Hukum Mengaibkan Orang

♡Assalamualaikum♡


"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya itu telah mencelanya".

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat".

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi (Sumber dari SINI)

Huraian :

  • Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
  • Justeru, apabila mendengar celaan kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
  • Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Euthanasia

♡Assalamualaikum♡

Entry kali nie aku tak mau tulis panjang-panjang..Sebab mood tengah sedih...

Ini gambar-gambar yang diambil oleh Mary Shannon Johnstone untuk siri foto beliau Discarded Property. Beliau mengambil gambar kucing dan anjing terbiar di sebuah pusat perlindungan haiwan di North Carolina sebelum dan selepas mereka dibunuh kerana tidak mempunyai tuan. 

Di North Carolina 250 000 haiwan dimatikan setiap tahun. Ini bermakna 700 anjing dan kucing disuntik sehingga mati setiap hari kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan mereka. Mary Shannon Johnston berharap siri Discarded Property ini akan menaikkan kesedaran orang ramai untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya haiwan yang tidak bertuan tidak akan dimatikan sebegini rupa. 

Bila blogger jadi maid

♡Assalamualaikum♡

Opsss...jgn terkejut dengan tajuk entry..
Aku bukanlah seorang blogger yang jadi maid..
Aku hanyalah aku..cewah..

I just bought a new novel..rasa cam dah lama tak beli novel kan..



Holiday ~ Cameron Highlands (Part 2)

♡Assalamualaikum♡

Second day in Cameron Highlands

Pagi-pagi lagi ma dah bangun siapkan breakfast..Sebab apartment tu dh complete dengan suma pekakas, so nak makan suma masak sendiri ja...Dari umah kami dah bawak macam-macam bekalan..Pagi ni kami breakfast nasi goreng (special tau..hehehe), nugget, fries, cucuq kodok...

Ikut plan, pagi nie kami nak pi Ladang Teh Boh Sungei Palas...Nek ngan mini bas yang ada disediakan..Tapi, tanya punya tanya, mahai la plak..Sebiji bas tu dicas rm100 tak kira penuh ka dak...
Tukaq plan, kami shooping dulu kat Kea Farm..

Holiday ~ Cameron Highlands (Part 1)

♡Assalamualaikum♡

Fisrt entry untuk tahun 2013..Jom holiday in Cameroon...Yehuuuuuu...

Last minit aku n family plan, tapi enjoy...3 hari 2 malam kami stay kat Desa Anthurium Apartment, Tanah Rata..Susah nak cari yang available time ne, sebab cuti umum kan..Walaupun mahai sikit, tapi berbaloi n sangat puas hati...

Punya la semangat, kui 7.30 pagi kami dah bertolak dari umah...Sampai Cameroon 1.30 petang..Sepanjang jalan nak nek Cameroon, ujan lebat...Dah la sejuk, bertambah-tambah sejuk la kami..Singgah lunch kat Medan Brinchang...Check In dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....Hahhahhaah...Actually, bukan tidoq btoi-btoi pun...rehat2 ja, sementara nak tunggu ujan seqeyat n tunggu my sis dari Penang..

First day, kami lepak-lepak dalam apartment ja, lewat-lewat petang kami ronda-ronda pasar malam Brinchang..