Jogjakarta - Day 2

♥Assalamualaikum♥

23 FEBRUARI 2017, KHAMIS

KEBUN BUAH MANGUNAN - JURANG TEMBELAN - HUTAN PINUS - PANTAI TIMANG - ALUN ALUN KIDUL


KEBUN BUAH MANGUNAN

Hari ne terpaksa kejutkan Nur Iman bangun kui 3 pagi. Kui 4 pagi Mas Fikri akan pick up kami untuk layan view sunrise. Rasanya majoriti yang ke Jogjakarta akan ke Gunung Merapi untuk layan sunrise. Tapi kami terpaksa lupakan niat tu sebab Gunung Merapi tak sesuai kalau bawak baby bawah setahun. Tapi Kebun Buah Mangunan pun apa kurangnya. View sunrise kat sini antara yang menjadi tumpuan pelancong. Kebun Buah Mangunan dikenali jugak sebagai Negeri Atas Awan. Kalau bernasib baik, cuaca pun elok akan nampak gumpalan awan yang banyak. Lagi bertambah cantik view atas tu.

Awal pagi tu hujan turun dengan lebatnya, masing-masing dah risau takut plan nak tengok sunrise terpaksa dibatalkan. Tapi alhamdulillah nasib kami baik, nak dekat kui 4 pagi tu hujan dah semakin reda.










TIKET         RP 4.750/seorang = RP 9.500

TIPS :
  • Tak perlu bawak stroller kat sini. Cukup kalau ada baby carrier sebab kena naik dan turun tangga. 
  • Pastikan sampai awal, boleh pilih tempat yang cantik untuk duduk dan layan view sunrise. Makin lewat orang makin ramai.
  • Suhu kat sini tak sejuk pun, so tak perlu nak pakai jaket.

JURANG TEMBELAN

Jurang Tembelan hanya beberapa minit dari Kebun Buah Mangunan. Kalau berkesempatan dan tak kejar masa, boleh singgah sini. View kat sini pun boleh tahan cantik. Yang aku perasan orang tak ramai sangat kat sini. Mungkin tak ramai yang tau, mungkin jugak spot ne kurang popular.








TIPS
  • Kalau awal pagi hujan, kat sini memang agak berlecak. So tak payah pakai kasut cantik-cantik. Pakai selipar pun dah cukup kalau tak mau kasut cantik tu masuk tong sampah. Kihkihkih!!


Pagi-pagi lagi dah makan nasi. Kat sini kalau nak tau nasi memang sepesyen ja semua. Nasi putih, ayam goreng, sambal & kicap. Tapi tak pernah jemu makan sebab sedap.

Breakfast pagi ne dekat Mbok Sum Ayam Kampung Goreng. Not bad, sedap set nasi kat sini. Ada dua pilihan, Set A & Set B. Harga sama RP 30.000 untuk satu set.

RP 30.000 x 2 = RP 60.000
Kopi = RP 5.000
Es Teh = RP5.000

TOTAL BREAKFAST = RP 70.000


HUTAN PINUS

Hutan Pinus antara spot yang wajib pi kalau ke Jogjakarta. Kalau search Jogajakarta dekat google, gambaq Hutan Pinus mesti akan naik. Tarikannya adalah Pokok Pinus yang tersusun cantik. Spot yang sangat cantik kalau buat photoshoot untuk wedding. Juga tak jauh dari Kebuh Buah Mangunan dan Jurang Tembelan.

Time ne Nur Iman dah tertidoq. Maklum la bangun awai pagi ne, tertewas pun awai la.














Dekat sini berlakunya kejadian yang tak diingini. Kalau nak tau Nur Iman ne sangat la aktif. Kadang-kadang tu tengok dia pun penat sebab tak qeti duk diam. So, ibu ngan ayah pun kena la aktif sama. Duk kepung dia punya pasai...Sekali...Praaaaappppp...Seluaq terkoyak da. Terkoyak tang len tak pa gak. Terkoyak celah kangkang uoollllsss...Huhuhuhuhuhuhu!!! Bukan sikit tau, banyak. Hahahahahahahaha...

TIKET         RP 2.000 x 2 = RP 4.000

TIPS 
  • Kat sini pun tanah berlecak. Pakai selipar pun cukup atau kasut bertutup yang tahan lasak. 
  • Pakai seluaq yang tahan lasak, yang dijamin takkan terkoyak celah kangkang. Jangan jadi macam aku. Hahahahahah...

PANTAI TIMANG

Dari Hutan Pinus ke Pantai Timang akan amik masa sekurang-kurangnya dua jam ke dua jam setengah. So, sempatla kalau nak tidoq dulu. Dan jalan ke Pantai Timang macam ulaq, so untuk sapa yang tak tahan better bawak asam atau apa-apa ja ubat-ubatan. Kalau qasa nak terkucil jangan risau, habaq ja kat supir, biasanya memang dia akan singgah toilet awam yang ada kat tepi jalan. 

