Kali nie aku nk share aku ke Awana Porto Malai plak utk tgk kapal2 yg ada kt sana..
Kat sini xdikenakn bayaran...bleh nek atas kapal tu free ja...ari aku p tu ada 4 kapal ja kt ctu...tapi 3 ja yg bleh nek...KD Tun Abdul Razak xdibuka utk org awam...Sedikit info yg aku dpt pasai kapal2 nie...
KD Tun Abdul Razak
KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia. KD Tun Abdul Razak dibawa pulang dari Toulon, Perancis pada 30 April 2010 dan tiba di Malaysia pada 2 Julai 2010 di pangkalan TLDM Lumut . Ia diserahkan kepada TUDM pada 25 Januari 2010.[1]
KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.
KD Kelantan
KD Kelantan dilancar 24 November 2008, ditauliahkan pada 6 Mei, 2010.
Masa kami pi kapal ne la yg pling besaq...Tringin gak nk msuk tgk kt dlmnya cm mna...Tapi memandangkan yg que nk msuk tu mak aiiii...pnya la pjg...so kami decide xyah la..malas nk que pjg tengah panas tu..dh la aku nie dh putih mlepak dh,lagi brtmbah2 putih plak aku satgi..hahahah!!
KD Mahamiru & KD Kinabalu
KD Mahamiru & KD Kinabalu merupakan sejenis kapal penyapu ranjau milik TLDM. Terdapat 4 buah kapal iaitu KD Mahamiru, KD Kinabalu, KD Ledang dan KD Jerai.
Kapal penyapu ranjau adalah sebuah kapal perang tentera laut kecil yang direka untuk menentang ancaman yang dihadapi daripada periuk api laut. Kapal penyapu ranjau secara umumnya boleh mengesan kemudian meneutralkan periuk api sebelum melaksanakan kemaraan operasi-operasi tentera laut yang lain..
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..