Rinduku

♡Assalamualaikum♡

Jika ini dikatakan ujian, maka tabahkanlah aku untuk menghadapinya. Jika kejauhan ini jadi penyebab maka dekatkanlah aku sentiasa mengingatinya. Jika rindu ini membuatkan aku kusut, maka leraikanlah aku dengan inayahMu. Jika masa laluku menjadi ukuran, maka buangkanlah ia jauh dari ruang memori gelapku.

Berikanlah aku kekuatan dalam setiap keadaan dan ketika. Aku sebagai hamba tiada daya dan upaya untuk memilih segala bentuk ujianMu yang mendatang. Sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan untuk memperoleh keindahan anugerah dariMu. Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah.




Rahsia Hati

♡Assalamualaikum♡

Siapa yang boleh tau isi hati seseorang?? Sila angkat tangan...

Saat seseorang tu sedang tersenyum, ketawa...adakah dia benar-benar sedang bahagia??
Saat seseorang tu menangis berduka, adakah dia sedang bersedih seperti apa yang kita lihat??

Boleh kah kita menyelamiseberapa dalamnya hati seseorang??

Soal hati penuh dengan rahsia...

Tiada siapa pun yang boleh meneka dengan betulnya apa yang ada dalam hati kita...

Apa yang kita lihat dari luar tak menggambarkan apa yang ada dalam hati..Bukannya hipokrit..Tapi cukuplah kita sendiri tahu apa yang ada dalam hati kita..

Saat kita bahagia, tak perlulah kita memperlihatkan kebahagiaan kita secara berlebihan kepada orang ramai...Begitu juga saat kita sedih, tak perlu terlalu mempamerkan kesedihan kita..

Jodoh Itu Rahsia Allah

♡Assalamualaikum♡

AKU...
Tidaklah semulia KHADIJAH..
Tidaklah setaqwa AISYAH..
Tidaklah setabah FATIMAH..
Bukan pula sekaya BALQIS..
Apalagi secantik ZULAIKHA..

AKU hanyalah wanita akhir zaman yang
punya cita-cita menjadi ISTERI SOLEHAH..