Tapi trust me, bila dah sampai Pantai Timang nanti, memang akan rasa sangat berbaloi walau jalan macam ulaq. Sama jugak bila naik ojek. Perjalanan naik ojek ke Pantai Timang amik masa dalam 20 minit. Kalau nak tau naik ojek ne bergegaq dia boleh tahan cek ooiii. Bergegaq abeh segala organ dalaman yang ada. Boleh putuih uqat kentut. Hahahahahahahahaha!!!!


5 minit awai tu, jalan elok lagi. Lepas tu jangan harap la nak jumpa jalan macam ne dah. Katanya jalan yang elok ne separuh ja sebab tak cukup dana. Dana plak diperoleh dari sumbangan orang ramai. Tapi bagi aku, ok jugak la macam ne, at least pemandu ojek tu boleh cari rezeki dengan bawak ojek. Bayangkan kalau jalan dah elok, mesti orang ramai akan naik dengan kenderaan sampai ke atas kan, so takkan ada dah la ojek ne.

OJEK        RP 50.000 untuk satu ojek
TOTAL     RP 100.000




Sebelum ke Jogjakarta, aku ada buat research sikit. Cari ada tak orang lain bawak anak naik gondola. Tapi tak pernah jumpa blog yang share bawak anak kecik naik gondola. Memang dah redha kalau salah sorang terpaksa mengalah kalau Nur Iman tak boleh naik, Tapi sebenaqnya memang tak dak larangan pun untuk bawak anak kecik. Antara berani dengan tak ja. Kami?? Kami memang berani. Hahahahahaha.Tapi, tak boleh naik bertiga. So Nur Iman aku lepaskan untuk naik dengan Mr Alon. Alhamdulillah, semua merasa naik gondola even Amsyar yang umuq 8 bulan tu. Puas hati sangat qasa....

Oh, jaket di pinggang akak tu untuk cover seluaq terkoyak. Hahahahahahaha!!

GONDOLA         RP 200.000/seorang x 2 = RP 400.000

Untuk kanak-kanak kami dapat free. Kalau ikutkan separuh harga, tapi sebab kami semua 8 orang dewasa naik, so kanak-kanak depa bagi free.


Nur Iman? Relek ja dia naik gondola. Macam tak takut. Atau memang budak tak dak perasaan takut? Kihkihkihkih!!

Dekat tengah-tengah tu nanti ada la satu pondok untuk pekerja kat situ. Kalau nak bagi anak-anak berteduh sat boleh ja. Sebab cuaca sangat panas.








TIPS
  • Dekat sini lagi la tak boleh bawak stroller kan. Kihkihkihkih. So, pastikan anda bawak baby carrier supaya senang nak bawak baby naik ojek dan gondola.
  • Jangan lupa bagi anak-anak pakai topi, dekat sini panas terik. Nur Iman tak pakai sebab dia tak mau. Lucky me, Nur Iman sangat lasak macam ayah dan ibu. Hehehehehehe!!
  • Pakai kasut bertutup especially anak-anak untuk elakkan kaki terluka sebab batu-batu kat tengah tu tajam.


LOBSTER

Kalau dah sampai Pantai Timang, jangan lepaskan peluang untuk makan lobster tau. Kedai lobster tu dekat tempat parking ja. Dari review semua cakap lobster murah dan sedap. Rugi kalau dah sampai tak cuba.

Lobster ada saiz tau. Besaq, sederhana dan kecik. Kami amik lobster saiz sederhana 3kg (21 ekoq) set dengan nasi, tempe dan sayuq goreng. Aku dah tak ingat harga sekilo lobster berapa. Makan sampai kenyang. Sedap. First time kami makan lobster, kat Malaysia tak pernah makan sebab mahal. Hahahahahahahaha!!!

LUNCH         RP 1.440.000




Kalau nak masuk tengok kolam lobster pun boleh. Dekat sini la kita pilih lobster yang kita nak. Kalau tengok, ne kawasan dapuq owner kedai lobster tu. 


TIPS
  • Sebelum ke Pantai Timang, pilih dan booking dulu lobster untuk elakkan anda kempunan. kalau terus ke Pantai Timang dulu, takut bila dah turun nanti, lobster abeh.


ALUN-ALUN KIDUL

Dari Pantai Timang, Mas Fikri stop dekat Bukit Bintang. Tapi sebab semua dah keletihan, so kami decide untuk terus balik guest house untuk mandi. Mas Fikri tunggu dekat lobi untuk bawak kami ke Alun-alun Kidul malam nanti.

Kalau nak tau, Alun-alun Kidul ne meriah dengan kereta berlampu. Kalau bawak anak-anak memang depa akan suka. Satu pusingan dengan naik kereta memuatkan 4 orang RP 50.000

RP 50.000 / 2 = RP 25.000












DINNER BAKSO         RP 62.000 - Untuk malam ne dinner dipayung oleh Nik & Syu

TIPS
  • Dekat Alun-alun Kidul ne kena jaga barangan anda, sebab pencopek ramai. 



TOTAL PERBELANJAAN 

 RP 968.500 (RM321.12)


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..