♡Assalamualaikum♡
Jom pi Pulau Aman....
Jom pi Pulau Aman....
Hari Krismas yang lepas aku sempat ke Pulau Aman. Dah lama dengaq orang sebut-sebut Pulau Aman ni tapi aku tak penah sampai pun. Hah, kali ni jom kita teroka Pulau Aman.
Pulau Aman terletak kira-kira 16 km nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil yang paling hampir dengan Pulau Pinang selain Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan harga RM 6.00 bagi perjalanan pergi dan balik..
Jeti Batu Musang |
Sister |
Brother in law & Nephew |
Danish the Spiky..Hehehe.. |
Pulau Aman |
We are here.... |
Selain terkenal dengan hasil laut seperti belacan dan ikan kering, Pulau Aman juga dikenali dengan keenakan Mi Udangnya. Salah sebuah restoran yang menyajikan Mi Udang di Pulau Aman adalah Restoran Terapung Pulau Aman. Rasa sekali nak lagi. =)
Antara pokok buah-buahan yang mendominasi kawasan penempatan di Pulau Aman ialah Pokok Sukun. Hampir setiap rumah di sini ditanam dengan Pokok Sukun. Terdapat sebatang Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran, Tok Awang bin Akib. Walaupun pokok ini berusia lebih 120 tahun, ia masih mampu mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak..
Berjalan kaki adalah cara terbaik untuk bersiar-siar di sini sambil menikmati keindahan Pulau Aman. Sekiranya mempunyai masa yang panjang, bolehlah jalan kaki melalui beting batu ke Pulau Gedung yang hanya bersebelahan dengan Pulau Aman ketika air surut. Kita juga boleh mengutip siput.
No comments:
Post a Comment
♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..