About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 28 August 2014

Hatiku Di Kinabalu Part 3

♡Assalamualaikum♡

Sambungan dari Part 2

Hush..hush..bunyi apakah itu..bersawang berhabuk dah blog ioollsss akibat dah lama tak update entry..lamakah?

Akibat tahap kemalasan yang berada di tahap maksimum, inilah jadinya...

Setelah sekian lama, barulah nak merajinkan diri update entry Sabah Part 3...

Sebenaqnya, ada kisah sedih di sebalik update entry ne...kalau nak tau aku dah update entry untuk Sabah Part 3 dah lama dah..punya lah pulun mengarang sampai tak hengat donia...tup..tup...tak tau di mana silapnya, apa yang aku tekan, the whole entry lenyap dalam masa tak sampai sesaat...mak aaiiiii..bebai 44 hari...bukan senang cek oooiii nak perah otak mengarang ne...

Hari nie, aku kuatkan semangat untuk abehkan Entry Sabah Part 3 aku nie..



Ok, last day kat Sabah...Pagi2 lagi dah dengaq staf hotel gerak quest..hmmm..dah macam asrama dah aku rasa..bukan apa, tujuan pihak hotel buat macam tu sebab nak quest bangun awai, breakfast sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Waktu pagi, view paling cantik, nampak clear Gunung Kinabalu sebab time ne awan tak banyak lagi...










Lepas breakfast, kami siap-siap untuk mulakan perjalanan..Hari ne hari last untuk teroka Sabah, esoknya dah nak balik Semenanjung..

Sebelum check out, Ayie habaq, travel guide mintak dia bayaq dulu duit hotel..omg..apa neee..apa neee..kami dah bayaq kot semua duit booking hotel. Boleh plak dia kata kat dia tak dak cash, sebab tu mintak kami bayaq dulu, nanti dia bagi balik..Berasap telinga ioollss dengaq tau. Mimpi la kan, kami suruh Ayie habaq kami tak cukup duit, sebab nak bajet untuk benda lain. Pandai-pandai la dia settlelan dengan hotel, yang tu bukan urusan kami.

8.20 gerak dari hotel untuk ke Fish Spa "Tagal" Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru, Ranau. Perjalanan dari hotel amik masa lebih kurang setengah jam.

Berehat sebentar bersama Kit Kat. Hehehehe. On the way ke Fish Spa tu, travel guide kami singgah isi minyak sebab time tu meter minyak dah menyala-nyala mintak diisi. Yang aku terkejutnya tau dak saipa???? Dia buh minyak rm17 ja untuk qeta sebesaq ezora tu. Yang syoknya tengok dia bayaq guna duit kertas rm1..kecut perut aku tengok, biaq btoi dia ne, macam mana kira..huh...Apa-apalah janji yang aku tau, kami selamat sampai destinasi.

Berbalik dekat cerita Fish Spa, kalau nak tau tagal tu maksudnya "no catching & no fishing". Tiket masuk rm5 seorang. Untuk bayaran kamera rm3 satu group, tak kisah ada banyak mana kamera pun. Makanan ikan pulak dah dihadkan seorang boleh beli satu paket sahaja dengan harga dua kupang sepaket. Masa plak, satu group tu 15 minit ja dan kita kena tunggu ikut nombor giliran...

Yehaaaa...akhirnya sampai giliran kami. Awainya aku rasa aku yang paling excited nak fish spa kononnya. Sekali bila tengok ikan tu,mak aaiiik. Besaq-besaq gedabak, terus hilang excited aku. Geli geleman plak aku rasa. Konpom ka selamat ne, sekali ditokaknya kaki aku, nah....amik hang.





Hye awak...












Lepas tu dalam 9.50 kami gerak ke Poring Hot Spring, Ranau. Perjalanan amik masa lebih kurang setengah jam. Tiket masuk rm3 seorang. Dekat sini bukan hanya ada kolam air panas, ada jugak Taman Rama-rama, Taman Raflesia, Orkid dan Canopy Walk. Kami jalan-jalan ja kat kawasan kolam air panas, nak mandi macam tak tergamak la plak kan. Panaih kot uoollsss, dah la pi pun tengah-tengah hari rembang, len la kalau pi tengah malam kan, syok la gak nak berendam dalam ayaq panaih tu. Lepas jalan-jalan kami terus naik Canopy Walk, tapi kami bertiga ja sebab En Ayie ada masalah kegayatan yang serius. Jadi untuk mengelakkan dia pengsan kat atas tu, bek kita tinggai dia kat bawah..hahahaha..opssss..sory Ayie, terbocoq rahsia plak..


Private Pool, Harga aku tak pasti..





