Persediaan Bercuti ke Pulau / Pantai

♥Assalamualaikum♥


Pantai, antara destinasi percutian paling popular di dunia. Malaysia? Malaysia jugak terkenal dengan keindahan pantainya. Pulau-pulau di sekitar Malaysia pasti menjanjikan anda kenangan dan pengalaman yang tak kan pernah dilupakan.

Tapi, tahukah anda? Sebelum bercuti ke pantai, persediaan yang harus anda lakukan? Tambah- tambah lagi kalau bercuti bersama anak kecil. So, jom kita tengok apa persediaan awal yang perlu dititikberatkan.


Sunblock

Baik kita ataupun anak, bersedialah dengan sapuan sunblock sebelum berjimba di tepi pantai. Dulu, aku banyak pengalaman mandi pantai tanpa sunblock. Ya la kan, zaman student tak mampu sangat nak beli sunblock yang harganya berpuluh-puluh ringgit. Tapi, lepas mandi, bersnorkeling tak ingat dunia tanggunglah sendiri akibatnya bila nampak mata putih ja. Hehehehehehehe!!!

Kalau boleh pilih sunblock yang SPFnya tinggi. Lagi tinggi, lagi tahan lama fungsi sunblock tu. So, boleh la berjemur tak hingat dunia. Hehehehehe!!

Pilihan aku, Sunblock Banana Boat SPF 110 dan Banana Boat Kids SPF 50. In sha allah boleh la menghalang cahaya matahari dari menghitamkan kulit uollss.




Swimming Wear

Ok, ne first time aku beli Swimming wear. Sebelum ne aku hentam ja pakai baju apa pun. Dah lama sebenaqnya niat nak beli, cuma tak jumpa yang bekenan di hati. Swimming wear yang buatkan aku tertarik adalah dari Bakini dari Bella Ammara. Pergghhhh, mengancam. Kalau sapa-sapa tengok mesti bekenan jugak. Harga pun boleh tahan jugak. Boleh beli dari webstie Bakini.


Tapi Mr Alon kata agak over design dia. So, aku sebagai isteri solehah mesti kena ikut cakap suami. Kihkihkih. So, pilihan kedua aku Muslimah Swimwear dari Haleema. Design cantik, selesa dan banyak pilihan. Setiap design kebanyakannya ada dua jenis. Bersambung dengan seluar dan tidak bersambung dengan seluar. Aku beli yang bersambung dengan seluar. Sangat-sangat selesa, tak payah nak risau baju terselak dah. Oh, bukan untuk aku sorang ja tau. Mr Alon pun beli baju mandi untuk lelaki dekat Haleema Swimwear. Sangat recommended sebab sangat lah selesa. Swimming wear & pelampung Nur Iman dari Mothercare. Harga dah tak ingat.


Boleh beli dari website Haleema atau walk in butik di ;

BUTIK HALEEMA
19, Jalan Klang Sentral 10/KU5
Taman Klang Sentral
Bukit Raja Meru
41050 Selangor
(Bersebelahan Samera Spa)

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad = 10.00 pagi - 8.00 malam






Snorkeling Equipment

Ne additional ja tau. Kalau tak beli pun tak dak masalah, sebab selalunya kalau dekat pulau-pulau peranginan memang ada disediakan perkhidmatan menyewa set snorkeling. Tapi disebabkan kami dah tersampai dekat Decathlon, Damansara, one of the largest sport retailer dekat Malaysia, so terbelilah set snorkeling.



Easybreath Surface Snorkelling RM 129
Snorkle Set RM 79
Aquashoe RM 29
Baby Aquashoe RM 29
Microfibre Towel Saiz L RM 19
Microfibre Towel Saiz M RM 15

Microfibre towel sangat sesuai untuk yang suka travel. Awat la aku tak pernah terpikiaq nak beli dari dulu. Towel ne ringan, nipis dan cepat kering. Aquashoe tu plak aku sarankan kalau nak bercuti ke pulau mesti beli. Tersangatlah selesa. Walaupun dalam kasut penuh pasiaq, tapi tak qasa pun. Tapi, kalau nak tracking tak sesuai sebab tapak agak nipis. Pakai masa snorkeling /mandi pantai untuk elakkan kaki dari luka terkena batu karang dan sewaktu dengannya..


Mosquito Patch

Bila bawak anak-anak kecik jangan lupa item ne ok. Sebab selalunya kalau kawasan pulau ne nyamuknya agak banyak. So, untuk elakkan serangan nyamuk jangan lupa beli mosquito patch ne dekat farmasi. Kebanyakan farmasi memang ada juai. Bukan anak ja boleh guna kita pun boleh guna.


Selain mosquito patch boleh jugak guna minyak serai wangi. Aroma bauan serai wangi boleh menghalang dari digigit nyamuk. Salah satu yang ada dalam simpanan aku, minyak serai wangi dari Tropika. Baunya memang sangat wangi.




Dah siap semua checklist, boleh la bercuti dengan tenang. Yehaaaaa....


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..