About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 3 April 2017

Back To School

♥Assalamualaikum♥

JUMAAT, 17 MAC 2017

Mimi, Sue, Ayu & Mune. Nama kami memang akan dikaitkan bersama sejak 14 tahun yang dulu. Adat dalam hubungan, tak kira hubungan apa sekali pun, pasti akan ada naik dan turun. Pernah berselisih paham, tapi tak pernah simpan sekelumit pun dalam hati. Dan alhamdulillah, selepas 14 tahun, kami masih teguh bersama. Kawan baik ramai, tapi kawan yang betul-betul paham kita, yang akan ada saat baik dan buruk kita tak ramai. Aku bersyukur dan aku yakin mereka-mereka ini akan sentiasa ada bila saja aku perlukan bahu untuk bersandaq. Tak banyak yang aku harapkan, cuma harapan agar ukhwan yang terjalin ini akan kekal hingga ke SyurgaNya. In sha allah, aminnnn..

Kali ne boleh dikatakan last minit plan untuk shoot gambaq kenangan dan sedikit jamuan makan-makan. Sehari dua sebelum shoot baru decide nak pakai baju tema apa..

Tema apa???? Jeng...jeng..jeng..



Tadaaaa...Kami pilih tema Back To School. Dan sekolah lama kami Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Jitra jadi pilihan untuk shoot. Mesti la nak ke sekolah lama balik kan. Mengimbau kenangan katakan. Photographer separa profesional. Kihkihkihkih!! Aku mintak tolong Mr Alon untuk shoot gambaq kami bagi cantik-cantik. Hasilnya, taraaaaaa.. Boleh tahan laki aku kan. Hahahahahahaha!!


Dulu, kalau kaki ponteng, boleh dikatakan kamilah juara. Nampak ja macam ayu, tapi ganaih tu boleh tahan. Aku ingat lagi, pernah sekali tu plan nak ponteng ramai-ramai. Dari tempat parking moto dah start enjin. Dari jauh vroooooommmmmmmm, pederaih sebab takut pak guard tutup pagaq. Esoknya masing-masing takut nak pi sekolah sebab cikgu cari. Hahahahahahahaha!!

Banyak lagi kenangan masa sekolah dulu, ponteng lompat pagaq pun kami juara, sampai terkoyak kain.

SPM 2003, kena time bulan puasa. Gap masa antara satu-satu paper tu orang study, kami ramai-ramai pi umah member yang line clear, makan sampai kenyang. Kahkahkahkah!!





Surau ne bila tengok la ne, rasa macam bersalah sangat. Time sekolah petang, waktu asar memang ramai-ramai akan ke surau untuk solat. Tapi, kami????

Hmmmmm, lari meqata sebab tak mau solat. Puas la Ustaz ligan keliling sekolah. Ketegaq sekoq-sekoq. Huhuhuhuhuhuhuh!!!






Wakaf Kenangan. Port lepak kalau ponteng kelas. Bukan kami ja. Ramai lagi na. Port dating pun ya jugakk.. Auuuuu..Maluuuuu..

Bila nampak cikgu disiplin berteraboq laqiiii...








Tapi, tu semua dulu. La ne masing-masing dah matang, dah jadi ibu pun. Sorang ja belum. Hehehehehehehe!! Jodoh ajal pertemuan di tangan Tuhan kan. Yang penting masing-masing bahagia dengan hidup masing-masing. Tapiiiii..hat perangai gila tu tak hilang lagi. Hahahahha, cuma gila yang lebih sopan....


Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Buktikan Baktimu.....

Sekolah yang banyak membentuk kami pada hari ini. Walaupun nakal-nakal manja dulu, alhamdulillah, masing-masing jadi orang jugak. Kihkihkihkihkih!!




Sempena Kedah tengah musim bunga, kami pun cari la pokok bunga sakura. Hehehehehhe!! Jumpa jugak sebatang beda nak photoshoot...



Acara malam diteruskan dengan acara makan-makan. Yang ne memang dalam plan awai. Cuma tema ja pagi tu baru decide.....Nak tau tema apa plak????

Jeng...jeng...jeng...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tema Pyjama Party


Makanan semua Ayu yang sediakan. Thank you ayu. Jasamu dikenang. Heheheheheehehehe!! Tujuan utama bukan nak makan sangat pun, Nak luangkan masa bergosip-gosip yang utama. Apapun semua yang diplan berjalan lancaq. Len kali kita bleh atuq lagi.









SAHABAT..
Bukan tentang seseorang yang telah lama kau kenal..
Tetapi tentang seseorang yang menghampiri dan singgah dalam hidup kau..
Kemudian dia tak pernah tinggalkan kau..
Itulah SAHABAT...



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..