20 SEPTEMBER 2017 (RABU)
Hari ne excitednya lebih sikit. Sebelum ne Mr Alon selalu cerita pasai Trans Studio. Best katanya. So, jom kita tengok ada apa kat sini.
Seawal pagi bangun siap-siapkan Nur Iman, breakfast kat hotel. Lebih kurang jam 9 pagi, Pak Hairi pickup. Perjalanan ke Trans Studio dari hotel lebih kurang 15-20 minit.
HARGA TIKET
Dewasa RP 180.000 seorang
Kanak-kanak RP 180.000 seorang
Harga tiket untuk masuk Trans Studio tak dak beza dari segi umuq. Harga sama walaupun baby umuq sebulan.
Tak semua game dekat sini kami boleh masuk dan main. Banyak jugak terlepas sebab Kak Long Khadeeja tak boleh main. Tapi jangan risau, banyak lagi benda yang boleh buatkan anak-anak enjoy dekat sini.
Khas untuk kanak-kanak. Tapi kat sini memang lengang. Kurang dapat sambutan agaknya. Masuk-masuk, kami tiga beranak ja dalam tu. Kihkihkih. Tapi sebab anak punya pasai, layankan ja la. Ulang pi la naik 10 kali pun, tak dak masalah. Tapi tak semua permainan Kak Long Khadeeja nak naik. Ada jugak yang dia takut nak naik.
BOLANG ADVENTURE
Dalam ne ada pameran boneka-boneka yang melambangkan daerah dan kaum di Indonesia. Akan ada mini train dalam ne. Kak Long Khadeeja agak bosan dekat sini. Macam tak berminat ja. Kihkihkih!!
OCEAN WORLD
Dekat sini plak pameran jenis-jenis ikan dan ada kolam khas yang tempatkan haiwan laut yang boleh dipegang macam tapak sulaiman dan ikan jerung yang jinak. Dekat sini jugak banyak replika ikan dekat syiling. Kak Long Khadeeja apa lagi, puas mengelak. Takut ikan besaq sangat ataih kepala. Hahahahah!!
Aku qasa ne first time aku tengok ikan piranha secara live. Kalau tengok tak nampak ganaih pun. Come ja. Cer try letak jari tengok nak jadi apa. Kehkehkehkeh!!
Yang ne ikan yang selalu ada dekat spa. Memang layan celup tangan dalam ne. Qasa geli-geli pun ya. Ikan akan makan sel-sel kulit mati dekat tangan kita.
Oh, setiap pembelian di Trans Studio kena guna Mega Cash Card. Boleh beli di kiosk yang disediakan dengan harga RP 15.000 then topup kad ikut jumlah yang kita nak. Minimum sebanyak RP 10.000. Tapi jangan risau, kalau ada balance nanti dah keluaq boleh cashkan balik. Untuk permulaan, kami topup RP 500.000.
Kalau nak rehat atau makan, semua ada disediakan dalam tu. Banyak tempat kita boleh duduk sambil tengok orang. Cumanya harga makanan dalam ne agak mahal dari luaq la. Normal la tu kan.
Sebabkan Kak Long Khadeeja dah nampak stall aiskrim, so ibu belanja la satu.
Baskin Robbins RP 80.000
Bananan Muffin RP 31.818
Ice Chocolate RP 60.909
RP 172.727
SKY PIRATES
Sky Pirates akan bawa kita pusing tengok pemandangan Trans Studio dari ataih. Kalau ikutkan syaratnya, wanita mengandung tak boleh naik. Tapi aku terlepaih, mungkin depa ingat aku ne gem ja bukan pregnant. Hahahahahahha!!
Kalau nak tau dekat Trans Studio ada show-show yang menarik. Kalau boleh jangan terlepaih tengok semua show ne. Antaranya ada :-
The Book of The Wolrd Circus
The Magical Parade Of Zoo Crew
Special Effects Action
The Magic
Setiap show ne akan dipamerkan time dan dekat mana akan ditayangkan. So, jangan terlepaih peluang tu.
12.00 pm akan ada Magic Show dekat Trans City Theatre, tapi kami tak sempat nak masuk, dah tutup dah. Sedihhhhh...Huhuhuhu!!!
PULAU LILIPUT
Pulau Liliput ne tempat khas untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Ada banyak jenis permainan dalam ne. Sambil tu parents boleh jugak rehat kat sini. Biaq ja anak-anak main, tapi kena perati la. Jangan pi lena dalam tu dah.
THE BOOK OF THE WORLD
Kami stay dalam tu lebih kurang sejam ja. Jam 1.00 pm akan ada show The Book Of The World. Show agak menarik dengan aksi akrobatik. Tapi Kak Long Khadeeja layan sat ja, teruih tidoq. Maybe sebab dah letih sangat.
Dah masuk tengah hari, perut pun dah mula mintak isi. Sementara nak tunggu show seterusnya jam 3 petang, kami lunch dulu. Pilihan yang ada cuma fast food, so kami cuma beli nasi dan ayam goreng ala-ala KFC.
Oh, jam 2 petang akan ada Special Effects Action Show (Stage 18). Show ne antara yang ditunggu-tunggu semua orang. Tapi, kami terpaksa la lupakan hasrat nak tengok show ne sebab Kak Long Khadeeja takut dengan bunyi-bunyi kuat. Hhuhuhuhuhu...
THE MAGICAL PARADE OF ZOO CREW
Jam 3 petang, last show untuk hari ne akan ada The Magical Parade Of Zoo Crew. Boleh ambil tempat dari pintu masuk sehingga ke pentas. Crew akan berarak sepanjang jalan tu. Yang ne memang best, anak-anak pun enjoy.
Sebelum keluaq, sempat singgah lagi sekali dekat Dunia Anak Kecil bagi Kak Long Khadeeja main dulu sebelum balik.
Badan dah letih, kaki dah lenguh, lebih kurang jam 4.30 petang kami keluaq dari Trans Studio. Puas hati, sehari abeh masa dekat sini. Oh, sebelum balik jangan lupa cashkan balik balanca dalam Mega Cash Card.
Dari Trans Studio, kami terus balik hotel untuk rehat. 6.15 petang, Pak Hairi pickup balik dekat hotel. Plan nak round dekat Factory Outlet, Jalan Rigo. Tapi, terpaksa cancel sebab hujan lebat sangat. Susah plak nak turun dari qeta round-round. Kami sempat singgah dekat Factory Outlet Anak Kecil ja. Tu pun beli sehelai dua ja untuk Kak Long Khadeeja.
Disebabkan malam ne, malam last. So, untuk dinner, tak lain tak bukan dinner dekat Ayam Penyet Surabaya lagi. Hahahahhahaa. Abeh la, balik Malaysia, kempunan la aku.
Sebelum balik hotel, singgah Money Changer tukaq duit lagi. Duit dah abeh da...
RP 961.000 (RM 309.00)
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..