4 MAC 2016, JUMAAT
Hari ne pun kami tak rushing ke mana-mana, so bangun pagi-pagi amik angin pantai, layan ombak sementara nak tunggu Nur Iman bangun. Bawak Nur Iman jalan-jalan tepi pantai lagi pagi ne. Pagi last kami boleh menikmati pemandangan macam ne. Lepas ne bangun pagi mengadap bangunan ja.
Kebetulan pool pun dah bukak, so terus bawak Nur Iman swimming dulu. Nur Iman kalau boleh mandi pool, sejuk pun tak heran dah. Done aktiviti pagi, terus siap-siap untuk ke destinasi seterusnya.
Sebelum tu, kami singgah Hospital Langkawi. Bukan sebab nak amik ubat tau, tapi sebab nak jumpa kawan-kawan yang masih ada kat situ. 5 tahun aku berkhidmat kat situ, kadang-kadang ada jugak rasa rindu dengan moment-moment dulu. Tapi sedih, sebab sempat jumpa 3-4 orang ja. Selebihnya tengah bercuti.
Then, kami singgah lunch di gerai makan di Jalan Trimula, Kuah. Dah tak ingat nama kedai tu. Kedai tempat aku cari makan time bujang dulu kalau rasa malas nak masak. Padahal memang tiap-tiap hari malas pun. Sila menyorok bawak bantal. Hahahahahahahaha!!
Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
Destinasi pertama kami hari ne adalah Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise. Untuk yang bawak anak-anak bercuti aku suggest jalan lepaskan peluang untuk ke sini.Tempat ne menarik dan boleh jugak anak-anak belajaq kenai haiwan. Untuk Nur Iman, memang sesuai sangat la. Duk dekat rumah tu, kucing ngan semut banyak la. Kihkihkih!!
Izinkan tuan tanah tempek gambaq selfie ngan kesayangan |
Dekat pintu masuk nanti akan ada orang jual makanan untuk kita bagi pada haiwan-haiwan sekalian. Satu bungkus RM 2. Beli tau, jangan tak beli. Bagi anak-anak rasa pengalaman bagi makan kat haiwan.
Burung kakak tua. Hinggap di jendela. Ayah sudah tua. Giginya tinggal dua...Ehhhhhh!! |
Flamingo (ntah btoi ka dak) |
Selalunya Nur Iman tengok bird dari jauh ja, kali ne nahhhh, ibu bagi tengok dekat-dekat, |
Itik pulang petang. |
Rusa bertanduk |
Ne pulak kawasan sangkaq besaq yang tempatkan bermacam jenis burung. Letak makanan atas tangan, nanti burung-burung mai kerumun ramai-ramai. Memang best ok! Bukan anak yang excited, ibu yang terlebih excitednya. Dan kat sini ada photographer dari pihak Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise yang akan snapkan gambaq. Kalau nak, boleh beli masa nak keluaq nanti. Harga tak sure sebab aku tak beli pon. Gambaq yang dalam phone pun bersepah dah. Jangan membaziaq. Amalan Syaitonnnn. Hehehehehehe!!
Gaya ne kalau bleh jalan sendiri, memang jenuh ligan la cek oii. Tak pa nanti kita ajak ayah mai lagi na. |
Si Kancil |
Burung Merak |
Paling best akan ada kawasan berpagaq untuk arnab. Kita boleh masuk main-main dan bagi arnab makan. Boleh la bagi anak-anak main dengan arnab. Cumanya kita pantau la jugak anak-anak tu, takot di picitnya, lumat plak arnab tu. Naya....Kihkihkih!!
Nur iman excited tengok arnab. Maklum la selama ne tengok kartun arnab ja. Huhuhuhu!! Ha, hari ne ibu bagi main puas-puas dengan arnab na.
Sekoq dua mai, dia syok. Ramai-ramai mai terus nak angkat kaki. Cuak ler tuuuu. |
Arnab yang masih kecik, belum cukup dewasa akan diletakkan dalam sangkaq.. |
Kebetulan masa kami sampai di kawasan kolam ternakan Ikan Arapaima adalah masa untuk bagi Ikan Arapaima makan. Sambil tengok, staf kat situ akan terangkan fakta tentang ikan tu. Dan, pengunjung jugak akan diberi peluang untuk mencuba bagi Ikan Arapaima makan. Menarik tau. Pengalaman baru tu.
Ikan Arapaima ne tak merbahaya kat orang tau. Tapi, bila tengok saiz tu, aku pun gerun. Mau kata terjatuh dalam kolam tu, haishhh..Tak tau la apa nak jadi. Huhuhuhuhuhu!!
Terpegun Nur Iman tengok Ikan Arapaima tu. |
Dekat sekitar kawasan kolam ikan tu, ada banyak lagi haiwan lain. Pusing la sampai nak teracabut kaki. Kihkihkih! Oh, ada kafe jugak dalam tu. So, boleh lah nak rehat-rehat minum dulu.
Nahhh, amik kaki. |
Nah lagi kaki.. |
Langkawi Fair Mall
Next destination adalah masa untuk shopping chocolate. Hehehehe! Langkawi terkenal dengan bermacam-macam jenis chocolate. Masa aku stay kat Langkawi dulu, dalam peti ais wajib ada Chocolate. Suggestion aku, kalau nak shopping chocolate, better beli dekat Ismail Group. Harga lebih murah dari kat mall ne. Kami terus ke sini sebab kekangan masa. Dah nak petang dah, so singgah ja la kat mana pun. Lagipun, kami shopping tak la sampai penuh bakul, setakat beli untuk kawan-kawan yang pesan ja.
Dataran Lang
Last destination untuk hari ne, Dataran Lang. Tak lengkap kunjungan ke Pulau Langkawi kalau tak singgah kat Dataran Lang tau. Wajib singgah. Kalau petang-petang kat sini memang ramai orang lepak-lepak. Kebetulan petang tu ramai sangat orang. Bukan senang nak tunggu turn untuk amik gambaq. Fuhhhhh, dugaan btoi dengan panas-panas camtu. Dah dapat gambaq, terus balik chalet, rehat. Malam nanti ada dinner date plak.
Santai @ Kuza & Luke Cafe
Santai @ Kuza & Luke Cafe terletak di Jalan Pantai Kok, Kuala Teriang. Kalau tak silap cafe ne agak baru di Langkawi. Dinner malam ne dah janji dengan Erin & Adah. Lama kot tak jumpa depa ne. Dulu lepak selalu bertiga, malam ne lepak bersembilan. Kihkihkih. Masing-masing bawak anak & husband. Dah boleh jumpa tu memang sembang tak ingat dunia dah la. Sampai kafe nak tutup, pungkoq duk melekat kat kerusi lagi. Thanks to Erin & husband sebab belanja kami dinner.
Lamb Jumbo |
Chicken Chop |
Pisang Goreng Cheese |
Makanan dekat sini memang terbaik. Cafe pun cantik dengan harga yang berpatutan. Very very very recomended, Jangan lupa singgah kalau ke Langkawi. Wajib singgah tau.
3 mak dara |
Done untuk hari ne. Save energy, banyak hari lagi yang menanti. Stay tuned!!
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..