Jogjakarta - Day 3

♥Assalamualaikum♥

24 FEBRUARI 2017, JUMAAT

KALIBIRU - KILANG BAKPIA - PASAR BERINGHARJO - JALAN MALIOBORO


Pagi ne sebelum keluaq, kami breakfast dulu dekat guest house. Makanan not bad, sedap. Breakfast start jam 6 sampai 10 pagi. Sempat jugak aku tapau dalam tupperware bawak bekal untuk budak-budak. Untuk mak ngan bapak budak sekali. Hahahahahahaha!! Dengan izin ok.


KALIBIRU

Yang dinanti telah tiba. Memang excited sangat nak pi Kalibiru sebab jeles tengok gambaq orang lain. Kihkihkihkih!! Kat sini pun mulanya tak sure Nur Iman boleh naik atau tak. Tapi macam biasa, tak dak larangan untuk bawak budak kecik. Kalau berani, silakan. Untuk ke Kalibiru kami terpaksa naik ke atas dengan ojek sebab mini bas yang bawak kami tak mampu nak naik sampai atas sebab laluan kecik dan curam.





Dekat Kalibiru ada banyak spot untuk kita amik gambaq. Dan kebanyakannya memang kena beratuq panjang tunggu turn. Hari Jumaat, tengah hari depa akan tutup untuk solat Jumaat. Kami? Sampai ja dah bleh prepare untuk shoot sebab Mas Fikri dah booking siap-siap spot untuk kami. Yeeeaaaaa.....










Abaikan perut akak yang comel tu.








Rasa puas hati bila tengok gambaq- gambaq yang dishoot. Kalau ke Jogjakarta wajib ke Kalibiru.

TIKET         RP 15.000/seorang = RP 30.000
OJEK           RP 40.000/satu ojek = RP 80.000
GAMBAR    RP 300.000/4 family = RP 75.000

TIPS :

  • Stroller no need. Kena naik turun tangga, bawak baby carrier much better.
  • Datang awal pagi, sebab Kalibiru buka sampai 5 petang ja. Kalau datang petang dan orang ramai, kebarangkalian tak dapat shoot tersangatlah besaq.
  • Pakai kasut yang sesuai dan tahan lasak. Jangan galak nak pakai high heel.

Untuk gambaq kami dapat special price. Kalau harga biasa RP 20.000 untuk 4 keping gambaq. Tapi kami dapat harga RP 300.000 untuk semua gambaq yang dishoot. Total 77 keping dan akan disave trus dalam phone. Untungkan...Boleh teruih update dalam insta. Hahahahahahaha!!!



SOTO KADIPIRO

Sebelum lunch, Mas Fikri singgah masjid untuk Solat Jumaat. Then terus ke Rumah Makan Soto Kadipiro Baru untuk lunch. Aku difahamkan soto ne memang legend kat Jogja. Dan memang sedap soto dekat sini. Wajib cuba.

Pic ihsan Google




LUNCH         RP 96.000


KILANG BAKPIA 25

Lepas lunch Mas Fikri bawak kami ke Kilang Bakpia 25. Tempat pembuatan kuih bakpia, kuih tradisional Jogja. Kalau ke Jogja jangan lupa try kuih ne. Sedap sangat, tambah-tambah filling kacang hijau. Filling kacang hijau ne yang original, tapi sekarang dah dimodenkan dengan filling cheese, chocolate, nanas dan macam-macam lagi. Dekat kilang ne jugak ada dijual berbagai-bagai jenis makanan macam kerepek, pisang crispy, kekacang. Dan aku menyesai sebab tak beli yang filling kacang hijau bawak balik Malaysia. Aku beli yang aneka rasa, satu kotak ada 4 jenis filling..Huhuhuhuhuh!!! Harga yang original RP 55.000, aneka rasa RP 45.000.

Dan dekat sini kilangnya open, so boleh masuk dan tengok cara pembuatan kuih Bakpia.













Pisang crispy. Wajib beli. Sedap sangat. Ada banyak perisa, tapi bagi aku chocolate the best!!!

Sesibuk-sibuk aku shopping, sibuk lagi anak dara aku shopping. Hahahahaha!! Jenuh kepung satu kedai tu. Last-last aku biaq dia shopping sorang-sorang.

