About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Tuesday, 12 September 2017

Yang Taw Dia Taw Eksplorasi Pulau 1.0 - Pulau Kapas, Terengganu

♥Assalamualaikum♥

Berbulan blog tak diupdate. Bukan diri sendiri yang malas. Tapi malas dengan perangai manusia. Ada ja benda tak kena. Ada ja isu yang timbul. Anyway, past is past. Hidup perlu diteruskan. Cewahhhh. Hahahahahha..

Kali ne nak update percutian ke Pulau Kapas 22-25 April yang lepaih. Last kami ke Pulau Kapas, tahun 2008. Zaman bujang trang tang tang, zaman tengah hangat bercinta. Kehkehkeh... Kini kami kembali dengan kawan-kawan yang sama di bawah Kelab Yang Taw Dia Taw. Sebuah komuniti yang ditubuhkan bagi mengumpul rakan-rakan yang sukakan aktiviti outdoor. Ini kali kedua kami join aktiviti Yang Taw Dia Taw. Kali pertama kami ke Gunung Jerai.

Camping ne berkonsepkan family friend outdoor yang santai. Tak terikat dengan aktiviti-aktiviti yang ketat dan tak semua tidoq dalam khemah. Ada jugak yang tidoq dalam chalet. Termasuk la aku.

Macam biasa kami laki bini yang terlebih excited. Segala macam mak nenek kami beli. Tambah plak baru tau kewujudan kedai Decathlon Malaysia, Damansara. Memang membeli tak hingat. Mujuq ada jugak perasaan sedaq diri tu. Kehkehkehkeh...

Malam 21 April 2017, kami bertolak. Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Kapas bertolak jam 12 tengahari. Naik bot lebih kurang 15 minit dari Jeti Kuala Besut. Sementara tunggu trip kedua sampai untuk uruskan penginapan, kami lepak dulu dekat depan chalet. Oh ya, kami stay dekat Ombak Kapas Chalet. Jarak dari chalet ke tapak camping lebih kurang 10-15 minit jalan kaki.