Bandung - Part 1

♥Assalamualaikum♥

Kali ne aku share trip ke Bandung selama 5 hari 4 malam. Kali ne kami travel bertiga ja campuq yang dalam perut 3 and a half. Kihkihkihkih!!

Tiket book masa Air Asia buat promo bulan Mac hari tu. Pasai pa pilih Bandung? Sebelum sampai tarikh promo tu, kami laki bini dah list beberapa tempat yang rasa nak pi. Perth jugak antara pilihan time tu. Tapi tiba-tiba ada terbaca satu post dalam group kat FB yang kata Perth sesuai untuk golongan yang dah berusia. Sebab lebih kepada pemandangan dan suasana kampung. Memandangkan dari awai dah plan, travel kali ni khas untuk Kak Long Khadeeja, so Perth terkeluaq dari senarai. Melbourne? Ramai yang suggest lebih sesuai ke sini kalau bawak anak. Tapi mahai...Hahahhahah!! Pun keluaq dari list.

Akhirnya, Bandung jadi pilihan. Antara tujuan utama nak ke sini sebab nak pi Taman Safari dan Trans Studio. Tapi, jangan tak tau, banyak lagi tempat yang sangat sesuai kalau kita bawak anak-anak.

By the way, masa book ke Bandung, ada jugak book ke destinasi lain untuk Februari 2018. Tapi nampaknya terpaksa la cancel sebab in sha allah, time tu adik Kak Long Khadeeja dah selamat dilahirkan.  Nak tukaq tarikh boleh, tapi harga yang nak kena tambah dah sama dengan harga masa booking. Next time la plan lain.

Kadang matawang Indonesia 

RM 1       = RP 3.110
RM 10     = RP 31.100
RM 100   = RP 311.000

RM321.5 = RP 1.000.000

Tukaq dekat Mid Valley. Kadar terendah yang kami dapat dalam banyak-banyak tempat yang survey.


17 SEPTEMBER 2017 (AHAD)

Flight ke Bandung jam 5.55 pm. Tengah hari gerak dari rumah ke Putrajaya Sentral. Lunch dekat KLIA2. Check in beg paling lewat 1 jam sebelum. Nasihat aku, kalau bawak beg tu besaq dari tuan, beli la luggage siap-siap masa book tiket flight. Air Asia sangat strict pasai ne. Sebelum masuk balai berlepas, crew Air Asia akan timbang dan ukuq saiz beg. Kalau terlebih, silalah keluaqkan duit on the spot untuk check in beg.



Flight delay sampai 6.30 pm. Untuk ke Bandung akan amik masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai Bandung dah malam. Oh, waktu di Bandung lewat sejam dari di Malaysia. Prosedur biasa, dalam flight nanti, FA akan bagi borang declaration untuk isi dan bagi masa kat airport Bandung nanti. Satu family, satu borang sahaja.










Sampai Bandung, Mas Rahmat dan Pak Hairi dah tunggu. Mas Rahmat ne owner kepada Bandung Maostraveltours dan Pak Hairi plak supir kami sepanjang kami dekat Bandung.




Sampai Bandung, simcard benda pertama yang kami cari. Habaq ja kat supir, depa tau la kat mana nak beli. Kami beli SIMPATI 12GB internet untuk seminggu dengan harga RP100.000. Sebabkan badan pun dah agak letih, tapau makan kat gerai tepi jalan terus check-in di Chara Hotel.




Total Perbelanjaan

RP 125.000 (RM 40.20)

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..