BAKPIA                     RP 45.000 x 3 = RP 135.000
PISANG CRISPY      RP 35.000 x 5 = RP 170.000

TOTAL                      RP 305.000


PASAR BERINGHARJO

On the way dari tempat lunch ke Pasar Beringharjo, hujan sepanjang jalan. Nasib baik hujan semakin reda bila kami sampai. Oh, jangan tak tau Pasar Beringharjo ne tempat shopping tau. Rasa heaven sangat bila mai sini. Hahahahahah!! Badan letih teruih rasa segaq. Kihkihkih!! Nur Iman ja letih tak abeh lagi. So, terpaksa la aku dukung budak tengah tidoq tu. Nak shopping punya pasai, apa pun boleh. Dekat sini banyak baju batik, telekung, kaftan, key chain, t-shirt dan macam-macam lagi.

Selalunya kalau ke mana-mana kami memang tak shopping untuk diri sendiri, banyak shopping souvenir untuk family dan kawan-kawan ja.














Kalau nak beli t-shirt, boleh beli dekat luaq dari Pasar Beringharjo. T-shirt kat situ lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti kainnya.

ANGGARAN TOTAL SHOPPING         RP 600.000

TIPS :

  • Kalau ada kipas portable yang kecik tu, better bawak. Dalam Pasar Beringharjo panas yakmat. Baju boleh perah la. Hehehehehe!!
  • Jangan pi lewat petang, Pasar Beringharjo buka sampai 5 petang ja.
  • Kat sini jangan lupa tawaq menawaq. Kalau pandai boleh dapat harga super murah.
  • Nak bawak stroller boleh cuma agak sempit kat sini. Tak payah bawak lagi senang. Kihkihkih!!

Penat shopping, kami terus balik guest house dan call siap mas beca mintak amik kami dekat guest house malam nanti untuk round Jalan Malioboro last time.


JALAN MALIOBORO




Lepas deal dengan mas beca, kami dapat harga RP 70.000 untuk satu beca untuk sepanjang malam tu. So, dia akan bawa ronda Jalan Malioboro puas-puas. Untuk dinner malam ne, mas beca tu bawak kami makan makanan tradisional jawa, Nasi Gudeg. Kalau nak tau gudeg ne diperbuat dari nangka muda. Rasanya? Kalau orang lain aku tak tau la kan. Tapi tekak aku memang tak leh terima. Hahahahahaha!! 

Nak-nak plak, aku tau ada lauk kulit lembu. Erk??? Sapa penah makan? Aku? Memang tak sentuh la cekk ooiii.

Set Nasi + Ayam Goreng + Teluq Rebus + Gudeg + Kulit Lembu

Set Nasi Gudeg       RP 35.000

TOTAL DINNER        RP 100.000


Dah setle isi perut kami ronda Jalan Malioboro tengok kesibukan malam minggu. Memang meriah sangat bila malam minggu. Sempat lagi shopping serba sikit.



Malam ne memang plan nak cari kedai urut kaki. Yang terdekat Kedai Urut KAKIKU. Tapi sebab full dan agak open untuk urut kaki Mas beca bawak kami ke rumah urut yang agak jauh dari Jalan Malioboro. Dekat sini agak tertutup. Tapi tak semua yang boleh urut sebab dah lewat dan pekerja pun tinggai 5 orang ja.


Jangan terpedaya dengan gambaq ne. Jangan ingat kami para isteri nak biaq laki ja masuk bilik urut, sekali kami masuk sekali tunggu tepi katil. Hahahahahahaha!!!

Orang mengurut tu pun terkejut tengok kami penuh dalam bilik. Hahahahahahahaha!! Nasib la Mr Alon.

URUT KAKI       RP 80.000

Dari rumah urut, kami terus balik guest house. Nur Iman pun dah tertidoq. Terima kasih sangat-sangat dekat Mas-mas beca sebab sanggup tunggu kami berjam-jam dekat rumah urut tu.

Balik terus kemas barang untuk checkout esoknya....

Boy's talk.



TOTAL PERBELANJAAN 

 RP 1.366.000 (RM 452.92) 

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..