LIMA 2011 Part 2..

♡Assalamualaikum♡

Kali nie aku nk share aku ke Awana Porto Malai plak utk tgk kapal2 yg ada kt sana..

Kat sini xdikenakn bayaran...bleh nek atas kapal tu free ja...ari aku p tu ada 4 kapal ja kt ctu...tapi 3 ja yg bleh nek...KD Tun Abdul Razak xdibuka utk org awam...Sedikit info yg aku dpt pasai kapal2 nie...

KD Tun Abdul Razak

KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia. KD Tun Abdul Razak dibawa pulang dari Toulon, Perancis pada 30 April 2010 dan tiba di Malaysia pada 2 Julai 2010 di pangkalan TLDM Lumut . Ia diserahkan kepada TUDM pada 25 Januari 2010.[1]
KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.


KD Kelantan

KD Kelantan dilancar 24 November 2008, ditauliahkan pada 6 Mei, 2010.
Masa kami pi kapal ne la yg pling besaq...Tringin gak nk msuk tgk kt dlmnya cm mna...Tapi memandangkan yg que nk msuk tu mak aiiii...pnya la pjg...so kami decide xyah la..malas nk que pjg tengah panas tu..dh la aku nie dh putih mlepak dh,lagi brtmbah2 putih plak aku satgi..hahahah!!

KD Mahamiru & KD Kinabalu

KD Mahamiru & KD Kinabalu merupakan sejenis kapal penyapu ranjau milik TLDM. Terdapat 4 buah kapal iaitu KD Mahamiru, KD Kinabalu, KD Ledang dan KD Jerai.
Kapal penyapu ranjau adalah sebuah kapal perang tentera laut kecil yang direka untuk menentang ancaman yang dihadapi daripada periuk api laut. Kapal penyapu ranjau secara umumnya boleh mengesan kemudian meneutralkan periuk api sebelum melaksanakan kemaraan operasi-operasi tentera laut yang lain..



LIMA 2011 Part 1..

♡Assalamualaikum♡

The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition(6-10 Dis 2011)

Sana sini org tgh hangat sebut pasai LIMA 2011 Langkawi. Yg mna brkesempatan cnfirm xlepaskan pluang utk brkunjung ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan juga Awana Porto Malai.


Dengar kata abg2 tentera mat salleh kita hensem2 belaka...hahah!!aku pun xlpaskan pluang utk pi mengusha2 mreka ini. Cewah...

Ari ni aku cuma dan pi tgk Aerospace ja...xpa, sok aku nk p tgk Maritime plak kt Awana... Jakun la sat tgk kapal2 terbang, helikopter yg ada kt ctu... Gambr ckit ja ada sbb trlalu trpegun tgk kapal2 tu..hehe..(pdahal duk syok cuci mata)kihkihkih...Jgn mrh yea Mr Alon...tgk ja pun...

Otw nk pi tu, aku tgk ramai yg brenti tpi jln kt airport utk tgk prsemabhan aekrobatik jet pejuang..syok kot...tapi jauh nk amik gmbr...nmpak ciput ja jet tu..heheheh!!

Bunyi jet tu...aduhai..bisa meluruhkan jantung aku!!kuat ya amat...seriau aku..aku trpikiaq cmna la org yg hadapi situasi perang kt negara2 yg xbernasib bek yg asyik kna bom tu...ari2 dgr bunyi jet la, bom la...mesti tkot kan..aku yg bru dgr ckit ne pun cuak dh...

Come kan maskot nie...aku punyai la xcited nk amik gmbr ngan dia...last2 xdan..sbb maskot ne nk rehat..dia pun dh nek pening duk dlm kostum tu...aku cma sempat snap gmbr bdak nie ngan maskot tu..klu aku agak2 dia bleh dukung cm tu dak???



Ok..cukup utk ari nie..sok aku nk p Awana Porto Malai plak ngan kekasih hati(kak Eita) aku..hehehe!!





Dah lama xwat qeja nie!!!

♡Assalamualaikum♡

Zaman nie dh lama berlalu..Hahahah...rasa cm rindu nk wat lagi...bila la nk berpeluang la nie...

Inilah yg dipanggil nota kecik @ lebih dikenali oleh ramai student sbg "toyol"...

Macam2 cara ada nie...yg mna satu cara anda...Klu aku dlu, canggih la ckit, guna hdset...Mlm sblmnya pulun la salin kt note segala nota2 penting...

Tapi nk wat kena perlukan keyakinan yg tinggi dan juga keberanian...Kalau xbrani jgn cuba2 wat tau..Kantoi, carrylah anda...

Aku dlu bleh dikatakan agak brani, sbb tu aku brani wat...bersama rakan2 yg len (adah, yana,k.iela,sheila,mira,emma..ramai lg la,..bleh dikatakan satu kelas wat)..yg paling tera skali pasai "toyol"niee...ha, yana la orgnya...hahahaha!!!jgn mrh yunk...


Paling aku suka..magik,ada 3 tgn..
Inilah yang dikatakan "teamwork"
Btoi dak aku kata, satu kelas wat qeja nie..nie pesen tiru awek nie...Skali tgk cm inai lukis besa ja...Seni halus...




MUZIUM GALERIA PERDANA

♡Assalamualaikum♡

Galeria Perdana dibina bertujuan mempamerkan anugerah, cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Siti Hasmah bte Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Peranan asal Galeria Perdana hanya sebagai tempat mempamerkan anugerah dan hadiah-hadiah yang diterima oleh Y.A Bhg. Tun Dr. Mahathir telah berubah. Kini Galeria Perdana secara tidak langsung berfungsi sebagai institusi khusus yang mempamerkan, menyimpan dan memelihara anugerah, hadiah dan cenderamata yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan mantan Wanita Pertama Malaysia.

Bagi Blok A, mempamerkan pelbagai hadiah dan cenderamata unik yang diperbuat daripada kayu, Kristal dan kaca. Pelbagai jenis batu permata dan alat-alat muzik juga turut dipamerkan. Menempatkan koleksi yang diperbuat daripada porselin dan tekstil. Koleksi yang menggunakan islam sebagai tema turut juga dipamerkan di sini.
Sebagai isteri tersayang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah juga turut menerima hadiah dan cenderamata unik daripada ketua-ketua Negara dan juga orang awam. Kesemuanya ini dipamerkan di aras satu Blok B. Sementara di aras bawah adalah cenderamata yang di perbuat daripada perak, gangsa, pewtwer dan tembaga.
Bagi Blok C, dipamerkan pelbagai koleksi lukisan, barang kemas dan lain-lain cenderamata yang diterima dari seluruh dunia. Aras ini mempamerkan kenderaan dan model-model miniature yang menarik.

Waktu Lawatan


Dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang & 8.30 pagi to 6.00 petang semasa cuti sekolah dan cuti umum.

Bayaran Masuk


Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak RM 4.00 (6 – 12 tahun)
Kamera RM 2.00
Video Kamera RM 5.00
*Kadar istimewa kepada pemegang Mykad. Sila tunjukkan Mykad anda untuk mendapatkan potongan harga.

Alamat


Galeria Perdana
Jalan Ayer Hangat,
Mukim Kilim, 07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

WELCOME TO GALERIA PERDANA

Potret Tun Mahathir Mohamad daripada beras
Hadiah daripada ABKHA Enterprise, 1997
Girlfriend lama Tun..


Ikan emas daripada tembaga hadiah
Kedutaan Republik Islam Iran

Koleksi Patung






Visitor Book

Koleksi Kereta











Bahagia!!

♡Assalamualaikum♡

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.