Dah lama teringin sangat nak pi Beris Leka Vineyard nie..
So, tadi aku terpaksa memaksa Mr Alon untuk bawak aku pi..hehe!!
Bukan selalukan nak paksa dia!!
Mau tak mau dia kena bawak gak aku pie...
Yeyeyeye...dah sampai..
Beris Lake Vineyard terletak lebih kurang 12 km dari pekan Sik, Kedah..
Kui 1 kami bertolak dari umah..sampai lebih kurang kui 3 kat sana...
Sedikit maklumat yang aku search tentang Beris Lake Vineyard nie...
LADANG ANGGUR di
usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera
yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu
di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah
tanaman anggur sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar
dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok.
Objektif utama
mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya
badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah
Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism.
Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh
ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.
Dengan adanya ladang
anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam
bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada
badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang
berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan
kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.
Untuk mengeluarkan hasil
yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang.
Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk
pasaran tempatan.
Gerai jualan hasil
dibuka dari
9.30 pagi hingga 6.30
petang
Dengan bayaran
RM4 - dewasa
RM2 - kanak-kanak
Jom layan gambaq yang sempat disnap...
Mr Alon sangat excited bila melihat anggur yang banyak... |
Geram tak leh nak petik...Ramai sangat bodyguard yang menunggu..hehehe!!! |
Sangat berbangga dengan ketinggian yang aku ada...Sebab aku bleh jalan dalam keadaan normal, berbanding dengan Mr Alon yang telah transform menjadi si bongkok...hahahah!! |
Buang anggur yang fresh yamg dijual dengan harga RM 13... |
Jus anggur RM3 sebotol...sedap kot!!! |
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..