Ekspedisi Gua Batu Maloi

♡Assalamualaikum♡

1 Mac 2014, Sabtu
Bulan baru..semangat baru..aktiviti baru..

Ekspedisi ke Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Aku follow Mr Alon and the gang (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk ekspedisi nie. Seramai 12 orang, konvoi 4 buah qeta. Seawai 5.30 pagi kami dah tercongok kat tempat berkumpul, Putrajaya.

Kami la orang paling awai. Tunggu punya tunggu, 6.30 baru cukup semua orang, terus gerak. Perjalanan dalam dua jam untuk sampai ke destinasi.





Tapi disebabkan kami telah ditipu oleh Encik Waze yang konon-kononya cakap dia suma btoi tu, kami sampai di destinasi lebih kurang kui 9.30 pagi. Huh, terima kasih Encik Waze..Takkan ku mempercayai kata-katamu lagi...




Welcome to Gua Batu Maloi..



Gua Batu Maloi ialah gua granit yang terletak di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung  Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung ganang berdekatan. Antara tindihan batu-batu itu terbentuklah satu laluan gua yang boleh dilalui. Gua ini mempunyai 24 pos sepanjang laluan 2.38 km di dalamnya manakala 987 meter panjang di luarnya.



Kalau sapa-sapa berminat nak pi Gua Batu Maloi, elok Google cari contact orang yang incharge untuk ekspedisi masuk gua. Aku tak terlibat dalam berurusan dengan orang yang incharge, jadi aku tak tau no contact..Heheheh...Yang aku tau, pakej yang kami amik, RM45.00 satu kepala termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan jugak dua orang guider yang akan bawak kita masuk dalam gua..

Sebelum memulakan ekspedisi, kami diberi taklimat dan dikenalkan dengan guider kami. Kak Erin dan Hakim..
Motif??
Nak tunjuk kasut baru..hahahaha...
Semangat ok, sampai cari kasut yang sesuai untuk outdoor aktiviti cam ne..



Bam bam sangat kau..huhuhu..

 Jom kita jelajah Gua Batu Maloi (Entry bergambaq)

Aksi cumel la kononya tu..HAhahha!!
Cuba bayangkan tiba-tiba ANACONDA jengoi dari dalam ayaq....Serammmmmmm...HAhahahhha..

Tak sampai 5 minit mulakan ekspedisi, dah basah skerat dah..
Bersedia la nak basah sepenuhnya, sebab 90% dari gua ne adalah ayaq..
Jadi, sapa-sapa yang nak pi tu pastikan anda bukan seorang yang fobia pada ayaq..

Sebelum mula laluan yang mencabaq, guider kami Kak Erin tanya, nak laluan susah atau senang? 12 atau 24 checkpoint?

Kalau hampa mana satu yang dipilih??

Takkan nak laluan yang senang plak kan.. Tak rock aaaaa...Hahahaha...
Jadi, kami semua decide nak 24 checkpoint dengan laluan yang susah, baru best......Apa lagi...jommmmmmmmm........

Pastikan pakaian dan kasut anda sesuai untuk aktiviti lasak dalam ayaq..

Buah mula...








Penat, tapi enjoy gila....

Aksi TARZAN...

Jejaka-jejaka JIM

Todia..dia jengoi mai dah...hehehh..celuih dak tu..

Tersepit celah batu..hihihi


Berehat sebentar bersama KITKAT...Mr Alon tengah pikiaq, mampukah aku teruksan..hahahaha!!

Muka penuh NUR..Yang belakang sekali tu la Hakim, guider kedua kami..



Banyak laluan yang sempit dalam gua.. Jadi kelebihan untuk yang badan kecik...Huh...Tapi, bukan mustahil untuk yang berbadan besaq...Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..


Kak Imah & Kak Bai


Aku tak ingat nie checkpoint yang ke berapa.. Gua ne dipanggil dua batu perahu
Mengikut cerita Kak Erin, batu perahu nie dapat nama dari satu lagenda..Al kisahnya macam nie..
Zaman dulu-dulu, ada sorang pemuda orang asli nama Maloi bercinta dengan puteri bunian. Satu hari, Maloi bawak perahu nak lari dengan puteri tapi tak sempat sebab kena tangkap dengan orang-orang kampung..Kisah cinta terlarang la ne..


Jejaki JIM yang tengah angkat batu tu nama dia Zahid...Kuat macam badang..

Maloi & Puteri buniannya...hahahahhah!!

Nie satu lagi tarikan di Gua Batu Maloi...

Kalau perati btoi-btoi imej kat batu nie, nampak macam imej lelaki dan pompuan kan...
Imej ni dikatakan imej Maloi & Puteri Bunian..Terbentuk hasil titisan air ke atas batu..


