Bandung - Part 2

♥Assalamualaikum♥

18 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Tujuan utama kami pilih Bandung sebagai destinasi travel kali ne sebab nak ke Taman Safari Bogor. So, hari ne kami akan habiskan sepanjang hari dekat sana.


Perjalanan dari Bandung ke Taman Safari ambik masa lebih kurang 3 ke 4 jam ikut keadaan jalan samada jem atau tak. Akan lalu highway dan juga jalan berbukit-bukit. Kalau mai sini, bukat takat anak ja yang excited, ibu ngan ayah pun excited.

Sebelum masuk Taman Safari Bogor, breakfast dulu dekat gerai tepi jalan. Lebih kurang macam medan, ada banyak pilihan gerai. Disebabkan pagi tadi tak sempat breakfast dekat hotel, perut pun dah lapaq, so sampai gerai terus cari nasi.

Ok, dah cukup tidoq, cukup makan. Jom kita jelajah Taman Safari Bogor. Sepanjang jalan untuk masuk ke Taman Safari Bogor, akan ada dijual sayuq untuk bagi haiwan makan. Boleh beli dari mana-mana kedai, harga sama ja dekat semua gerai. Seikat RP 5.000.



Tiket masuk ke Taman Safari Bogor perlu bayaq sekali supir dan kenderaan. Kenderaan plak, bleh masuk dengan kenderaan sendiri. Kalau kita ke sana dengan pulic transport, boleh naik mini bas yang disediakan. Oh, untuk supir, memang kita yang kena tangggung tau. Takkan nak suruh dia bayaq sendiri plak kan.

HARGA TIKET
Dewasa               RP 300.000   seorang
Kanak-kanak     RP 250.000   seorang
Supir                   RP 180.000   seorang
Kenderaan         RP 20.000     sebuah kenderaan





Kak Long cuak. Kihkihkihkih!!




















Haiwan-haiwan kat sini kebanyakannya memang dah siap sedia tunggu pelancong lalu untuk mintak makanan. Jinak-jinak tau, gelojoh plak tu. Hahahahah!! Ada jugak la qasa cuak bila duk mai jengoi kepala masuk qeta mintak makan. Tapi best, pengalaman yang takkan dilupakan. Memang berbaloi bawak anak-anak mai sini. Kak Long Khadeeja memang enjoy abeh mai sini. Mulut tu asyik sebut-sebut ja nak tengok lion, qimau lagi.

Oh, haiwan semua memang dibiaqkan bebas kat sini tau. Tak dikurung langsung. Kalau ada pun, cuma ada pagaq kecik. Contoh, dekat kawasan gajah. Mungkin takot gajah hempap qeta kot. Kihkihkihkih!!!

Dah abeh pusing kawasan yang pertama, akan masuk kawasan yang kedua. Kawasan ni kawasan bertutup. Akan lalu satu pagaq besaq dan tinggi. Ala-ala nak masuk Jurassic Park kau. Hahahahahha.. Pastikan tingkap qeta bertutup ok, kalau tak mau kena ngap ngan rimau.







Ne kawasan binatang buas. Kalau qasa nak kena tokak ngan rimau, ha..bukak la tingkap tu. Tapi...Ada jugak yang jenis ketegaq tak qeti tutup tingkap, aku yang tengok ne bederau plak qasa. Kalau boleh nak suruh rimau tu pi tokak depa. Tak paham bahasa sangat kan. Hahahahahaha!!!

Dekat kawasan ni, akan ada petugas yang jaga. Pelancong dilarang stop lama-lama dekat sini. Pernah ada insiden singa tokak qeta. Mujuq la dia tokak tak jadi apa. Tidak arwah dah orang dalam qeta tu. 

Baguih bawak anak-anak mai sini. Boleh ajaq anak-anak kenai haiwan. Kak Long Khadeeja balik Malaysia, teruih ayah beli mainan rimau, lion, zirafah, badak dan banyak lagi. Tiap-tiap hari dia susun penuh depan tv. 


