Memang kehadirannya dinanti-nantikan, tapi apakan daya dia bukan milik kami. Mampu bertahan hingga minggu ke-6, akhirnya pergi juga. Catatan pengalaman kali pertama keguguran.
15 MAC 2017, RABU
Boleh dikatakan pregnant kali ne hadiah untuk birthday yang ke-30. First time tau memang senyum sepanjang hari, sebab tak boleh nak sembunyi rasa seronok tu. Dua kali jugak cek, memang result positif. Mr Alon?? Aku rasa kalau dia boleh terbang, memang dia terus terbang mai kat aku dah. Kihkihkihkih!!
22 MAC 2017, RABU
Dalam masa seminggu tu tak dak apa-apa yang berlaku. Rutin harian berjalan macam biasa. Petang, ada kesan darah sikit dekat panties. Sikit sangat kesan tu. Tanya kawan-kawan, majoriti cakap selalunya itu normal di awal kehamilan. So tak rasa risau sangat. Malam, kesan tu makin banyak. Dah mula tak sedap hati, tapi disebabkan dah lewat, badan pun letih, decide untuk ke klinik esok pagi ja.
23 MAC 2017, KHAMIS
Pagi ne kesan darah memang makin banyak dan bertali. Time tu memang dah redha kalau jadi apa-apa. Dalam kui 10 ke Klinik Maria, Alamanda. Dah scan, doktor cakap memang janin tak menjadi. Kantung bukan dalam keadaan yang normal dan ada tompokan darah beku. Sedih memang sedih, sebab selepas Nur Iman lahir, kami tak pernah merancang. Memang kalau boleh nak sangat yang kedua, walaupun Nur Iman belum 2 tahun. Tapi, memang dah tertulis jodoh dengan yang kedua ne tak panjang. Kami suami isteri redha. Doktor bagi masa dua minggu, kalau lepas 2 minggu, kantung tu masih tak keluaq sepenuhnya kena ke hospital dan cuci.
Kenapa? Sebab apa? Punca? Aku sendiri tak tanya sebab aku tau aku ne lasak macam mana. Tak sangka benda ne nak jadi kan.
Balik dari klinik sempat ke Tesco beli pampers Nur Iman. Time jalan tu memang dah rasa darah turun banyak. Sampai rumah terus masuk toilet, dan keluaq la seketul darah beku besaq lebih kurang 2 jari. Time tu terkejut dan memang tak ingat langsung nak amik gambaq untuk tunjuk dekat doktor.
Darah keluaq dalam masa 6 hari. Hari ke 7 dah tak dak kesan darah.
3 APRIL 2017, ISNIN
Hari ni hari ke-11 decide nak scan dekat Klinik Maria untuk make sure dah bersih dan tak dak saki baki darah beku. Scan kali pertama doktor tak sure dah bersih atau tak, sebab nampak macam masih ada something macam darah beku, cuma tak clear. Doktor bagi masa setengah jam ke sejam untuk minum ayaq banyak-banyak dan scan untuk kali kedua. Scan kali kedua doktor masih tak sure, tapi memang ada something. Doktor cakap samada masih ada saki baki darah beku atau fibroid. Doktor terus refer ke Hospital Putrajaya.
Sampai Hospital Putrajaya, semua urusan dipermudahkan, orang pun tak ramai. Lepas register semua, terus ke Dewan Bersalin untuk checkup. Doktor scan dua kali, ikut atas dan bawah. Ikut jalan bawah untuk dapatkan view yang lebih jelas. Dan memang jelas, ketulan tu Cyst yang berukuran 4x4 cm. Darah beku memang dah tak dak, dah bersih. Doktor cakap tak serius sebab Cyst tu tak melebihi 5 cm. Tunggu untuk next checkup 3 bulan akan datang.
Janji Allah itu pasti
" Biar rebah, jangan berubah.
Biar terbuang terus berjuang.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala.
Semakin dekat kepadaNya,
semakin kuat ribut taufan melanda.
Usah resah bila diuji.
Pasti kebahagiaan bakal dimiliki.
Kerana Janji Allah itu pasti... "
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..