One Month

♡Assalamualaikum♡

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hari ni Nur Iman dah genap sebulan. Tak terasa masa berlalu dengan cepat bila Nur Iman ada. Hari-hari sibuk uruskan Nur Iman. Sibuk ker???? Hahahaha. Sibuk la jugak kan. Tak susah uruskan Nur Iman. Cukup time mandi. Cukup time bagi susu. Cuma kadang-kadang Nur Iman tak mau tidoq malam. Terpaksa la ibu teman Nur Iman berjaga. Tak pa la kita berjaga sama-sama na. Sebab la ne ibu kena ikut timing Nur Iman. Tidoq Nur Iman tidoq la ibu, jaga Nur Iman jaga la ibu. Apa saja demimu wahai Nur Iman.

16 Mac 2015...

♡Assalamualaikum♡

16 Mac 2015, happy birthday to me. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni sehingga saat ini. Special thanks to my mom, sebab dah besaqkan aku sampai aku berjaya jadi orang. Hehehe. Sampai aku dah selamat jadi ibu.

To my husband, Mr Alon. Terima kasih atas doa-doa yang dikirimkan. Terima kasih sebab setia bersama saya hingga saat ini. Terima kasih sebab sudi jadikan saya suri hidup. Terima kasih sebab hadiahkan saya hadiah yang paling bermakna pernah saya dapat sepanjang 28 tahun hidup, Nur Iman Khadeeja. Harta dunia akhirat ibu ayah. Tak banyak yang aku mintak, cukup sekadar Nur Iman Khadeeja membesar jadi anak yang solehah yang taat pada Tuhan, pada agama dan pada ibu ayah.



5 hari tanpa bidadari

♡Assalamualaikum♡

Ahad 1 Mac 2015

Pagi ne ayah uruskan pendaftaran nama Iman ngan maklumkan dekat Klinik Kesihatan yang Iman dah lahir. Tengahari, nurse mai rumah untuk cek ibu ngan Iman. Alhamdulillah ibu ngan Iman sihat, cuma nurse suruh bawak Iman pi cek kuning petang nanti.

Petang, ayah ngan mak tok bawak Iman pi klinik. Ibu tunggu Iman kat rumah ja. Ayah kata kuning Iman tak tinggi sangat, bacaan 213. Esok pagi Iman kena pi cek lagi. Ibu harap kuning Iman tak naik esok.


Isnin 2 Mac 2015


Pagi ne ibu ngan ayah bawak Iman pi klinik. Iman gud girl sangat, qenyau bila Iman lapaq ja. Bila result dah siap, nurse terus pi kat ayah habaq Iman kena masuk wad. Kuning Iman naik sampai 280. Nurse suruh pilih nak masuk Hospital Jitra ka Hospital Sultanah Bahiyah. Mesti la ibu pilih Hospital Jitra. Senang, dekat dengan rumah mak tok.

Petang, lepas lunch ibu ayah terus bawak Iman pi hospital. Setle urusan pendaftaran masuk wad, ayah balik. Petang nanti, waktu melawat ayah mai balik tengok Iman. Nasib baik ibu pun bleh duduk dekat wad teman Iman. Lepas nurse ambik darah Iman untuk cek kuning lagi, nurse letak Iman bawah lampu biru.

Bidadari ibu & ayah

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 27 Februari 2015, 1218pm

Lahirnya seorang bidadari. Bidadari yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Bidadari yang akan melengkapkan hidup ibu & ayah. Bidadari bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Jam 5 petang, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat pertama kali tatap wajah bidadari ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan bidadari secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit putih gebu, bibir merah delima, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.

Betoi cakap ayah, ibu pun tak tau anak ibu ikut muka sapa. Warna kulit memang tak sama dengan ibu & ayah. Hehehe. Ibu tak kisah anak ibu ikut muka sapa pun, janji anak ibu membesar dengan sihat.


Baby is coming Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sampai Mahsuri, cek bukaan belum ada. Malam tu admit, rehat dekat wad. Time tu macam-macam rasa ada. Nerves dan happy sebab tak sabaq nak jumpa baby. Aku ingat lmbat lagi aku nak bersalin. Tapi saatnya hampir tiba.




Masa admit masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit apa pun. Baring sambil cuba untuk tidoq, tapi tak leh tidoq. Alhamdulillah Mr Alon sentiasa di sisi untuk teman aku.

Baby is coming Part 1

♡Assalamualaikum♡

Rabu 25 Februari 2015

Hari ne last day aku qeja before cuti bersalin. Pulun siapkan semua qeja. Hati dah kat kampung dah time ne. Semangat nak balik kampung katakan. Memang kami plan nak balik 2 minggu awai before due date.

Hari ne masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit-sakit, masih kuat nak berjalan. Kawan-kawan pun kata lambat lagi ne nak bersalin, perut tinggi lagi. Aku pun harap apa-apa pun aku nak selamat sampai Kedah dulu. Tiap-tiap hari pujuk baby jangan keluaq lagi tau. Kita balik jumpa mak tok, opah dulu.

Lepas maghrib, kami gerak ke Sungai Buloh, ambik mak mentua dekat rumah Abang Long. Kebetulan sampai Mak Ndak dengan anak-anak. So, sembang-sembang, makan-makan dulu. Hampir 12 tengah malam, kami bertolak balik ke Kedah. Sempat lagi aku drive sebab Mr Alon dah mengantuk sangat-sangat. 5 pagi, kami selamat sampai Changlun.