Just nak berkongsi info tentang Myanmar..Aku beli magazine Cosmopolitan, dalamnya ada satu pamplet about Myanmar. Rupa-rupanya banyak jugak benda yang menarik di Myanmar. Sebelum nie aku tak penah ada keinginan nak melancong ke Myanmar, tapi sekarang??Hahahahah!! Salah satu destinasi yang aku mesti pi..
Jom check apa yang menariknya Myanmar nie..
Myanmar pernah dikenali sebagai Burma dan di mata dunia sebagai "The Golden Land". Tempat ini kaya dengan budaya yang dibawak turun temurun dan memiliki pemandangan yang cantik untuk menarik perhatian pelancong dari serata dunia. Terdapat banyak bahan peninggalan sejarah yang ada di negara ini dan muzium arkeologi untuk penggemar sejarah.
Yangon
Bandar Yangon sebelum ini merupakan ibu kota Myanmar, berkeluasan 350km persegi dengan populasi penduduk seramai 5 juta orang. Yangon juga dikenali sebagai Garden City of the East dan mempunyai pengaruh Inggeris, Burma, Cina dan India. Bandar ini lebih dikenali dengan seni bina yang mempesonakan.
See
SHWEDAGON PAYA
Tempat ini mesti dilawati lebih-lebih lagi bagi pelancong yang pertama kali menjejak kaki ke Myanmar. Struktur pagoda ini sangat unik dan ia dipenuhi dengan warna emas yang sungguh mengagumkan. Lebih menarik lagi jika kamu datang pada waktu malam ketika diterangi dengan lampu-lampu yang mencantikkan lagi tempat tersebut. Berdekatan situ, terdapat tugu petingatan yang dibina sempena memperingati Aun San serta enam lagi ahli kabinet yang terbunuh. Tampat ini menjadi ikon negara dan cukup sesuai untuk kamu saksikan keindahan matahari terbenam.
~Dibuka 6.30 pagi - 10 malam
CHAUKHTATGYI PAYA
Ia adalah antara lokasi Buddha berbaring yang ada di Myanmar dan wajahnya nampak tenang bertatah berlian dan batu permata. Patung ini kurang menonjol dan jarang dihebohkan. Penilik yang berada di situ menawarkan khidmat bacaan nasib dan astrologi.
~Dibuka 6 pagi - 7 malam
CITY HALL
Yangon City Hall (YCH) merupakan ibu pejabat badan pentadbiran Datuk Bandar Yangon dan juga untuk Yangon City Development Committee (YDC). Kamu pasti teruja melihat struktur bangunan City Hall yang cukup unik dengan senibina memukau daripada zaman selepas peperangan British. Malah, City Hall tersenarai sebagai salah satu bangunan bersejarah di Yangon.
KARAWEIK HALL
Saksikan tarian dan orkestra penduduk tempatan sambil melihat pemandangan Shwegadon Paya. Ada restoran terapung di Kandawgyi Royal Lake yang menyediakan pelbagai makanan tempatan Cina dan Barat dengan harga berpatutan.
~Dibuka 4 pagi - 10 malam
NATIONAL MUSEUM
Kenali sejarah dan budaya Myanmar serta hasil seni yang dipaparkan dalam 14 dewan di bangunan lima tingkat ini.
~Dibuka 10 pagi - 4 petang
MAHABANDOOLA GARDEN
Dikenali sebagai taman ros dan di dalamnya terdapat Tugu Kemerdekaan. Di sini kamu boleh melihat City Hall dan bangunan Kolonial British.
Shop
Shop
TREASURE ISLAND
No. 11, Ma Kyee Kyee Street,
Sanchaung Township, Yangon
MK GEMS
No. 50, Pyay Road, 6 1/2 Miles,
Hlaing Tsp, Yangon
MYINTTUN OO
150/152, Pansodan Road (Middle Block)
Kyauktada Township, Yangon
Eat
Bila ke sana kamu mesti cuba ini!!
MOHINGA
Mi yang dihidangkan dengan sup ikan menjadi makanan kegemaran penduduk Myanmar dan selalunya dihidang pada waktu sarapan atau upacara istimewa. Ia adalah makanan tradisi negara ini dan boleh didapati di mana-mana saja tempat yang menghidangkan makanan tempatan.
LAPHET THOTE (Disebut la-peh thou)
Ia adalah sayuran yang diperam dengan daun teh dan beberapa jenis kacang. Ia sedap dimakan bersama dengan nasi. Selain itu boleh dimakan sebagai kudapan.
HTAMANE
Potongan kelapa, kacang, pulut nasi yang dimakan sebagai pencuci mulut.
OHN NOH KAW SWE
Mi yang dihidangkan bersama kari ayam
Pilihan Destinasi Menarik
INLE LAKE
Inle Lake adalah tasik semula jadi kedua terbesar di Myanmar. Turut dikenali sebagai Vanice of the East kerana di sini penduduk hanya menggunakan bot.
BAGAN
Bagan yang kaya tapak arkeologi ini terletak di tebing sungai Ayeyarwady (Irrawaddy), dengan tarikan kuil Buddha, pagoda, stupa dan tapak sejarah. Pelajari pembuatan barangan seni lacquer serta kayu. Setiap November, kamu boleh saksikan festival Hot Air Balloon.
FAKTA PANTAS MYANMAR
Ibu negara Naypyidaw
- BAHASA - Burma, manakala Bahasa Inggeris ditutur secara meluas di Yangon.
- BEZA WAKTU - 1 jam 30 min lewat daripada Malaysia.
- MATAWANG - Rm1 bersamaan dengan 280kyat (setakat bulan Ogos 2012).
- NOMBOR KECEMASAN - Ambulans (Yangon) - 192, Polis (Yangon) - 199
- GEOGRAFI - Terletak di Asia Tenggara, bersempadan dengan Laut Andaman dan Teluk Bengal, antara Bangladesh dan Thailand.
- CUACA - Iklim Monsun Tropika seperti musim hujan, mendung, panas dan lembap berlaku pada Jun hingga September. Musim dingin dan cerah pula pada bulan Disember hingga April. Bulan November hingga Februari adalah bulan yang sesuai untuk kamu kunjunginya kerana cuaca pada masa itu dingin dan kering. Purata suhu di Myanmar adalah 21 ke 32 darjah celcius.
Info yg menarik.....
ReplyDeleteSalam, Nak tanya. Hotel mana yang u duduk ye? macam dekat dengan semua tempat je?
ReplyDeleteand shopping sana murah tak?
salam...jgn salah faham yea...
Deletene just info utk suma..
i pun xpenah pi lagi..=)
salam..kena buat visa di kedutaan ke sblm pegi??
ReplyDeletesalam...sekali lagi..jgn salah paham ya..saya pun belum brkesempatan ke vietnam..entry ni saya brkongsi info tentang vietnam yang saya tgk dlm artikel majalah...tapi dari apa yang saya tau, kalau setakat nak pi bercuti tak perlu aplly visa pun.. pasport dah cukup..
DeleteSaya sedang berada di myanmar sekarang...perlu ada visa, ada 3 cara nak apply :
Delete1) apply di kedutaan
2) apply guna online system
3) apply bila sampai je airport di myanmar
thanks utk info..=)
Delete