Nak nek Canopy Walk kita kena beli lagi tiket, rm3 seorang dan rm5 untuk satu kamera.

Sebelum sampai dekat platform Canopy Walk kita kena hiking dulu lebih kurang 700m. Perggghhh..peluh becerau, dah la pakaian sesuai sangat kan. Huhuhu...

Sampai kat platform, berenti rehat dulu. Mengah uollllsss..

Canopy walk ne ada 4 check point, dan hanya 6 orang saja yang dibenarkan untuk melalui Canopy Walk dalam satu-satu masa. Panjangnya pulak, lebih kurang 1.7m untuk satu Canopy Walk tu. Best, sebab view cantik sangat, puas hati. Lepas abeh jalan-jalan macam biasa kenala tunggu travel guide yang sangat menepati masa tu kan. Bebai...huh...












Dalam 12.30 gerak dari Hot Spring untuk lunch kat Pekan Ranau. Masuk-masuk qeta, benda pertama yang aku tengok, meter minyak...oohhh, dah penuh. Dia dah dapat bantuan dana. Hahahaha. Lunch Ayam Penyet pun dia yang bayaqkan.

Pukul 1.00 gerak ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan kami singgah sat dekat Kinabalu Park. Tapi kami tak naik sampai kaki bukit. Kalau nak tau Kinabalu Park ne adalah pintu masuk ke Gunung Kinabalu, berada pada ketinggian 1 585 di atas permukaan laut dan merupakan titik awal jalur puncak menuju puncak Gunung Kinabalu. Luas Kinabalu Park ni adalah 745 km persegi dan terdiri dari Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Dekat Kinabalu Park kami cuma singgah di Dewan Pameran Taman Sabah. Masuk percuma. Disini ada diletakkan kapsul masa oleh Tun Dr Mahathir yang hanya akan dibuka pada Oktober 2020..



sangat terserlah kulit tan aku di sini..hahahah!!














Lebih kurang 1.30 kami gerak ke Jeti Jesselton Point. Travel habaq dia dah arrangekan bot semua untuk kami ke Pulau Manukan, Mamutik dan Pulau Sapi. Harga aku dah tak ingat bapa yang dia bagi.

Lebih kurang 5.15 kami sampai jeti. Travel guide drop kami dekat tepi jalan, kami pun menapak la sampai jeti. Travel guide Habaq owner bot yang nak bawak kami tu nama dia Big Boy.

Lebih kurang 15 minit lepas tu, bot pun sampai. Excited uooolllsss. Sampai ja Big Boy tanya brapa harga yang travel guide letak. Aku dah tak ingat brapa. Tapi bila dengaq ja kami sebut harga terus dia cakap patutnya tak boleh harga tu. Harga tu untuk satu bot 8 orang, tapi kami 4 orang ja.

And then kami dengaq dia call travel guide kami terus marah-marah. Mood excited terus hilang. Sedih btoi. Sobsobsob.

Tapi, nasib la si Big Boy ne baik hati. Disebabkan kami mai dari jauh, dia bawak jugak kami. Tapi pi dua pulau ja Mamutik dan Manukan sebab hari dah lewat. Harga kalau tak silap aku dia bagi sorang rm23, aku pun dah tak ingat.

Sambil nek bot, Big Boy tanya macam mana kami boleh amik travel guide tu. Dia kata travel guide tu memang kaki tipu, ramai dah yang cari dia. Terdiam bila kami dengaq. Dalam kepala otak aku, abeh la duit yang dia kata nanti klim balik tu, pakai burn la. Huhuhu..

Lupa sat pasai tu, jom kita nikmati pemandangan Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.

























Sebelum kami nek bot td, travel guide ada pesan sebelum gerak balik dari pulau, mesej or call dia. Nanti dia tunggu kami dekat jeti.

Sampai ja dekat jeti, batang hidung pun tak nampak uollllsss. Padahal dah 2,3 kali mesej kot.

Bila kami call dia tanya boleh dak kalau kami pi jalan-jalan dekat Pasar Filipina dulu. Tapi kami tak mau, sebab badan dah letih, nak balik hotel dulu. Mintak dia mai jugak.

Punya la lama tunggu uoolllsss. Panaih ja rasa, aku rasa kalau lagi lama mungkin aku akan bertukaq jadi incredible hulk. Wakakaka..

Masa tengah tunggu tu, Big Boy tanya mana travel guide, kami habaq tak sampai lagi. Terus dia call travel guide kami tu marah-marah cakap kenapa biaq kami tunggu lama-lama. Mintak dia mai la jugak.

