Yang Taw Dia Taw Eksplorasi Pulau 1.0 - Pulau Kapas, Terengganu

♥Assalamualaikum♥

Berbulan blog tak diupdate. Bukan diri sendiri yang malas. Tapi malas dengan perangai manusia. Ada ja benda tak kena. Ada ja isu yang timbul. Anyway, past is past. Hidup perlu diteruskan. Cewahhhh. Hahahahahha..

Kali ne nak update percutian ke Pulau Kapas 22-25 April yang lepaih. Last kami ke Pulau Kapas, tahun 2008. Zaman bujang trang tang tang, zaman tengah hangat bercinta. Kehkehkeh... Kini kami kembali dengan kawan-kawan yang sama di bawah Kelab Yang Taw Dia Taw. Sebuah komuniti yang ditubuhkan bagi mengumpul rakan-rakan yang sukakan aktiviti outdoor. Ini kali kedua kami join aktiviti Yang Taw Dia Taw. Kali pertama kami ke Gunung Jerai.

Camping ne berkonsepkan family friend outdoor yang santai. Tak terikat dengan aktiviti-aktiviti yang ketat dan tak semua tidoq dalam khemah. Ada jugak yang tidoq dalam chalet. Termasuk la aku.

Macam biasa kami laki bini yang terlebih excited. Segala macam mak nenek kami beli. Tambah plak baru tau kewujudan kedai Decathlon Malaysia, Damansara. Memang membeli tak hingat. Mujuq ada jugak perasaan sedaq diri tu. Kehkehkehkeh...

Malam 21 April 2017, kami bertolak. Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Kapas bertolak jam 12 tengahari. Naik bot lebih kurang 15 minit dari Jeti Kuala Besut. Sementara tunggu trip kedua sampai untuk uruskan penginapan, kami lepak dulu dekat depan chalet. Oh ya, kami stay dekat Ombak Kapas Chalet. Jarak dari chalet ke tapak camping lebih kurang 10-15 minit jalan kaki.





Hari pertama macam biasa, akan ada aktiviti suaikenal sambil minum petang. Makan minum sepanjang kami disini diuruskan oleh ahli kelab sendiri. Ramai-ramai masak, ramai-ramai makan. Terima kasih kepada chef-chef yang terlibat. Makan time camping tak pernah mengecewakan, memang sedap sangat.

Acara wajib sepanjang kami di Pulau Kapas, aktiviti pantai. Snorkeling, mandi ramai-ramai, berkayak, naik bot keliling pulau. Dari terbit matahari sampai tenggelam matahari. Hahahahahhha!! Dari putih sampai dah rentung.

















Hmmmmm?? Yang ne aku tak sangka. Last aku bawak Nur Iman main pasiaq masa ke Pulau Kapas. Tapi, dia punya geli tu tahap apa aku tak tau. Tak mau langsung jejak kaki dekat pasiaq. Kali ne, tak cakap banyak, dia sendiri yang bergelumang dengan pasiaq. Hahahaha. Alhamdulillah, tak payah la ibu nak paksa lagi.






Pulau Kapas memang terkenal dengan aktiviti candat sotong. Dan tujuan camping ne diadakan pun memang sebab nak mencandat sotong. Bayaran aku tak ingat berapa yang dikenakan untuk satu bot. Untuk candat sotong, akan ada dua trip, malam pertama dan malam kedua. Masing-masing memang excited sangat nak bawak balik sotong. Boleh makan puas-puas. Oh, kalau nak tau, trip candat sotong akan bermula leboh kurang jam 6 petang sehingga selepas Subuh.


Ini group Mr Alon yang pi candat malam kedua. Masing-masing memang semangat. Aku? Opkos la tak pi. Hahahahahahahah!! Aku tunggu orang bawak balik sotong ja. Malam kita tidoq dulu.


Tapi malangnya, ni la sotong pertama dan terakhir yang Mr Alon dapat. Hahahahahahha. Ntah apa yang tak kena pun tak tau. Sepanjang malam tu, dapat sotong tak sampai 10 ekoq. Semua balik dengan perasaan hampa.








Malam terakhir kami kat sini, diadakan sesi post mortem. Imbas balik apa yang berlaku, kongsi pengalaman, kongsi cerita, kongsi pendapat sebelum masing-masing balik ke aktiviti harian macam biasa.






Hari terakhir kami kat sini, sebelum bertolak naik bot, ramai-ramai berkumpul di tapak camping untuk breakfast sama-sama. Bot akan sampai jam 12 tengah hari.

Antara ahli kelab yang hadir. Terima kasih atas usaha keras orang-orang kuat kelab untuk satukan kawan-kawan dan jayakan camping KELAB YANG TAW DIA TAW. Len kali kita jumpa lagi.



Sebelum bertolak balik ke Putrajaya, singgah Kuala Terengganu shopping segala jenis keropok yang ada. Tengok keropok pun boleh kelabu mata uolllss.. Hhahaahahahahahah!!!

Singgah jugak Pantai Batu Burok sebab nak bergambaq dekat buaian ala-ala dekat Lombok tu. Hahahahah..






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..