About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 6 March 2017

Jogjakarta - Day 1

♥Assalamualaikum♥

22 FEBRUARI 2017, RABU

KLIA2 - Adisutjipto Airport - Lunch - Candi Prambanan - Tebing Breksi - Jalan Malioboro


Flight dari KLIA2 9.40 am. Awal pagi bertolak dari rumah ke Putrajaya Sentral then terus ke KLIA2. Kami terlambat check in luggage. Sepatutnya sejam sebelum fly dah kena siap check in. Nasib baik ada staf yang terus ambik beg kami check in. Setle check in luggage, terus ke gate P6. Puan Noor dari Trip Jelajah Dunia dah siap tunggu kami dekat ruang menunggu. Kebetulan Puan Noor satu flight dengan kami. Oh, Puan Noor memang kerap berulang ke Jogjakarta sebab husband Puan Noor stay dekat sana.
Lebih kurang jam 1 petang kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto. Jangan lupa terus isi borang declare untuk diserahkan kepada pihak Kastam.

JOGJAKARTA.....here we are...Yehaaaaa!!





Dari airport kami dibawa ke kedai makan Satria Bistro untuk lunch. Sambil-sambil tu kami berkenalan dengan supir, Mas Fikri dan bincang itinerary sepanjang 4 hari di Jogjakarta.


LUNCH          RP 120.000 


Tips
1. Kalau makan tengah hari di Satria Bistro, boleh terus beli tiket ke Prambanan atau Borobudur dengan harga RP225.000/per person berbanding di kaunter RP234.000/per person.


CANDI PRAMBANAN

Destinasi pertama untuk hari ne Candi Prambanan. Kawasan Candi Prambanan sangat besaq. Kalau rasa tak mampu nak berjalan jauh, boleh naik shuttle bas yang disediakan. Kalau perlukan guide pun ada, tapi berbayaq ok. Aku hampir-hampir amik guide sebab aku ingat free. Hahahahahaha.. Anda akan disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Terdapat lebih kurang 60 buah candi besaq dan kecik yang ada kat kawasan tu. Tapi kebanyakannya dah rosak disebabkan gempa bumi. Oh, jalan masuk dan keluaq dari Candi Prambanan lain tau. So, singgah la apa yang anda jumpa sepanjang jalan tu. Jangan jadi macam aku, niat di hati time balik nanti baru nak singgah ruangan info dan sejarah Candi Prambanan yang berdekatan dengan pintu masuk. Sekali keluaq kot len daaa... Huhuhuhuhu!!

















Selain tu, dekat kawasan Candi Prambanan ne jugak ada beberapa kandang haiwan. Kalau bab ne Nur Iman memang excited la. Dari penat terus segaq. Boleh la layan anak-anak tengok haiwan dekat sini.

TIKET            RP 225.000 x 2 = RP 450.000



TEBING BREKSI


Tebing Breksi adalah antara spot terbaru di Jogja. Mula dibuka Mei 2015 untuk kunjungan orang ramai. Walaupun Tebing Breksi ne biasa dan nampak macam tak ada apa, tapi pemandangan kat sini sangat cantik. Tebing Breksi asalnya adalah kawasan lombong yang dah terbentuk jutaan tahun dulu yang sekarang ne cantik dengan ukiran pada batu kapuq. Dari atas boleh nampak view kampung berdekatan.






TIKET          RP 5.000 x 2 = RP 10.000(Seikhlas hati)
AIS KRIM    RP 16.000


TEGAL PANGGUNG GUEST HOUSE


Dari Prambanan, ikut itinerary asal akan ke Istana Ratu Boko untuk layan sunset. Tapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami terpaksa cancel ke Istana Ratu Boko, walaupun rasa agak ralat jugak sebab Istana Ratu Boko adalah antara spot tercantik untuk layan sunset di Jogja.

Dari Prambanan kami terus ke Guest House. Rehat dan bersihkan diri untuk aktiviti malam.


JALAN MALIOBORO

Malam di Jalan Malioboro memang sangat happening. Jangan lepaskan peluang menikmati malam di Jalan Malioboro tau. Jalan kaki dari guest house yang kami stay untuk Jalan Malioboro amik masa dalam 15 minit. Jauh jugak cekkk oooiii. Kena pulak hujan qenyai-qenyai. Hmmmmmm...Tapi sebab lapaq punya pasai kan, hujan pun hujan la.

Kalau nak shopping terus kat sini pun boleh. Dari info yang aku dapat, harga barang kat sini agak murah jugak. Memangkan ne baru hari first kami kat sini dan memang tak plan pun untuk shopping, so kami just jalan-jalan tengok gelagat orang. Kalau dekat KL  banyak anak muda yang busking, dekat sini plak depa main alat muzik angklung. Menarik dan agak unik.




Di Jalan Malioboro jugak ada deretan kereta kuda yang menanti pengunjung. Kalau penat berjalan, boleh jugak naik kereta kuda pusing Jalan Malioboro.

Satu lagi yang menariknya Jalan Malioboro ne, ada banyak kedai makan lesehan, boleh jugak dikatakan kedai makan jalanan. Tapi makanan dia memang superb. Kalau nak qasa nasi ayam penyet yang paling sedap, boleh cuba makan dekat Lesehan Terang Bulan. Makan bertambah cek oiii. Tak cukup sepinggan nasi.



Dari Jalan Malioboro, kami balik ke guest house naik beca bermotor sebab dah penat nak jalan. Jangan lupa untuk ambik no phone mas beca tu tau, nanti kalau nak keluaq lagi call ja depa akan mai amik depan pintu guest house.

DINNER         RP 55.000
BECA              RP 30.000



TOTAL PERBELANJAAN

RP 681.000 (RM 226.58)




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..