About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 29 September 2016

Langkawi - Penang Trip (Part 4)

♥Assalamualaikum♥

5 MAC 2016, SABTU

Hari ne kena bangun awai, sebab nak catch up flight. Kang tertinggai, dah satu hal plak. So, bubye LANGKAWI. Next time jumpa lagi.








GOODBYE LANGKAWI, HELLO PENANG

Flight dari Langkawi sampai Penang lebih kurang jam 10.30 pagi. Setle urusan kereta sewa, kami terus cari makan. Kalau dah sampai Penang, wajib la nasi kandaq kan. Aku & Mr Alon memang pantang sikit dengan nasi kandaq ne. Pantang nampak. Kihkihkihkih!!

Untuk breakfast merangkap lunch hari ne, kami ke Nasi Kandaq Kampung Melayu. Tapau nasi kandaq dan terus ke rumah sepupu Mr Alon yang berdekatan dengan kedai nasi kandaq tu.





Untuk aku wajib ada teluq rebuih, ayam goreng ngan papadom. Menu wajib tak kira nasi kandaq mana pun. Fuh, tengok ne pun dah meleleh ayaq liuq oiii. Kalau ke Penang, jangan lupa singgah Nasi kandaq Kampung Melayu, antara nasi kandaq yang toorbaaaiikk dekat Penang. Mesti cuba!!

Selesai urusan mengenyangkan perut kami anak beranak, terus gerak untuk cari hotel. Survey punya survey, call punya call, sampai la kami dekat Rainbow Paradise Hotel, Teluk Bahang. Macam biasa akan aku review kemudian k.


View dari bilik



Petang, tak dak aktiviti yang kami plan. So, just rehat-rehat dalam bilik, bagi Nur Iman recharge balik. Petang sikit, turun mandi swimming pool dan lepak tepi pantai.





Nasi Kandaq Beratuq

Kan aku dah cakap, kami kalau mai Penang, pagi petang siang malam memang makan nasi kandaq ja. Hahahahahaha! Untuk malam ne, atas jemputan senior Abang Fani, plan asai nak makan Nasi Dalca dekat Jalan Kapitan Keling. Tapi tak dak rezeki sebab tutup. So, dah alang-alang dekat, kami makan di Nasi Kandaq Beratuq. Kalau nak tau, Nasi Kandaq Beratuq hanya akan start jam 10.00 malam. Sebelum tu, di tempat yang sama yang ada cuma Nasi Kandaq Jalan Masjid. Jangan keliru tau. Tunggu sampai jam 10.00 baru depa akan tukaq giliran berniaga. Nasi Kandar Beratuq pun antara nasi kandaq yang famous di Penang.







Done aktivti hari pertama di Penang. Jom balik hotel, rangka plan untuk esok plak. Jangan lupa mimpi nasi kandaq malam ne. Hehehehehe!!


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..