Sebenaqnya macam-macam insiden lagi yang jadi, tapi panjang sangat iooolllss nak crita kat sini. Tapi yang pastinya, travel guide tu tak nampak batang hidung sampai ke sudah, dia hantaq teksi ja mai amik kami untuk ke hotel, gara-gara Big Boy and the gang memang tengah cari dia. So, memang dia tak berani nak mai la kan.

Nak dijadikan cerita lagi, hotel yang dia mintak teksi bawak kami tu tak sama dengan hotel yang kami booking. Sepatutnya kami stay dekat hotel sekitar bandar KK, tapi yang dia bawak kami, hotel dekat Putatan. Dah sampai hotel kena tunggu lagi sampai dia mai. Aduhhhh, memang berapi dah nie.. Aku rasa macam nak makan orang.

Bila dia sampai ada lagi masalah. Dia mintak salah sorang dari kami ikut dia pi cancel booking hotel yang asal, amik duit baru cek in hotel yang dia bawak kami tu, sebab kat dia dah tak dak duit. Bebai dak uoooolllsss..

Time ne aku memang dah nampak Mr Alon tengah tahan marah. 2, 3 hari ni memang dia ikut ja rentak travel guide tu, hari nie aku rasa mungkin travel guide tu akan bertukar jadi Sikap Tiga Rasa..Hahahahhah..

Tak salah tekaan aku, masa aku tengah tunggu kat lobi hotel, aku dengaq suara Mr Alon. Hahahahhaha, padan muka kau wahai travel guide, kan dah kena maki bekandaq (bukan nasi kandaq ok..)..mujuq tak lebam bijik mata kau.. kalau dak tak jadi siakap, jadi flower horn la kau...

Ya la, tujuan utama kita hired travel guide untuk menyenangkan kita, bukannya menyusahkan kita lagi. Kalau dah sampai menyusahkan macam nie, baik travel sendiri ja..huh...

Sementara tunggu travel guide tu pi cancel booking hotel yang satu lagi, kami tunggu dekat lobi. Time tu, aku cakap kat Mr Alon, baik kita cek in ja dulu. Kalau terpaksa kuaqkan lagi duit, terpaksa la kan. Sebab aku tak percaya yang travel guide tu akan mai balik bagi duit. Dia mai ka tak mai ka kami tetap kena cek in jugak kan. Takkan nak swoh aku tidoq kat lobi pulak.

Dah cek in, mandi, rehat-rehat, akhirnya travel guide tu call cakap dia dah sampai. Tak sempat Mr Alon ngan Ayie turun jumpa dia, dia dah cabut dulu dah. Dia tinggai ja duit kat receptionist. Tu pun duit tak cukup. Memang mangkuk berayun betul.

Dia janji dia akan bank in duit baki. Hmmmmmmm... pakai dak dah la. Apa-apa ja la, yang pasti aku tak halal duit tu.

Malam tu, aktiviti kami shopping.... Yehaaaaaa....Kami gunakan khidmat teksi yang bawak kami ke hotel petang tu. Nasib baik la budak tu baik hati nak bawak kami, tapi berbayaq la uooolllss.. Takkan free plak..

Destinasi utama kami Pasar Filipina. Memang best kat sini, macam-macam ada. Dari makanan basah, kering, baju, souvenir sampai ke barang perhiasan. Dah puas shopping, kami dinner berdekatan dengan Pasar Filipina tu, tapi aku dah tak ingat nama tempat. Tempat best, tepi laut. Memang jadi tumpuan orang ramai. Katanya kalau makan seafood kat sini, best dan murah. Kami pun apalagi, oder tak hengat doniaaaa...Tapi puas hati, sebab sedap dan murah..

After dinner, balik hotel, tidoq..

Esoknya, flight balik kami pagi. Dari hotel, kami guna khidmat teksi hotel.




Breakfast kat Airport, tunggu masa untuk fly balik. Bubye Sabah, pengalaman suka duka kat Sabah takkan dilupakan sampai bila-bila. Moral of the story, kalau nak travel guna travel guide, selidik betul-betul latar belakang travel agency tu. Dan paling senang, lepas ne kalau nak ke Sabah lagi, better sewa kereta and drive sendiri, Lagi mudah aku rasa. Whatever la kan, pengalaman mengajar kita..





Ini name kad travel agency tu yang konon-konon tu kan, Aku rasa tak wujud pun company ne...And ne pic si travel guide tu yang kami panggil dengan nama Zan. Muka pun dah macam muka pecah rumah..Opssss...sory..Hehehehhehe...






2 comments:

  1. heee~ yang fish spa tu nampak scary tapi ikan tu macam sedap je buat lauk! :p

    ReplyDelete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..