Babymoon - Bali

♡Assalamualaikum♡

Babymoon??

Honeymoon??
Sailormoon pun boleh...

Hehehe..Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.... Ambil masa nak up entry, sebab perlukan nafas yang panjang. Tambah-tambah segala catatan yang aku buat pasai trip kali ne semuanya hilang dari phone aku yang canggih sangat tu. Jadi, banyak fakta yang aku lupa. Aku story apa yang aku ingat ja tau...

Sebelum travel, pastikan segala checklist travel kita complete tau. Jangan ada yang terlupa, untuk kesenangan di masa hadapan...



Flight

Ok, firstly untuk tiket flight. Aku booking sebelum kami nikah lagi. Untuk honeymoon la kononnya. Alih-alih jadi babymoon. Aci la jugak tu kan. Hehehehe. Aku booking bulan Februari, masa tu Air Asia ada buat promo, so kebetulan aku tengok, aku terus booking.

Flight dari KLIA2 ke Ngurah Rai Airport, untuk 2 orang pergi dan balik dengan luggage 25kg masa balik, kami dapat dengan harga RM662.00. Berbaloi-baloi uoollsss. So, nasihat aku, plan holiday dari awal, jadi senang untuk kita survey tiket murah. Jimat.


Hotel

Untuk hotel, aku booking dua hotel. Saja tukar-tukar hotel, tak la boring sangat stay dekat satu hotel ja kan..Aku booking melalui Asiago Hotel Deals. Sangat mudah.

Matahari Bungalow, Kuta

Lobi

Pool View
Kafe

Standar Garden View Room

Matahari Bungalow terletak berdekatan dengan Pantai Kuta, tapi tak la dekat sangat. Cuma kawasan dekat sini memang busy. Dan baru aku tau hotel ne dekat sangat dengan Pub yang pernah kena bom dulu tu.

Hotel ne kami booking 2 malam dengan harga RM270.06 include breakfast. Cuma aku tak rekomen sangat hotel ne. Kalau uolllss tengok pic, cantik kan bilik Standard Garden View tu, tapi indah khabar dari rupa. Bilik sebenaqnya bukan macam tu pun. Tipah tertipu bang. Huhuhuhu...Servisnya pun kurang memuaskan. Len kali kalau pi Bali lagi, hotel ne dah terkeluaq dari pilihan aku.


The Studio, Seminyak










Hotel ne sangat-sangat recommended. Puas hati sangat. Apa yang kita tengok dalam pic, sama dengan apa yang realitinya. Suasana dekat sini, sunyi, tenang, tak sesak. Sangat sesuai kalau nak berhoneymoon.

Aku booking dua malam dengan harga RM253.14 include breakfast. Sapa nak ke Bali, memang aku suggest untuk amik hotel ne.


Supir

Supir aka travel guide. Untuk supir ada kawan-kawan yang rekemenkan. Ada yang aku search sendiri dari Google. Aku bandingkan harga. Bukan apa, kalau boleh kita nak la dapat harga yang berpatutankan. Aku deal dengan sorang Supir Muslim, nama Pak Ade. Kalau nak dibandingkan Pak Ade dengan supir-supir yang lain, dia la yang paling murah. Muslim plak tu, so mudah untuk kita yang beragama Islam ne.

Aku booking Pak Ade, untuk 5 hari, amik dan hantaq kat airport dengan harga 1 600 000 rp. Lebih kurang RM440.00. Berbaloi sangat.

Sebelum sampai Bali, Pak Ade whatsapp habaq nanti adik dia akan amik kami kat airport sebab dia ada customer lain. So, sepanjang kami di Bali, kami akan dibawa oleh Mas Wawan. Yang ni, aku memang nak rekemen sangat-sangat. Mas Wawan, tersangatlah sporting, baik. Memang best gila dengan dia. Setiap kali, masuk waktu solat, jangan risau. Mas Wawan akan ingatkan dan bawa kita ke Masjid atau Surau berdekatan. 

Untuk booking Mas Wawan, boleh contact dia di no +6281339330224 (Mas Wawan) atau pm dia di Facebook. Jangan risau, Mas Wawan sentiasa aktif whatsapp dengan FB.



Done, untuk entry permulaan Bali. I'll be back dengan macam-macam info menarik tentang Bali. Tunggguuuuuuuuuu....


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..