Maloi yang tengah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan puterinya...(tolong jangan muntah..hahahah)

Time ne Kak Erin tengah kusyuk cerita kat kami pasai lagenda-lagenda di Gua Batu Maloi..






Ayaq terjun dalam gua ne memang best sangat-sangat..Tapi tak leh la nak berendam lama-lama, satgi kena tinggai baru padan muka..

Kak Erin kata, kami mai time yang sangat-sangat sesuai.. Sebab time ne musim kemarau, jadi ayaqnya kurang..Kalau ayaq banyak lagi la ekstrem sebab kena banyak menyelam..Tapi, kalau bagi aku, len kali nak pi time musim hujan plak..Nak rasa pengalaman masuk Gua Batu Maloi bila ayaq banyak..

Tapiiiiiiiiiiiiii...ada tapinya...

Kalau mai time musim hujan, bersedia la untuk menghadapi makhluk yang paling aku geli, takut, tak suka dan yang sama dengannya...iaitu,...Encik PACAT........




Cuba perati ada entiti kat celah batu kat blakang skali..Hahahhah..
Aku cuba sedaya upaya bagi muka aku ada gak dalam gambaq dan cubaan aku akhirnya berjaya....











Kat sini jugak kita akan lalu Gua Kelawar, memang gelap sangat..Mai sini jangan lupa bawak headlight..Bila masuk ja Gua Kelawar, seelok-eloknya jangan bising..Kalau bising nanti kelawar terbang abeh..Masuk senyap-senyap, pastu langut tengok kat ataih..memang banyak sangat kelawar..beribu-ribu...cuma masuk sini kena tahan sikit, sebab bau hancing kencing kelawar...






Last checkpoint..rehat sat..sementara nak teruskan perjalanan...Gua dah abeh. lepaih ne kita akan lalu hutan sebelum masuk balik dalam ayaq dan tembuih kat sungai kat tapak camping..



Menurut cerita Kak Erin, "Maloi" tu satu upacara atau pemujaan kaum orang asli. Batu Maloi di dapat nama daripada batu besaq nie yang dijadikan tempat pemujaan untuk upacara maloi tersebut. Dan menurut Kak Erin jugak batu ne dulunya hidup dan ada pintu..

Kak Erin kata sapa nak cuba panjat boleh panjat..Panjat ikut akaq-akaq pokok yang banyak kat batu tu..

Apalagi, sama-sama kata boleh panjat, teruih kaki ne melangkah dengan semangatnya untuk panjat. Walaupun kaki dah macam terketaq-ketaq dah...Hehehehhehe..

Berjaya jugak sampai kat atas..Kat atas tu Hakim tunjuk kesan tapak kaki Maloi yang sangat la besaqnya...tapi tak sempat nak tangkap gambaq..Nak tengok ropa tapak kaki tu??

Kena la pi tengok sendiri..heheheheh!!

Sapa yang sukakan aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang untuk masuk Gua Batu Maloi..berbaloi-baloi..
Puas ati..kalau boleh nak repeat untuk kali kedua..hehehehh!!




Tips aku untuk sapa-sapa yang nak ke Gua Batu Maloi..

  • Pakai kasut sandle bertali sangat la sesuai. Kalau pakai kasut sesuai jugak, tapi agak qenyah sebab batu suka masuk dalam kasut, tak selesa..
  • Jangan lupa bawak "Headlamp" sebab ada kawasan gua yang gelap..Contohnya Gua Kelawar..
  • Seelok-eloknya pakai baju tangan panjang atau hand sock untuk elakkan siku-siku anda luka..
  • Pakai seluar panjang untuk elakkan lutut dan kaki anda luka..

Selamat berekspedisi...Panjang umur kita jumpa lagi dengan ekspedisi yang lain....








9 comments:

  1. salam, saya nak tanya. pacat / lintah ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..alhamdulillah..masa saya pi tu bukan musim hujan, jadi tak nampak langsung kelibat pacat/lintah. Tapi guider ada cakap kalau musim hujan selalunya makhluk ni akan muncul..Hehe!!

      Delete
  2. Nk tanya ni..penat gila x? ke penat besa2 ja..sbb ada org semput nk ikut

    ReplyDelete
  3. Alhmdllah.. Sy dh try g dh dgn grup2.. Best Dan mncabar sgt

    ReplyDelete
  4. assalam..ade contact number guider tak? macam nak pegi gak..

    ReplyDelete
  5. As salam nak tanya la ? Kat sana ade jual headlamp ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kumsalam. Kat sana tak dak jual. prepare semua sebelum sampai sana k..

      Delete
  6. salam , macam mana nak contact ranger sana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam naniekeyme..maaf, saya tak dak no contact ranger. Sebab yang menguruskan ekspedisi ne bukan saya. saudari boleh google cari rasanya....

      Delete

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..