Bandung - Part 5

♥ Assalamualaikum ♥

21 SEPTEMBER 2017 (KHAMIS)

Hari ne last day dekat Bandung. Ada banyak lagi masa sebelum flight ke KL malam nanti. So, banyak lagi tempat yang tersenarai dalam itinerary untuk hari ne.

Macam biasa, breakfast dekat hotel dulu, sebelum mulakan perjalanan. Then, checkout dan terus gerak.










KAWAH PUTIH

Destinasi pertama untuk hari ne, kami ke Kawah Putih. Jalan ke sini berbukit-bukit dan berbelok-belok. Ala-ala jalan nak ke Cameron Highlands, tapi jalan dekat sini sempit. Nak naik ke Kawah Putih ada dua pilihan samada naik dengan kenderaan sendiri/supir (bas tak dibenarkan) atau kenderaan yang disediakan yang dipanggil ontang-anting. Satu ontang-anting boleh muatkan seramai 12 orang penumpang. Penuh baru ontang-anting akan bergerak. Selagi tak penuh, selagi tu la ontang-anting takkan bergerak. Ada jugak pelancong yang terpaksa tunggu sehingga berjam-jam untuk penuhkan satu ontang-anting.

HARGA TIKET
Dewasa/Kanak-kanak        RP 50.000 seorang
Kereta                                  RP 150.000 sebuah
Ontang-Anting                    RP 20.000 seorang



Bila sampai ja dekat parking, aku sarankan beli la mask yang dijual. Bau belerang agak kuat dekat sini. Oh, dekat sini sejuk tau. Ala-ala dekat Cameron Highlands jugak. Mask boleh dibeli dengan harga RP 5.000



Bersedia mental dan fizikal untuk naik dan turun tangga. Bagus ne untuk exercise. Tambah-tambah kalau mak buyong yang mai, termengah-mengah cek oooii...Hahahahaha!!






Nak lalu dekat titi ne akan dikenakan bayaran RP 10.000 seorang, dewasa sahaja. Aku tengok tak ramai yang ke titi ne. So, aku suggestkan better naik titi ne ke tengah. Boleh dapat view yang lagi cantik. Orang pun kurang, so senang nak snap gambar.

















GLAMPING LAKESIDE RANCABALI


Pic Google
Kebun teh seluas mata memandang, tasik yang luas dan restoran berbentuk kapal yang menjadi mercu tanda kawasan ini pasti menjadi pilihan para pelancong dari serata tempat. Kalau nak camping dekat sini, penginapan juga ada disediakan. Ada pelbagai aktiviti yang disediakan seperti memancing, berbasikal di gunung, naik rakit di tasik, petik strawberry dan berbagai lagi.

HARGA TIKET
Dewasa/Kanak-kanak        RP 20.000 seorang


Untuk ke restoran berbentuk kapal, perlu melalui titi gantung. Untuk lalu titi gantung kena ikut turn sebab hanya 10 orang yang boleh lalu dalam satu masa. Kalau dah ramai sangat, memang kena tunggu lama. Sambil lalu, mesti la sambil posing kan, so akan ambil masa yang agak lama. Disebabkan ramai sangat yang beratur nak naik, kami just ambil gambar kawasan sekitar ja. Tak kisah la, janji nampak jugak restoran bentuk kapal tu.










Dalam perjalanan ke lokasi seterusnya, kami singgah ambil gambar dekat tepi jalan dengan pemandangan ladang teh.




STRAWBERRY FARM


Sama macam dekat Cameron Highlands, banyak ladang strawberry dekat sini. Cumanya, dikatakan strawberry dekat sini lagi sedap & manis. Aku singgah beli yang dah siap petik dengan harga RP 30.000 sebekas, sebab malas nak turun petik sendiri. Coklat untuk cicah pun ada jual dengan harga RP 5.000 sepaket.




RUMAH MAKAN SAUNG ANDIR


Menurut kata Pak Hairi, restoran ne agak famous di kalangan orang Malaysia. Itu Pak Hairi yang kata, bukan aku kata. Hahahahahahha.. Ada jugak la terserempak dengan 2,3 famili dari Malaysia. Menu special dekat sini, Ayam Brengsek. Ayam kampung yang digoreng garing, dimakan dengan sambal mak ko hijau...







Ne antara lauk yang kami pesan. Semua ne harga RP 288.000, lebih kurang RM 97.

KARTIKA SARI

Sebelum ke airport, last sekali kami singgah Kartika Sari. Salah satu tempat wajib kalau berkunjung ke Bandung. Bermacam jenis kek dan kerepek dijual. Boleh dibeli sebagai ole-ole. Masuk tu jangan beli ikut nafsu tau, beli ikut akal. Kalau ikut aku semua benda nampak sedap. Mujuq la masih boleh berfikiran waras.








Satu benda wajib beli dekat Kartika Sari, roti cheese. Sedap yakmat...Aku pun tak tau kewujudan roti tu. Beli sebab ada yang memesan, so aku beli untuk aku sekali. Memang sedap sangat.. Roti ne dipanggil Begelen Keju.

Pic Google

Alhamdulillah, setle ho..ho...holiday kali ne. In Sha Allah lepas ne boleh bawak adik plak pi holiday...



Total Perbelanjaan 


 RP 1.382.390 (RM 444.40)




TOTAL PERBELANJAAN BANDUNG

Day 1   RP 125.000
Day 2   RP 1.617.400
Day 3   RP 1.572.000
Day 4   RP 961.000
Day 5   RP 1.382.390

Tour Agency RP 4.120.000


RP   9.777.790 

RM 3 126.75

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..