Nur Iman - Kakak To Be

♥Assalamualaikum♥


Sejak-sejak nak jadi kakak ne, nampak macam dah matang sangat. Tapi, nampak ja la. Hakikatnya tak pun. Manja tu melebih-lebih dari sebelum ne.. Kadang-kadang mengaku nak ada adik, kadang-kadang tak mengaku. Marah bila suruh sayang adik. Kihkihkihkih!!!

Sekarang Kak Long Khadeeja dah pandai berdikari sendiri. Bukak pampers, baju, seluaq. Even nak pakai pun, nak pakai sendiri. Makan lagi la. Selalu tanya nak ibu suap ka nak makan sendiri. Dia akan jawab nak makan sendiri. Kalau ibu masak atau ibu buat qeja rumah, dia akan masuk bilik dan busykan diri dengan mainan ngan contiang meja ngan dinding. Dak pun dia akan ajak ayah main. So, ayah terpaksa la redha, Nur Iman nak buat pa kat dia.





Alhamdulillah, Nur Iman membesaq dengan sihat dan kuat. Walaupun berat tu tak mau nak naik sangat. Hehehehehe!! Cukuplah dia sihat walafiat. Oh, la ne dah biasakan Nur Iman dengan panggilan kakak. Nasib dia senang terima. La ne jangan cuba-cuba nak panggil baby ka, manja ka kalau tak mau kena marah. Kena panggil kakak jugak.


In Sha Allah, Kakak Nur Iman dah bersedia mentak dan fizikal untuk sambut kedatangan adik. Selalu pesan, kakak jangan garang sangat dengan adik tau. Sebab kalau nak tau, Nur Iman ne memang garang. Pantang silap sikit, semua dia nak marah. Ayah bawak qeta laju kena marah. Buat qeja kuat-kuat, bising-bising pun kena marah. Segalanya la. Nak marah tu plak tak kira orang. Semua orang dia nak marah kalau tak kena pada dia. Kacau betoiii....


Like mother, like daughter. Kita tunggu adik nanti geng Nur iman ngan ibu atau geng ayah. Tungggguuuuu....


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..