About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja & Muhammad Iman Adwa. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Monday, 29 January 2018

Bandung - Part 3

♥ Assalamualaikum ♥

19 SEPTEMBER 2017 (SELASA)

Pagi, breakfast dekat hotel. Makanan, not bad, ada yang dah sedia ada. Ada yang boleh order. Untuk pagi ne, bubuq + keropok sayuq untuk Kak Long, Nasi Goreng Oriental untuk ibu dan ayah. Isi perut kenyang-kenyang, hari ne banyak tempat yang nak singgah.
















Amaran, untuk entry kali ne banyak gambaq tau, sebab sempat singgah banyak tempat dalam masa sehari. 8.30 pagi, Pak Hairi pickup dekat hotel. Jom, kita jelajah Kota Bandung.


FARM HOUSE LEMBANG


Destinasi pertama untuk hari ne, kami ke Farm House Lembang. Cuaca dekat sini acah-acah sejuk. Pemandangan menarik dan cantik. Satu lagi sesuai sangat bawak anak-anak ke sini, sebab ada macam-macam tarikan. Antara tarikan utama dekat sini Rumah Hobit. Nak ke New Zealand belum mampu lagi kan. Kita tengok Rumah Hobbit dekat sini je la dulu. Kihkihkih..

Oh, dekat sini jugak ada petting zoo. Anak-anak mesti suka kan. Jom kita tengok.

HARGA TIKET
Dewasa              RP 25.000 seorang
Kanak-kanak    Free

Tiket masuk ke Farm House Lembang jangan lupa simpan tau. Boleh tukaq dengan susu fresh strawberry, chocolate, jagung atau original.



Ini kaunter untuk tebus susu. Kebetulan hari yang sama, ada rombongan dari taska sekolah Indonesia. Come-come ja tengok.










Ini kawasan Love Lock. Kalau dekat Malaysia, ala-ala macam dekat Bukit Bendera, Penang. Mangga-mangga yang berbagai bentuk dan warna ne yang menjadikan view dekat sini menarik. Kalau nak, boleh dapatkan mangga tu dekat kedai souvenir yang berdekatan. Tapi, aku tak sure harga berapa. Maklum la, kami tak beli pun, sebab CINTA kami memang dah tersimpul rapi dah. Tak perlu dah nak dimangga-mangga lagi. Ciaciaciaicia!!





Taman bunga ne laluan nak ke Rumah Hobbit. Rumah Hobbit dekat sini bukan lah macam perkampungan Hobbit dekat New Zealand tu. Ada la sebijik dua Rumah Hobbit dekat sini beda nak bergambaq. Bergambaq dari luaq ja tau, dalam tak boleh masuk. Jangan kata sebab saiz aku ne sebab tu aku tak leh masuk. Sapa-sapa pun tak leh masuk. Huh...



Dalam kawasan ne jugak ada banyak kedai souvenir. Kalau nak beli buat buah tangan untuk orang kampung boleh la belek-belek souvenir kat sini. Ada macam-macam pilihan.

Kat sini jugak ada servis sewa pakaian ala wanita Belanda. So, boleh la kalau nak fefeling kat oversea tu. Dah sewa, boleh pakai pakaian tu keliling Farmhouse. Harga aku tak sure.







Paling best kat sini ada Petting Zoo. Lebih kurang sama dengan petting zoo yang ada dekat Malaysia. Ada banyak jugak binatang kat sini macam arnab, kambing, lembu, burung, ayam. So, sesuai sangat la bawak anak-anak ke sini. Memang anak-anak akan enjoy. Cuba lebihkan masa dekat sini. Biaq anak-anak puas main-main dekat sini.





Ini kawasan anak lembu. Boleh jugak rasakan pengalaman bagi anak lembu minum susu. Guna botol tau. Boleh beli dekat penjaga dekat sini. Harga tak sure. Come ja tengok anak lembu tu minum susu guna botol. Kak Long Khadeeja memang tak jejak tanah sebab takutkan anak lembu tu. Hahahaha. Sebabnya lembu kat sini jinak-jinak. Nampak ja orang, terus mai serbu. Kalau serbu Kak Long tu memang tak nampak dia dah. Nampak anak lembu ja. Kihkihkihkih!!



