About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Wednesday, 29 March 2017

Jogjakarta - Day 4

♥Assalamualaikum♥

25 FEBRUARI 2017, SABTU

UMBUL PONGGOK - ADISUTJIPTO AIRPORT - KLIA2

Last day di Jogjakarta. Pagi ne kami akan ke satu lagi destinasi sebelum ke airport. Breakfast di guest house. Then terus gerak ke destinasi. Perjalanan lebih kurang sejam dari guest house. Pagi ne niat nak tapau makanan lagi, dah mintak izin dari guest house tapi memandangkan pagi ne tengok guest agak ramai, so terpaksa la cancelkan niat tu. Kihkihkihkihkih!!!






Kasut Mr Alon yang dah arwah terus disemadikan dibumi Jogja.
Tegal Panggung Guest House the best. Very recommended...



UMBUL PONGGOK


Pic GOOGLE

Umbul Ponggok boleh dikatakan tarikan terbaru di Jogja. Kolam yang berpunca dari mata ayaq. Dulu kolam ne kecik ja, sekarang ne dah diperbesaqkan. Pengunjung pun makin ramai. Tarikan yang paling famous dekat sini, underwater photoshoot dengan prop-prop yang menarik. Sebelum pi macam confident ja nak shoot underwater. Bila dah sampai, tiba-tiba confident tu hilang sebab al maklum la semua pakat-pakat tak qeti berenang. Hahahahahahaaha!! Dalam kolam ne lebih kurang 1.5m ke 2.6m. Dalam tu.  So, sewa life jacket dan shoot kot ataih ja la.






Oh, jangan tak tau. Dah nama pun mata ayaq kan, so ayaq memang sejuk kat sini. Dasar kolam plak sangat cantik dengan pasir nan luas,batuan dan ribuan ikan berwarna-warni yang menjadikan dasar kolam mata ayaq ne seakan-akan dasar laut. Memang sangat cantik. So, tolong la amik pakej photoshoot underwater kalau mai sini. Aku rasa macam menyesai plak tak amik pakej tu. Huhuhuhuhuhu!!











TIKET                                 RP 15.000 x 2 = RP 30.000
SEWA LIFE JACKET        RP 7.000 x 2 = RP 14.000
TOILET/MANDI                RP 2.000 x 2 = RP 4.000
MAKANAN RINGAN        RP 16.000

Dari Umbul Ponggok kami terus ke airport, dan singgah makan di kedai nasi campuq. Tapi dah tak ingat nama kedai. Last tempat kami singgah, farmasi. Pasai pa farmasi? Sebab nak beli Minyak Angin Aromatherapy. Heheheheehehe. Katanya kalau dekat Malaysia harga sebotol lebih kurang RM10 - RM15.

LUNCH                            RP 85.000 - Untuk lunch harine dipayung oleh Wan & Fiza
MINYAK ANGIN 
AROMATHERAPY         RP 156.000/sedozen

Sampai airport lebih kurang jam 2 petang. Last selfie dengan Mas Fikri. Pendiam tapi sporting.


Sebelum check in luggage, kami susun balik barang-barang. Sebab dah berteraboq sangat dah beg pun. Dan nasihat aku, segala minyak angin yang beli tu masukkan dalam beg besaq yang nak di check in. Kalau letak dalam beg hand carry, depa akan rampas. Dan, make sure beg hand carry tak melebihi 7 kg, sebab memang depa akan timbang semua beg. So, hati-hati.




Flight dari Jogja ke KLIA, 5.20 petang waktu tempatan ok (means waktu Jogjakarta). Sebelum naik flight tengok langit gelap sangat, tak lama lepas tu hujan turun dengan lebatnya.


Selamat tinggal JOGJAKARTA. Balik dengan kenangan manis penuh di hati. Panjang umuq mungkin akan bertemu lagi di kemudian hari.



Dalam flight semua dah keletihan. Nur Iman sepanjang perjalanan tu memang dia tidoq. Kebetulan seat tepi kami kosong. So, boleh la nak selesa sikit kan. Ibu ngan ayah plak melantak tak ingat anak gara-gara duit lebih banyak. Hahahahahaah!! Boleh gitu??

DINNER          RP 180.000



Selamat sampai KLIA lebih kurang 8.15 malam. Amik luggage then terus naik ERL balik Putrajaya Sentral, singgah makan terus balik rumah. Bateri memang dah flat sangat dah ne, mintak dicas balik. Sampai rumah, anak dara sorang tu plak mintak nasi. Tak cukup makan kat kedai. Fuhhhh...Tengah-tengah malam ibu dia masuk dapuq plak siapkan maggi aglio olio untuk Nur Iman. Menguji kesabaran ibu btoi anak ooiii...


Alhamdulillah. Setle holiday kali ne. Semuanya berjalan dengan lancaq dan semua selamat pi dan selamat balik. Next time kita boleh plan jauh sikit. Hehehehehehe!!



TOTAL PERBELANJAAN

RP385.000 (RM 127.78)

Jogjakarta, sebuah kota yang sangat indah. Boleh jugak kalau dikatakan sebuah kota romantik. Kaya dengan pemandangan alam semulajadi yang masih tidak diusik oleh tangan-tangan manusia yang rakus. Sebuah kota yang penduduknya sangat mesra. Sebuah kota yang akan memberi anda seribu kenangan yang tak mungkin diperoleh dari tempat lain. Kalau anda kaki travel, jangan lupa senaraikan JOGJAKARTA antara kota yang wajib dikunjungi.



No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..