Phuket, Thailand

♥ Assalamualaikum ♥

Destinasi holiday kali ne ke PHUKET, THAILAND. Untuk trip ne, ibu goyang kaki. Ibu book tiket flight ja. Yang len semua kawan ibu yang uruskan. Kihkihkih..Sampai ke itinerary, transport pun ditanggung beres, cakap ja kita nak pi mana, kawan ibu siap aturkan semua..Million thanks to kawan ibu sebab mudahkan qeja ibu...

Pic Google

TIKET FLIGHT

KUL-  PHUKET - KUL (2 ADULTS 1 CHILDREN 1 INFANT)
+ Seat
+ Meal
+ Baggage 25kg                            RM 848.60


HOTEL

PATONG CITY HOMETEL
Triple Studio Premium                  THB 1812.03 / RM 249.33
 (4 days 3 nights)

Hotel book di Trivago. So far, puas hati dengan hotel bajet ne. Harga murah, bersih dan yang paling penting selesa. Hotel tak perlu nak book yang mahai-mahai, cukup dengan yang boleh bagi keselesaan dekat kita. Lain la kalau memang dah plan nak trip mewah. Satu lagi yang penting, cari hotel berdekatan dengan masjid sebab selalunya berdekatan dengan masjid akan ada banyak kedai makan halal/muslim.

Patong City Hometel ne dengan Masjid Nurul Islam (masjid terdekat) hanya 15-20 minit jalan kaki. Sepanjang perjalanan ke masjid akan jumpa 2 ke 3 kedai 7-eleven. Paling dekat dengan hotel lebih kurang 5-10 minit jalan kaki. Depan hotel ada family mart, tapi family mart sini tak banyak produk halal.






INSURANS

Sebelum ne ibu tak pernah terpikiaq nak ambik insurans untuk satu family. Selalunya akan ambik insurans free untuk kakitangan kerajaan tu ja, tu pun cover untuk diri sendiri ja. Nampak sangat ibu hang pentingkan diri sendiri..Hahahahahha..Kali ne atas nasihat kawan-kawan, ibu apply travel insurans untuk satu family. Boleh apply online ja, mudah dan berbaloi...Apa-apa nak jadi kita tak jangka kan, so better prepare awai.

PLATINUM : RM 97.22 (after 25% diskaun)




TRANSPORT

Untuk trasnport mula-mula kawan ibu suggest sewa moto round Phuket. Ampa qasa mampu ka ibu 4 beranak naik moto??? Hahhahahaha...memang tak la kan. Kesian kat moto tu nanti.. So, ibu suggest kita amik la transport van untuk keliling Phuket. Ibu suggest ja yang carinya mesti la kawan ibu. Kihkihkih... Terima kasih sekali lagi kawan ibu..

Tour Guide : Mr Kareem +66623244499

Tapi yang jadi driver kami adik kepada Mr Kareem sebab dia ada hal lain. Servis ok, masalahnya satu ja. Masalah bahasa. Driver tak fasih dan kurang faham baik Bahasa Melayu atau Inggeris. Jenuh la nak cakap bagi dia paham...Dah macam ayam dengan itik...

THB 13,900 (7 dewasa 2 kanak-kanak)
+ City Tour THB 2,500
+ Island Tour THB 9,400
+ City Tour to airport THB 2,000

Transport dari airport ke hotel, boleh pilih samada nak sharing atau private car. Kalau sharing kena tunggu sampai penuh. Ibu decide untuk amik private car, lebih selesa untuk perjalanan sejam ke Phuket.

PRIVATE CAR THB 860


SIMCARD

Boleh beli dekat airport atau app KLOOK. Ibu beli dekat KLOOK, harga murah sikit.

7 Days Unlimited RM 18

Simcard boleh collect dekat DTAC kaunter dekat airport nanti.


MATAWANG THB

After a few survey, paling murah ibu dapat dekat Mid Valley. Duit THB sekarang ne boleh tahan mahai, makin menaik lagi ada. Yang ibu dapat dekat Mid Valley.

THB 10 = RM 1.375
THB 100 = RM 13.75
THB 1000 = RM 137.5





 Setle semua, jom kita jelajah Phuket, Thailand



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..