Dekat kawasan kambing ne pun Kak Long tak jejak tanah. Kambing tu kira nak mai menyondoi ja. Jinak sangat. Yang bestnya, aku duk perati, beg apa yang tergantung dekat kaki belakang kambing-kambing ne?? Rupanya beg tu ala-ala pampers. Bila depa berak ja, taik jatuh dalam beg tu. So, memang takkan nampak la taik kambing berteraboq kat sini. Sebab tu la dari awai nampak kawasan ne bersih ja walaupun kambing-kambing tu dibiaq berkeliaran.








Sebelum sampai dekat kawasan Petting Zoo, jangan lupa singgah dekat kawasan Menara Tinjau. Kat sini kita akan disajikan pemandangan bukit yang cantik. Cumanya agak panas kat sini sebab tak dak bumbung.



 


TANGKUBAN PERAHU

 Dari Farm House, kami ke Tangkuban Perahu. Sebelum turun ke kawasan kawah, elok beli penutup hidung dengan harga RP 15.000 sekeping sebab takut tak tahan dengan bau asap sulfur yang agak kuat. Jangan tak tau, kawasan gunung berapi masih aktif. Last meletus masa tahun 2013, lebih kurang jam 6 pagi. Nasib baik time ne masih awai dan tak dak pelancong dekat sini. Lepas letusan tu, Tangkuban Perahu ditutup lebih kurang 25 hari dari kunjungan pelancong. Kalau ada gegaran-gegaran kecil yang berpotensi untuk sebabkan letusan, Tangkuban Perahu akan ditutup selama 3 hari untuk keselamatan.

HARGA TIKET
Dewasa              RP 200.000 seorang
Kanak-kanak    Free

Masa on the way nak ke sini, Kak long tidoq sepanjang perjalanan. Letih agaknya. Bila dah sampai macam kesian plak nak kejutkan. So, kami berdua ja la yang menikmati pemandangan dekat sini. Turun-turun ja dari qeta, ada sorang ne mai approach nak tolong amikkan gambaq. Kami pun apa lagi, dah orang offer, layan ja la kan. Dah amik gambaq tu, dia cakap la yang depa ne ditugaskan untuk layan pelancong-pelancong yang ke sini. Siap ada macam permit dari kerajaan. Tugas depa tolong amikkan gambaq dan cerita pasai sejarah Tangkuban Perahu.

View kat sini memang cantik. Owh, ne kawasan Kawah Ratu, kawah yang paling besaq dekat sini. Dulu, kita boleh jalan mengelilingi kawasan kawah ne. Turun ke bawah pun boleh. Tapi, lepas letusan tahun 2013 tu, jalan tu dah hilang.






Lepaih dah puas amik gambaq, jalan-jalan kat sini, kami pun nak balik la ke qeta. Rupa-rupanya tugas depa ne bukan takat tu ja. Tugas utama depa, jual souvenir kat pelancong. Hahahahahah!! Memang terkena ok. Puas mengelak cek ooiii... Memang depa akan ikut sampai ke qeta sambil desak-desak untuk beli ngan depa. Sapa hati tak kering, memang akan termakan la pujuk rayu depa. Mujuq la kami laki bini jenih hati kering. Hahahahahah!! Selamat duit... Nasihat aku, kalau bleh amik gambaq sendiri tu, kalau boleh elakkan dari depa, baek elakkan ja la. Buat tak layan ja.


FLOATING MARKET LEMBANG

Dari Tangkuban Perahu, kami ke Floating Market Lembang untuk lunch. Dekat sini ada macam-macam jenis makanan, pilih ja nak makan apa.



HARGA TIKET
Dewasa              RP 20.000 seorang
Kanak-kanak    Free

Tiket tu jangan dibuang, sebab boleh tukar dengan minuman free. Untuk beli makanan dekat sini, semuanya gunakan token khas. Boleh tukaq dekat kiosk berhampiran. Tukaq tu jangan banyak-banyak, sebab kalau token lebih tak boleh tukaq cash balik tau.




Masuk-masuk ja kita akan disajikan dengan pemandangan kolam ikan koi. Boleh la layan anak-anak dekat sini dulu.




Nak ke tempat makan kena jalan agak jauh, so bersedia dari segi mental dan fizikal. Hahahahah. Tak la jauh sangat pun, lebih kurang 10-15 minit jalan kaki. Mujuq la time ne perut tak besaq mana lagi. Kalau dak mau merangkak aku, nak makan punyai pasai.



