About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja & Muhammad Iman Adwa. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Wednesday, 21 February 2018

PUTERA

Isnin, 5 Februari 2018, 0647pm

Lahirnya seorang putera. Putera yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Putera yang akan melengkapkan lagi hidup ibu, ayah & kakak Khadeeja. Putera bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Lebih kurang 10.30 malam, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat menatap wajah putera ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan putera secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit hitam hitam manis, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.

Second Baby Is Coming - Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sambungan Part 1

Sekali push, dua kali push, tiga kali push. Baby tak boleh keluaq lagi. Mr. Alon memang setia dekat sebelah bagi semangat. Empat kali push, lima kali push pun baby tak keluaq lagi....

Enam kali pushhhhhh, baby hampir-hampir keluaq. Dr. Haida cakap relek, amik nafas then push lagi. Last sekali, Dr. Haida decide terpaksa gunakan bantuan vacuum untuk keluaqkan baby.

Masa Kak Long Khadeeja dulu pun kena vacuum jugak, tapi memang aku tak qasa apa-apa masa Dr. masukkan vacuum tu. Tapi, kali ne memang teqasa cek oooiii Dr. masukkan vacuum tu. Haiisshhh..

Dah masukkan vacuum, aku cuba push lagi. Sekali dua, pluuupp teqasa baby keluaq. Tarik napaih lega aku. Nak teriak pun ada, nak gelak pun ada..

Dr. angkat baby letak sat ataih aku, confirmkan jantina baby boy. Then Dr. terus amik baby. Alhamdulillah, muka saling tak tumpah macam Kak Long Khadeeja. Sempurna, cukup sifat. Syukur ya Allah...

Monday, 12 February 2018

Second Baby Is Coming - Part 1

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 2 Februari 2018

Hari ne hari last qeja sebelum balik kampung. Macam biasa aku amik cuti 2 minggu awai sebab takut terberanak dekat Putrajaya. Dah satu qeja nak kena import mak aku mai sini. Kihkihkih...

Lewat malam gerak balik Kedah dengan harapan tak terberanak dekat tengah jalan. Hahahaha..

Alhamdulillah, selamat sampai Changlun dengan jayanya. Time ne memang tak dak tanda-tanda baby nk keluaq lagi. Cuma ada qasa hint-hint awai ja. Tu pun sekali sekala.


Sabtu, 3 Februari 2018

Malam, first checkup dengan Dr. Haida dekat Mahsuri Medical Centre (MMC). Sekali lagi MMC jadi pilihan sebab dekat dengan umah. Lagi pun masa Kak Long Khadeeja pun bersalin dengan Dr. Haida. Dr yang sempoi dan best.

Alhamdulillah, baby dah engaged. Cuma tunggu masa nak keluaq ja. Time ne estimate berat baby 2.9 ke 3.0 kg. Kurang dari last checkup dekat KK Putrajaya, 3.3 kg.


Sunday, 11 February 2018

Official Photo - Second Baby Maternity Photoshoot

♡Assalamualaikum♡

Last minit buat sesi Maternity Photoshoot. Plan 2,3 minggu awai, tapi disebabkan faktor kesihatan dan cuaca terpaksa postpone beberapa minggu. Alhamdulillah, all went well. Walaupun agak mencabaq dengan kerenah Kak Long Khadeeja. Sabaq ja la. Shoot sekitar kawasan Putrajaya ja sebab dah tak laqat nak pi jauh-jauh.


Official Photographer : Han Adam

Astaka Morocco, Putrajaya



Friday, 2 February 2018

Bandung - Part 4

♥ Assalamualaikum ♥

20 SEPTEMBER 2017 (RABU)

Hari ne excitednya lebih sikit. Sebelum ne Mr Alon selalu cerita pasai Trans Studio. Best katanya. So, jom kita tengok ada apa kat sini.

Seawal pagi bangun siap-siapkan Nur Iman, breakfast kat hotel. Lebih kurang jam 9 pagi, Pak Hairi pickup. Perjalanan ke Trans Studio dari hotel lebih kurang 15-20 minit.