00
Kanak-kanak (4-6 tahun) Kanak-kanak (4-6 tahun)
Biasa : RM3.00 Biasa : RM5.00
Fast Lane : RM3.00 Fast Lane : RM5.00
Pelajar Pelajar
Biasa : RM5.00 Biasa : RM15.00
Fast Lane : RM15.00 Fast Lane : RM45.00
Kalau nak best masa naik Bukit Bendera tu, amik seat yang belakang sekali, masa turun plak amik seat depan sekali. Mungkin agak gerun, tapi view memang cantik. So, boleh la selfie puas-puas.
View dekat Bukit Bendera memang cantik. boleh nampak pemandangan Pulau Pinang. Dan kalau rajin boleh naik sampai ke atas lagi. Aku? Awai-awai dah surrender, tak sanggup nak menapak naik bukit, rugi lemak iiollsss. Kihkihkih. Tapi, kalau malas nak jalan, ada jugak disediakan perkhidmatan buggy. harga lebih kurang RM30 untuk satu pusingan.
View kat atas lagi cantik dan merupakan puncak tertinggi di Bukit Bendera ne. Siap ada meriam lama zaman British lagi.
Sekarang ne dah ada dek pemandangan dekat puncak Bukit Bendera. Dek yang luas dan selesa ne memberikan kita satu pengalaman yang istimewa, kita boleh nampak pemandangan Bandaraya Georgetown yang mengasyikkan. Boleh la kita menghayati keindahan alam ciptaanNya..
Antara tarikan terbaru di Bukit Bendera adalah Muzium Burung Hantu. Dalam muzium ne ada replika burung hantu yang diperbuat daripada bermacam-macam jenis bahan antaranya kayu, batu, logam, kaca, tanah liat, plastik, tanduk kerbau, kerang, kekacang, serat tumbuh-tumbuhan, kristal, porselin, tembikar, kertas dan barang-barang kitar semula. Macam menarik kan? So, pi la try masuk. Kami tak masuk pun, sebab macam dah penat. Hahahahaha!!
Ne info untuk tiket Muzium Burung Hantu
Dewasa : RM12
Warga Emas : RM6
Kanak-kanak (7 tahun ke atas) : RM6
Kanak-kanak (7 tahun ke bawah) : Percuma
Selain tu, sekarang ne dah ada Love Lock kat Bukit Bendera. Tak payah nak pi jauh-jauh macam kat Korea tu. Kihkihkihkih!! Ne pun boleh la nak fefeling Korea jugak. Pi la kunci mangga hampa kat situ. Aku, kunci manggan kat pagaq rumah dah la.
Sebelum turun dari Bukit Bendera, boleh basahkan tekak dulu dekat Cafe yang disediakan. Terliuq dak tengok? Sedap cek oi, bila panas-panas dapat pekena hat ni. Fuhhhh!!!
Lepas turun dari Bukit Bendera, kebetulan Kampung Melayu dah dekat. Sekali lagi kami tapau nasi kandaq Kampung Melayu, balik makan kat hotel. Senang, boleh Nur Iman berehat sebelum ke destinasi seterusnya.
Taman Rimba Teluk Bahang
Petang ne, kami ke Taman Rimba Teluk Bahang. Penah tengok orang viralkan tentang kejernihan ayaq terjun kat Taman Rimba Teluk Bahang ne. So, dah alang-alang kat sini, jom kita ke Taman Rimba Teluk Bahang.
Nur Iman macam biasa, kalau bab main ayaq memang serah kat dia. Sampai dah naik biru mulut pun, masih nak main ayaq. Best kat sini, sebab kawasan dia luas dan jugak bersih Semua kemudahan ada dekat sini. Petang, bawak anak-anak lepak mandi manda kat sini memang best.
On the way balik ke, kami singgah di tepi pantai dekat Batu Feringhi. Tak tau la nama apa pantai tu. Kihkihkihkih!! Lepak dulu kat situ, bagi Nur Iman main pasiaq. Nur Iman ne kadang-kadang macam geli nak pijak pasiaq. Kali ne tak geli pulak. Jangan makan pasiaq dah anak oiii..
Pantai ne bersih, pasiaq putih. Ditambah lagi dengan view yang cantik. Orang pun tak ramai sangat. Memang layan lepak kat sini sambil amik angin petang. Sebenaqnya, banyak lagi pantai kat Batu Feringhi ne yang boleh kita lepak. Bila lalu ja, kita akan nampak kat sepanjang jalan. So, pilih la pantai yang mana satu berkenan di hati, Hehehehehe!!
Pasembor Gurney Drive
Ok, malam ne malam last kat Penang. Tak lengkap rasanya kalau tak pekena pasemboq kan. Jom, kita cari pasemboq kat Gurney Drive.
Kat sini ada banyak pilihan kedai. So, tak kisah kalau pilih yang mana pun sebab lebih kurang ja rasa pasemboq tu. Kalau malam minggu kat sini memang dipenuhi dengan orang ramai. Semuanya sebab nak makan pasemboq. Kihkihkih!! Sebenaqnya tak cukup satu pinggan tu untuk kami dua. Hahahahaha. Tapi, malu nak tambah lagi.
Balik dari makan pasemboq, ronda-ronda kat Hard Rock Cafe & Hotel. Sempat la snap gambaq dua tiga keping. Then terus balik hotel, Nur Iman pun dah mimpi sampai ke Paris dah.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..