Babymoon - Bali

♡Assalamualaikum♡

Babymoon??

Honeymoon??
Sailormoon pun boleh...

Hehehe..Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.... Ambil masa nak up entry, sebab perlukan nafas yang panjang. Tambah-tambah segala catatan yang aku buat pasai trip kali ne semuanya hilang dari phone aku yang canggih sangat tu. Jadi, banyak fakta yang aku lupa. Aku story apa yang aku ingat ja tau...

Sebelum travel, pastikan segala checklist travel kita complete tau. Jangan ada yang terlupa, untuk kesenangan di masa hadapan...


Novel Review

♡Assalamualaikum♡



MAGIS
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Naskhah terbaru dari novelis THRILLER no. 1 Malaysia.

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.


MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
Penulis : Acik Lana

Dua dunia yang berbeza bagai langit dengan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?


CERITA CINTA AHMAD AMMAR

"Dunia biarlah berpenat. Akhirat tempat aku berehat"

Perjuangan yang belum selesai.

Check List Travel

♡Assalamualaikum♡

Yehuuuuu...travel time...eh..eh..belum lagi..a few weeks more..hehehe..

Sebelum travel, pastikan anda buat check list tau. Penting untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar, dan tak dak yang terlupa..

Syukur Alhamdulillah

♡Assalamualaikum♡

Syukur alhamdulillah..tak sangka rezeki secepat ini...

Patut la sejak dua menjak ne, nafsu makan membuak-buak. Hahaha.

First sahkan pregnancy, usia kandungan 9 minggu. Excited. Tapi orang cakap jangan terlalu excited, sebab usia kandungan masih baru sangat, so kena hati-hati. Sebarang kemungkinan boleh terjadi.


Cerita Raya

♡Assalamualaikum♡

Syawal dah lama berlalu, tapi aku baru nak update cerita raya aku. Nampak sangat kemalasan disitukan. Actually, ini raya pertama aku sebagai seorang isteri. Hewhew. Excited uollllsss.

Dah jadi lumrah sebagai isteri, untuk kali pertama ne, mesti la beraya rumah mentua dulu kan. Tapi yang ne tak jadi masalah untuk kami. Sebab rumah aku dengan umah mentua aku dekat sangat. Kentut pun dengaq. Hehehehe.

Tema tahun ne? Jeng..jeng..jeng.. pink uolllsss. Suweeettt sangat. Kebetulan tema untuk dua-dua belah family sama.