 
Sampai ja dekat gerai-gerai makanan ne, mata dan hidung pun mulakan peranan. Hmmmmm, tengok semua terliuq cek ooiii. Paling sedap aku makan, pisang cheese. Haaiiisshhh, dua kali beli kot sebab sedap sangat.




Pisang Cheese RP 20.000
Bubur Ayam RP 15.000

Mee Goreng RP 25.000
Mee ne tengok ja pucat macam tak sedap, tapi rasa dia memang marveles. Rasa sekali nak lagi.
Selain makanan yang aku beli, banyak lagi pilihan makanan yang ada. Sebabkan kami bertiga ja, tak boleh la nak qasa semua jenis makanan. Takut membaziaq plak beli banyak-banyak tapi tak abeh.







Dah setle isi perut, moh ler kita berjalan ke qeta balik. Sepanjang perjalanan nak keluaq, akan jumpa mini zoo yang menempatkan burung, arnab dan kambing. Kambing kat sini pun sama ja dengan yang dekat Farm House, asyik nak menyondoi kat orang ja.
 




Kalau nak beli souvenir dekat sini pun boleh. Ada banyak pilihan kedai. Cuma harga aku tak sure samada murah atau mahal dari tempat lain.




DUSUN BAMBU

Destinasi terakhir untuk hari ne kami ke Dusun Bambu.

HARGA TIKET
Dewasa                          RP 25.000 seorang
Kanak-kanak                Free
(tinggi bawah 80 cm) 
Parking                          RP 15.000

Tiket masuk boleh simpan dulu. Masa nak keluaq nanti boleh tukaq dengan air mineral. Untuk ke restoran dan taman permainan ada dua pilihan. Samada nak jalan kaki atau naik mini van yang disediakan. Kalau jalan kaki, agak jauh dan tinggi. Pilihan kami mestilah nak mini van kan. Tak kuasa la aku nak jalan kaki.

Dekat sini ada dua pilihan taman permainan:

1.     Playground

    • Tiket masuk RP 50.000 untuk seorang kanak-kanak dan seorang peneman. Kalau seorang peneman dewasa nak masuk juga kena tambah lagi RP 50.000. Total untuk kami 3 orang RP 100.000.
    • Kawasan playground ne agak besaq, boleh stay lama mana yang nak selagi belum tutup. Ada bermacam-macam jenis permainan.














2.     Rabbit Wonderland

    • Tiket masuk RP 35.000 untuk seorang dewasa/kanak-kanak. Kanak-kanak bawah umuq 3 tahun, wajib masuk dengan seorang peneman. Contoh kalau kami bertigas, kena bayaq RP 105.000.
    • Kawasan ne tempatkan arnah yang gebu-gebu tu dengan dekorasi taman yang cantik.

Disebabkan Kak Long dah banyak kali tengok arnab, kami bagi dia masuk Playground, biaq dia main puas-puas. Ibu pun boleh rehat kat sini. Duduk ja tengok anak main.

Selain tu, dekat sini ada restoran yang ramai viralkan dekat internet. Menariknya sebab boleh makan dalam pondok terapung bentuk sarang burung. Cantik sangat. Saiz sarang burung ne lain-lain dan caj yang dikenakan untuk sewa pun lain-lain. Mula-mula aku ingat free ja kalau nak dinner dalam sarang burung ne. Rupanya berbayaq cek ooiii... Kihkihkihkih!! Hanya mampu tengok ja la.

Pic dari GOOGLE










M Collections

Sampai pekan Bandung balik lebih kurang jam 8 malam. Sebab masih awai, kami singgah kilang pembuatan telekung. Supir kata dekat sini harga agak murah. Tapi bagi aku boleh tahan mahai. Better beli dekat Pasar Baru. Rasanya dekat situ lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah. Tapi disebabkan takut tak sempat singgah Pasar Baru, aku beli ja 3pasang telekung dekat sini. 

Telekung dewasa           RP 295.000 x 2
Telekung kanak-kanak RP 70.000 x 1


Untuk dinner, sekali lagi makan dekat Ayam Penyet Surabaya. Kali ne kami makan dekat kedai. Dah siap makan, tapau plak bawak balik hotel. Hahahahah. Bukan tapau satu tau, dua sekali dengan Mee Goreng Ayam Telur Itik.

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..