About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Sunday, 15 May 2016

Cameron Highland Januari 2016 Part 2

♥Assalamualaikum♥

Ahad, 24 Januari 2016

Hari last dekat Cameron, lepas ne semua balik ke negeri masing-masing. Pagi-pagi lagi ma ngan Kak Ina dah masakkan Nasi Goreng. Lepas breakfast, kemas-kemas barang, lepak-lepak sembang sat, kui 12.00 kami checkout.


Complete kami 7 beradik.
Kak Ina, Kak Pina, Mimi, Ba, Ayu, Amet & Adik


Thursday, 12 May 2016

Cameron Highland Januari 2016 Part 1

♥Assalamualaikum♥

Jumaat, 22 Januari 2016

Tak banyak kejadian yang berlaku masa hari first sebab kami bertolak dari Putrajaya pun dah petang. My mom dan lain-lain bertolak pagi dari Kedah. So depa check in dan berjimba-jimba dulu la kat sana. Sepanjang perjalanan kami, hujan turun dengan lebatnya. Kami ikut jalan Tapah, sebab dekat sikit kan. Cuma jalan tak berapa nak cantik la. Kiri kanan boleh nampak bekas tanah runtuh. Serammmmm hakak tau. Mujuq masa otw naik tu, dah tak hujan. Kalau tak lagi la seram. Jam lebih kurang 10.00 malam, kami selamat sampai Desa Anthurium Apartment. Alangkah bahagianya dapat tengok wajah-wajah kesayangan hamba. Cuma hero-hero kecik pujaan hati ja tak dak.





Sunday, 8 May 2016

Cameron Highland Januari 2016

♥Assalamualaikum♥

Sekali setahun sekurang-kurangnya, family aku mesti akan bercuti ke mana-mana. Ok, bunyi ke mana-mana tu macam dah merata-merata kami pi kan. Padahal tiap-tiap tahun mesti akan Cameron Highland. Tempat paling best bak kata my mom.

Jangan la cuba-cuba nak ajak my mom pi tempat lain, memang peratus dia akan setuju tu di tahap 0.00001%.

So, macam biasa, akulah tukang cari penginapan semua. Plan asal ingat nak try stay homestay ala-ala kampung, tapi disebabkan time tu Cuti Thaipusam, kebanyakannya memang penuh. So, aku decide untuk stay dekat Desa Anthurium Penthouse, tempat yang selalu kami stay kalau pi Cameron. Apartment ala-ala penthouse ne sangat sesuai untuk yang nak pi ramai-ramai. Harga yang berpatutan dan sangat selesa.