Time for hotel review.
MALIBEST RESORT
Malibest Resort ne agak dikenali di Langkawi. Antara resort yang menjadi pilihan pengunjung. Harga yang berpatutan dan lokasi yang betoi-betoi kat tepi pantai. Tambah lagi sekarang ne dah ada swimming pool. Swimming pool mengadap Pantai Chenang. Memang best.
Chalet yang aku stay ne, Tree House, RM260 untuk semalam. Sangat sesuai untuk pasangan yang berhoneymoon. Tree House ne hanya untuk 2 orang sahaja. Kalau dengan baby sorang, boleh lagi nak stay. Cumanya bilik agak sempit tau.
Kekurangan Malibest Resort hanya pada parking. Parking kereta tak disediakan. Nasib la kalau dapat parking jauh. Satu lagi kalau nak cari Malibest Resort kena bukak mata besaq-besaq sebab dah tenggelam dengan bangunan yang terlalu banyak dekat kawasan Pantai Chenang tu. Masa aku pi, Malibest Resort ne masih under renovation. So, macam berhabuk sikit.
Bagi aku, aku puas hati stay dekat sini. Murah, selesa, dan cantik.
Nak book boleh terus call 04-955 8202
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke website MALIBEST
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..