SEGMEN PKA RAHIM : SURPRISE..!!!

♡Assalamualaikum♡



Kejadian ni berlaku kalau tak silap aku tahun 2005. Dah lama sangat dah. 
First time aku rasa pengalaman yang mengejutkan, menakutkan, suma ada la.
Time tu, aku join Kajian Luar Geografi untuk student upper 6 di Langkawi. 
Kami menginap di sebuah institut di Kuah. Macam besa, aku dan kawan-kawan aku selalu 
orang yang terakhir meninggalkan dorm. Kami berlima waktu tu (kalau ampa baca ne mesti ampa ingat), 
tengah siap untuk makan malam. Student len suma dah turun ke kafe. Masa tengah bersiap tu jeng...jeng...jeng...Hehehe!! Tiba-tiba lampu terpadam, black out. Aku pun apalagi terkejut gak la, 
gelap kot. Tengah siap nak pakai tudung time tu. Member aku yang sorang nie, berani gak la. 
Dia yang tarik kami bagi duk setempat. Time tu kami suma cuba capai apa yang patut, sebab nak lari turun bawah. Tudung senget pun dah tak heran dah. Senget pun senget la...

Tiba-tiba....Tapppp...Tapppp...Tapppp..kami dengar orang lari dalam dorm. Lari laju. Bayangkan orang pakai selipar lari atas lantai marmar..Camtu la bunyinya..Suma diam, tak terkata apa. Terkejut suma ada. Sat ja, tiba-tiba lampu menyala balik. Kami semua terus lari turun bawah tempat semua student berkumpul. Muka masing-masing memang pucat, cuak dah. Member aku yang sorang tu dah mula teriak sebab terkejut. Mujuq la aku nie berani sikit dari kawan aku tu..hahahah!! Kalau dak mau pengsan dah aku..
Dan member aku yang berani tu kata masa black out tu jugak dia dengar bunyi benda diseret dalam toilet..
Gila, seram kot. Malam tu masuk toilet memang masuk 10 orang sekali..Huhu..Takot punya pasai..
Tidoq pun memang berhimpit-himpi..

Nie la satu-satunya pengalaman paling menakutkan yang penah aku lalui dalam hidup aku.



Nak join??
Klik banner di atas.





"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84"

♡Assalamualaikum♡



Klik BANNER untuk join.
Tarikh Tutup : 24 April 2012 / 11.59 pm



RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

♡Assalamualaikum♡


Jom join segmen lagi...Senang ja..Ikut step di bawah..

1. Sediakan satu entri khas yang bertajuk "RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com" 
dan linkkan ke entry ini.

2. Copy & paste senarai hadiah di bawah ini ke dalam entri-entri kamu

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah saguhati x 10 orang

3. Terbuka kepada blogger warganegara Malaysia sahaja.

4. Nak follow blog ini dialu-alukan tetapi tidaklah diwajibkan. Tapi make sure la masa pengumuman 
pemenang nantin dapat alert dan beri feedback dalam masa 3 hari selepas pengumuman dibuat. 
Lepas 3 hari tak der feedback, automatik LR akan buat cabutan baru untuk pemenang baru k.

5. Nak tag kawan-kawan juga dialu-alukan tapi tidaklah diwajibkan.

6. Tinggalkan link entri kamu di ruangan komen entri ini. Oh ya, letakkan sekali ID facebook
 atau alamat emel untuk mudah dihubungi nanti.

7. Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012 jam 12.00 tengahari.

Klik SINI untuk join.




Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir

♡Assalamualaikum♡

Anda blogger yang baru mula nak hidup dalam dunia blog???
ingin mempromosikan blog anda????
ingin mencari kawan blog dengan gaya tersendiri???
Nak follow tapi tak tahu blog mana nak follow??

jangan susah hati..jom sertai segmen terbaru khas buat blogger Malaysia dan luar Malaysia...
SEGMEN BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR

Sebuah segmen yang amat mudah..tiada paksaan...
ingin sertai???
mudah..
1) hanya buat entry tajuk : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir
2) letak header khas Blogger Pilihan Chegu Zubir


3) letak url blog anda
4) jangan lupa letak url entry anda pada ruangan komen..
segmen TAMAT pada hari JUMAAT jam 12 tengah malam bersamaan 20 April 2012
5)semua yang join akan diberi penghargaan special...terima kasih dan selamat menyertai..



Segmen : Saya bangga menjadi blogger

♡Assalamualaikum♡

Mulakan pagi anda dengan segmen..




Saya bangga menjadi BLOGGER dari
 KEDAH DARUL AMAN

Nak join, KLIK BANNER!!