Babymoon - Bali Part 1

♡Assalamualaikum♡

Were back..

Bali Day 1 (7 Oktober 2014)

Hari first di Bali tak banyak story, sebab travel day. Flight ke Denpasar 3.45 petang. So, untuk elakkan kelam kelibut berlaku, kami gerak awal ke KLIA 2.

Keluar rumah around 10 pagi, terus breakfast. Terus gerak ke KPM Putrajaya, my sis, Ayu setlekan urusan PTPTN dia. Selesai urusan, terus ke Putrajaya Sentral. Ayu drop kami kat situ. 12.30 tengahari, train dari Putrajaya, sampai KLIA 2 12.45 tengahari.



Lepak, jalan-jalan kat KLIA 2 sementara tunggu gate buka.






Kali kedua jejak kali di KLIA 2, besar, cantik tapi penat. Gate kami yang penghujung sekali. Dah nampak dari jauh, hmmmm...macam jauh sangat nak kena jalan ne.





Gate Q21, gate yang penghujung..Fuhhh, ponat nak jalan ne ha...




Yang hujung sekali..Nampak dak? masih jauh perjalanan.. Nasib la time ne pregnant baru 4 bulan, so tak la penat sangat nak jalan.




Sementara tunggu flight, sempat la rehat sat. Sorry Mr Alon, gambar I ja yang banyak kan.. Al maklum la u kan photographer tak bertauliah I..Hehehehe!!

Flight yang dijadualkan jam 3.45 petang, fly lambat, bukan sebab delay, tapi sebab tunggu turn untuk ke landasan. Aku perhatikan banyak sangat flight keluar masuk kat KLIA 2, so kena la tunggu turn. Dalam 4.30 petang baru flight selamat berlepas..

Yehaa...mood holiday is on...



Sampai di Airport Denpasar lebih kurang jam 7.00 malam. Memang time ne dah gelap dah. Bila sampai di Airport, kita perlu isi "arrival card' untuk diserahkah dekat pihak Imigresen Indonesia. Dan tips aku, silalah bawa pen sendiri. Memang pen ada disediakan, tapi tak cukup, kena tunggu turn. Kami pun terpaksa pinjam pen dari penumpang lain, nasib la ada yang nak bagi pinjam kan. Lepas setle isi form, nak pulangkan pen, tengok tuannya dah tak ada. Hehehehhe.. Tunggu lambat kot, so sedekah ja la pen tu kat aku ngan Mr Alon..



Posing nampak mata ja, sebab muka dah selebet.Hahahahah!!


Selesai semua urusan lebih kurang jam 7.40 malam, kami pun terus ke balai ketibaan. Keluar ja ke balai ketibaan, terus mata meliaq cari supir kami. Nampak ja supir, first think yang kami terpikiaq, ohhh mudanya supir kami. Hehehehehhe!!

Jumpa ja Supir, Mas Wawan, berkenalan sat, terus gerak. Sebelum ke hotel, Mas Wawan bawa kami dinner dulu di Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro, Kuta.






Sempat snap gambar buku menu ja, gambar makanan dah tak ingat nak snap sebab dah lapar sangat dah. Makanan?? Hmmmm..boleh tahan la kot. Disebabkan perut kosong, so Mr Alon tak suggest oder menu yang pedas-pedas. Kami oder nasi putih 2, 1/2 ayam bakar kicap, sayur tauhu telur, jus mangga dan jus tembikai. Masuk ja mulut...errrkkkk...Macam nak keluar balik, sebab tak kena dengan selera aku. Huhuhuhu!! Tapi sebab lapar, aku makan juga sikit untuk alas perut. Harga?? Not bad..Mahal juga uolllsss.. Total untuk dinner malam tu 207 000rp termasuk tax 10% dan servis 5%.

Lepas dinner, kami terus gerak ke hotel The Studio Villa. Sampai hotel lebih kurang jam 9 malam, sunyi ja, macam tak ada orang. Mungkin sebab dah lewat sama kan.

Selesai check in, kami jumpa Mas Wawan dulu, untuk rancang trip untuk esok..Selesai, terus ke bilik. Rupa-rupanya bilik kami betul-betul dekat depan lobi tu ja, menghadap kolam renang. Cantik, puas hati sangat. Semua ada disediakan. Wifi, TV, DVD, Sound system sekali. Bilik plak, bilik dalam bilik. Hehehehe...Cam mana tu. Nak tau kena pi sendiri...

The Studia Villa memang sangat sesuai untuk pasangan yang nak berhoneymoon. Kawasan jauh dari bandar, sunyi, nyaman, tenang. Boleh bangkitkan mood romantik. Ecewahhhhhh..Hehehehehe!!











Ok, time untuk tidur. Simpan tenaga untuk trip esok...



 INFO
Nama Lapangan Terbang Ngurah Rai diambil sempena nama seorang Pahlawan ketika zaman Jepun. Sebelum keluar dari kawasan lapangan terbang, terdapat satu patung besar. Kawasan lapangan terbang ini dulunya adalah kawasan perumahan penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..