Langkawi - Penang Trip (Part 7)

♥Assalamualaikum♥

8 MAC 2016, SELASA

Hari ne hari last kami di Penang. Pagi-pagi bangun kemas apa yang patut then turun breakfast, terus checkout. Pagi ne kami akan terus ke Stesen Bas Butterworth untuk amik mother in law aku yang mai dari Changlun, Kedah. Mak nak ke KL, so dah alang-alang kami kat sini, boleh la balik sekali kan. Mak sampai Stesen Bas Butterworth lebih kurang 9.30 pagi. Mak sampai ja, terus kami ajak makan Nasi Kandaq Line Clear. Kau tengok, sampai saat-saat akhir pun, nasi kandaq tetap di hati. Kihkihkih!! Memang anak jati Penang ne. Oh, tak tau ka? Aku memang anak Pulau Pinang pun. Dilahirkan di Hospital Butterworth pada Mac 1987. Cumanya kerjaya arwah ayah aku dulu banyak berpindah, so merata cerok la aku pernah stay. Sampai la last, bila arwah dah tak dak, kami sekeluarga menetap kat Jitra, Kedah.




Ok, back to story. Mak aku ne pun kaki nasi kandaq jugak ne. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Mak ngan anak ngan menantu sekali, semua sama. Kihkihkih!! Mujuq mak dapat menantu macam cek tau, kaki makan. So, boleh la anak mak ajak cek pi makan meqata-qata. Hahahahahaha!!


Nasi Kandaq Line Clear

Rasanya semua orang mesti tau Nasi Kandaq Line Clear ne kan. Dulu, kalau ke Penang, memang kami akan ke sini. Wajib. Pernah satu masa tu mai, tapi tak bukak. Rasanya macam 2, 3 kali jugak. Frust menonggeng cek oiii. Rupanya time tu Nasi Kandaq Line Clear tengah dalam krisis. Kalau tak silap, ada pertelagahan antara waris-waris Nasi Kandaq Line Clear. Ada jugak dengaq cerita yang Nasi Kandaq Line Clear akan ditutup terus.

Tapi tak kisahla, sebab sekarang Nasi Kandaq Line Clear dah beroperasi macam biasa. So, sapa-sapa yang mai Penang, jangan lupa singgah Nasi Kandaq Line Clear.







Done urusan kenyangkan perut kami sekeluarga, kami ke Chowrasta Street. Mak tak berapa sihat, so dia tunggu dalam qeta ja. Tujuan utama kami pun cuma nak cari Jeruk Pak Ali ja. Jeruk Pak Ali ne pun antara benda wajib yang patut beli kalau ke Penang.




Dah dapat Jeruk Pak Ali, kami terus ke rumah Kak Ngah dekat Kg Melayu. Mak ajak rehat-rehat dekat sana sementara nak ke airport. Boleh jugak mak jumpa Kak Ngah, sembang-sembang. So, tq Kak Ngah bagi kami tumpang buat sementara waktu dekat rumah.

Petang kami ke airport, flight ke KL jam 8.10 malam. Sampai Kajang lebih kurang 11 malam. So, holiday kita kali ne dah habis. Tunggu next trip pulak k. Jangan jemu-jemu follow Mrs. Gumok ok.







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..