Nur Iman - Officially 2 years

♥Assalamualaikum♥

27 FEBRUARI 2017

Rasanya belum terlambat nak wish HAPPY BIRTHDAY dekat satu-satunya bidadari ibu & ayah ne. Walaupun dah masuk tahun kedua, ibu & ayah still tak buat birthday party. Pasai pa? Ntah la kan. Lagi suka bawak dia pi jalan-jalan. Birthday party tu nanti dah besaq sikit baru best nak buat kan. So, sempena birthday Nur Iman kali ne, ibu ngan ayah bawak Nur Iman jalan-jalan Jogjakarta, Indonesia. Alhamdulillah, holiday pun berjalan lancar, Nur Iman pun selamat pi selamat balik. Behave sangat, cuma terlebih aktif. Ibu ngan ayah yang penat nak ligan dia. Huhuhuhuhu!!


Didi & Friend masih lagi jadi favourite cartoon...


Ok, bab bersiap, nak melawa tengok cermin memang Nur Iman no 1. Pantang siap, pantang sikat rambut, pantang orang kata cantik, memang cermin yang dia cari dulu. Mujuq la cermin tu agak tinggi. Kalau cermin rendah memang dia duduk bersila depan cermin tu dah. Ok, ne tak tau ikut sapa. Ibukah? Hahahahahahah...


Teluq memang favourite Nur Iman. Kalau nak makan, dia akan mintak nak nasik, nak teluq, nak ayaq. Mudah, rebuih teluq bagi dia makan. Ne first time Nur Iman kupaih sendiri teluq. Ok, lulus. Lepaih ne ibu rebuih ja, dah boleh kupaih sendiri dah.


Ha, hat ne memang menguji kesabaran ibu. Elok-elok kita bagi dia makan sambil duduk. Ibu tinggai sat ja, pi masak, mai-mai tengok baik punya dia landing sambil makan. Nak marah pun ya, nak gelak pun ya. Hahahahahahah!! akai sungguh...

My supergirl sangat...


Umuq dua tahun ne, Nur Iman len macam sikit. Jalan asyik nak kena dukung ja. Tantrum dia pun boleh tahan jugak. Fuh, mencabaq kesabaran ibu. Mujuq la ibu ne dikurniakan kesabaran yang sangat tinggi. Ecewah. Hehehehehehe!!

Doa ibu sentiasa mengiringi kemana saja Nur Iman pi. Semoga Nur Iman membesaq dengan sihat, jadi anak yang solehah. Jadi kakak yang baik untuk bakal adik-adik dan anak yang boleh ibu dan ayah banggakan dunia dan akhirat. Dan semoga ibu dan ayah jugak sentiasa dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam perjalanan untuk membesaqkan Nur Iman ke jalan yang diredhai Allah. Aminn...



Edited...

Faktor usia yang telah menyebabkan aku hilang ingatan. Hahahahahah. Balik ja rumah semalam, Mr Alon teguq. Kan kita ada buat jugak celebration birthday Nur Iman, Aku macam..bila?? Dengan muka tercengang-cengang. Hahahahahaha!! Nampak sangat dah tua kan walaupun muka masih babyface. Hahahahahaha...

Actually, memang pun ada celebrate sikit. Itupun secara kebetulan, opah Nur Iman ada sini. So mak cik dekat Kota Warisan, Sepang buat makan-makan sikit. Pak Long Nur Iman beli kek, kami beli sate Willy. So, kira tumpang sekaki la. Hehehehehe!!!














No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..