About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja & Muhammad Iman Adwa. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Wednesday, 21 February 2018

PUTERA

Isnin, 5 Februari 2018, 0647pm

Lahirnya seorang putera. Putera yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Putera yang akan melengkapkan lagi hidup ibu, ayah & kakak Khadeeja. Putera bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Lebih kurang 10.30 malam, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat menatap wajah putera ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan putera secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit hitam hitam manis, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.


Putera ibu, ayah & kakak,
Jadilah hamba ALLAH yang disayangi, rebutlah setiap peluang yang ada di muka bumi ini untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa disayangi dan diredhai olehNya.

Putera ibu, ayah & kakak
Ingatlah, taatlah pada ALLAH, agama dan ibu bapa. Ibu & ayah doakan anak ibu & ayah sentiasa berada dalam rahmatNya.

Putera ibu, ayah & kakak
Jangan sesekali lupakan YANG MAHA ESA.Jangan sesekali tinggalkan SOLAT.Jangan jadi anak yang derhaka.

Putera ibu, ayah & kakak
Ingatlah, nanti putera ibu akan menjadi abang kepada adik-adik yang bakal lahir, juga telah menjadi adik kepada seorang kakak. Jadilah abang/adik yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga dan melindungi kakak, adik-adik dan juga ibu dan ayah.

Putera ibu, ayah & kakak
Ibu & ayah doakan semoga putera ibu & ayah menjadi anak yang soleh yang boleh ibu & ayah banggakan dunia akhirat.



Putera yang dinamakan MUHAMMAD IMAN ADWA....

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..