About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Friday, 30 September 2011

HITAM PUTIH!!

♡Assalamualaikum♡

LAGI SEDONDON!!
HEHEH...
Kebetulan yea...SEHATI SEJIWA la katakan...
ehem..ehem...


 
Mr Alon yg berposing ensem di ofisnya...(ensem ka???heheh)
of coz la...


Ini aku yg mantain cun..hehehe




Thursday, 29 September 2011

MERDEKA RAYA!!

♡Assalamualaikum♡


MERDEKA RAYA HOSPITAL LANGKAWI 2011

Masih dlm mood raya...Hari nie jamuan raya utk staf hospital...Mkn lagi...Aduhai!!!
Tp syabas kpd aku,sbb aku berjaya cntrol mkn...hahahahha!!!
FAKTA tau bkn AUTA...

Aku telah ditugaskan utk menjaga gerai utk JABATAN KECEMASAN bersama rakan2 yg lain...tp aku xjga tera mna pun...hahahah!!!

Disediakan juga hadiah utk gerai tercantik, tp malangnya kemenangan xberpihak kpd kami..
Gerai tercantik jatuh kepada bahagian PENTADBIRAN..tp mmg patut pun sbb dpa menepati tema MERDEKA RAYA...siap ada bendera lagi...congrat...

Ada juga yg dgn murah hati menyumbangkan suara2 yg xbrapa nk merdu tu dgn berkaraoke...
Ada yg best, sedap di dgr...ada jugak yg kurang sedap...tp identiti dirahsiakan..hahahha!!!
Paling best skali hubby Mama Ani dgn selambanya nek atas pentas utk menyanyikan lagu yg ditujukan khas buat Kak Ani...cewahhhhh!!!


Ini aku..aku sdg mencedok lontong utk para tetamu yea..
bkn utk diri sendiri!!



jejaka2 casualty yg sibuk nk posing..



mala & mama ani



ikhsan & kak ita











disebalik tiang tu kak iza tau...





Wednesday, 28 September 2011

MASJID!!

♡Assalamualaikum♡

Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah:


 
Masjid Ubudiah
Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.



 
Masjid Wilayah Persekutuan
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.



 
Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.



 
Masjid Putra
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.



 
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.