Dah abeh pusing Taman Safari Bogor, last sekali akan sampai dekat kawasan taman tema. Kat sini ada macam-macam jenis permainan. Water theme park pun ada. Kalau berkesempatan boleh la bawak anak-anak mandi sekat sini. Suruh ja supir tunggu sampai kita abeh pusing dalam tu..


Ini jadual setiap show yang akan diadakan. Kalau berkesempatan boleh ikut semua show. Tak rugi pun. Kita seronok, anak pun seronok. Paling awai, kami tengok Elephant Show. Krew kat situ akan cerita serba sikit pasai gajah dan jugak ada lakonan. Best tengok gajah-gajah tu. Cerdik cek oiii.. Oh, nak masuk tengok show, semua free tau. Tak dak bayaran yang dikenakan.








Sementara nak tunggu show yang seterusnya, boleh jalan-jalan dalam tu. Ada macam-macam permainan yang anak-anak boleh naik. Jarak dari satu tempat ke satu tempat plak agak jauh. Disebabkan tak larat dah nak jalan, kami beli tiket untuk naik tram. Satu tiket boleh naik banyak kali, anytime sampai jam 5 petang. Tram ne akan berpusing ke seluruh kawasan tu.


HARGA TIKET
Dewasa & Kanak-kanak     RP25.000 seorang

Tapiiiiiii...ikut nasihat aku ne. Tak payah susah-susah nak abehkan duit naik tram tu. Ajak ja supir naik qeta. Rupanya-rupanya qeta boleh naik sampai ataih. Setiap tempat akan ada parking khas untuk supir tunggu kita. Menyesai cek oiiii perabeh RP75.000 untuk naik tram...Mujuq tak mahai mana. Hahahahaha!!











Kalau nak makan, dekat kawasan tu ada disediakan kafe. So jangan susah hati. Kiosk-kiosk pun banyak. Beli ja indomie, sambil makan sambil jalan. Kihkihkihkih...Sedap pun sedap...


1.30 pm waktu IDB, akan ada Tiger Show. Jangan lepaskan peluang tengok tau. Agak menarik tengok show ne. Kak Long Khadeeja teruja tengok tiger besaq tu. Seeloknya masuk awai, show ne jadi tumpuan orang ramai. Tempat duduk agak full.









Abeh Tiger Show, kami terus ke tempat untuk tengok Cowboy Show. Mr Alon kata show ne best tengok sebab lakonan cowboy. Ada adegan tembak menembak dan letupan. Agak menarik, tapi Kak Long Khadeeja tak mau tengok sebab takot bunyi kuat sangat. Sibuk ajak keluar dari situ. Oh, kalau tak mau kena percik ayaq, sila duduk di belakang. Untuk pengetahuan, masa show tengah on, dilarang sama sekali untuk amik gambaq atau rakam video. Akan ada petugas yang akan memerhati. Dah setle show baru boleh bergambaq dengan para pelakon.










Dah hampir 4.00 petang. Last sekali, kami naik gondola untuk tengok pemandangan Taman Tema Safari dari atas.

HARGA TIKET
Dewasa & Kanak-kanak     RP50.000 seorang

Suggestion aku, tak payah naik pun tak apa. Tak dak apa yang menarik sangat pun. Lagipun, sat sangat gondola tu pusing satu pusingan.



Setle tawaf Taman Safari Bogor. Destinasi yang wajib pi kalau anda berkunjung ke Bandung dengan anak-anak. Spend satu hari dekat sini, so boleh cuba banyak benda.

Sampai hotel lebih kurang 9.30 malam. Sebelum tu singgah tapau makanan dekat Ayam Penyet Surabaya. Yang ne aku suggestkan wajib try jugak kalau ke Bandung. Pecaya la cakap aku, hari-hari akan ulang makan dekat sini. Ayam Penyet sedap yakmat. Ketagih cekkk oooii.. Aku? Memang tiap-tiap malam makan Nasi Ayam Penyet Surabaya ne.



Total Perbelanjaan

RP 1.617.400 (RM 511.28)

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..