About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Wednesday, 1 March 2017

Jogjakarta - Checklist

♥Assalamualaikum♥

Travel kali ne dengan kawan-kawan sepermainan Mr Alon. Berkawan dari kecik sampai semua dah selamat mendirikan rumahtangga. Memandangkan kami ne memang suka travel, so kali ne Mr Alon suggestkan ajak kawan-kawan, lagi meriah katanya. Hasil dari perbincangan dan persetujuan semua, kami pilih JOGJAKARTA sebagai destinasi travel kali ne. Trip seramai 8 dewasa dan 3 kanak-kanak (8 bulan, 2 tahun dan 5 tahun)

Macam mana boleh pilih JOGJAKARTA?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?? Firstly, sebab JOGJAKARTA sangat hot dan tengah viral dekat Malaysia sekarang ne. Tambah-tambah ramai yang share gambaq Pantai Timang dan Kalibiru. Laki i tu hari-hari duk menatap gambaq Pantai Timang dan Kalibiru. Silap-silap hari bulan dia print lekat kat dinding qumah. Kihkihkihkih!! Opsss, sory sayang. Bukan dia ja yang tertarik, sekali ngan aku terpengaruh.



Tapi kadang-kadang tu terpikiaq jugak ok tak kalau bawak Nur Iman pi JOGJAKARTA. Sebab selalu tengok review dekat blog tak pernah tengok orang bawak anak kecik ke Pantai Timang dan Kalibiru. Paham-paham ja la tempat macam tu kan. Agak mencabar kalau bawak budak. Tapi, belum cuba belum tau kan. Dah cuba hah kau. Tak sangka kami boleh angkut sekali ngan anak naik gondola. Nanti aku share video k. Jangan lupa follow blog iooollss.. Kihkihkih!!

Sebelum travel checklist sangat penting. Pastikan anda buat persediaan awal sebelum travel. Tambah-tambah kalau travel dengan anak kecik. Aku kalau bab booking-membooking, search mengesearch ne memang aku suka. Kihkihkihkih!! Serah ja kat aku, setle semua.

TIKET FLIGHT

Senarai teratas perlu ada sebelum travel. Tak dak tiket pakai terbang dalam mimpi ja la. Kihkihkih. Rajin-rajinkanlah diri untuk survey tiket kalau nak ke luar negara. Better plan awai dan book awai. Kalau kena time boleh dapat harga yang super rendah. Macam biasa mestilah fly dengan Air Asia, tiket tambang murah. Harga tiket yang kami dapat tak murah mana pun sebenaqnya. Ada time boleh dapat lagi murah. Untuk kami satu family, 2 dewasa + 1 baby + luggage 20kg + luggage 25 kg, lebih kurang RM700++. Paling penting kalau ada plan untuk shopping, silalah ambil luggage ok. Airport sana agak strict kalau pasai berat beg ne. Lepas pemeriksaan imigresen akan ada sorang staf timbang beg. Kalau lebih silalah bayaq untuk luggage.


PASPORT

Paling penting sekali pastikan pasport masih valid lagi ok. Pasport aku dan Mr Alon masih lagi valid. Cuma Nur Iman ja belum ada lagi. Lebih kurang seminggu sebelum travel baru buat pasport dia. Untuk kanak-kanak kena ambik gambaq sendiri dekat kedai gambaq tau. Then bawak gambaq tu ke Pejabat Pasport dengan bayaran RM100 untuk 5 tahun. Untuk dewasa RM200 untuk 5 tahun.


Untung laki i qeja kat Pejabat Pasport, tak payah la susah-susah nak amik cuti bawak Nur Iman buat pasport. Serahkan segalanya dekat laki i, setle. Kihkihkihkih...


Tadaaaa....dah siap tapi cek balik cip rosak plak. So, proses sekali lagi on the spot. Lagi sekali, untung laki i qeja Pejabat Pasport. Kahkahkahkah...Ok, annoying...Bye...

video


HOTEL

Ok, kalau bab-bab cari tempat penginapan ne serah kat aku. Aku memang A+++ kalau bab survey-survey hotel ne. Sebab memang aku suka. Kihkihkih. Survey punya survey dan dari hasil perbincangan dengan ahli rombongan, Tegal Panggung Guest House menjadi pilihan. Kami memang lebih prefer stay jenis homestay/guest house dari hotel. Cumanya  Tegal Panggung Guest House agak jauh dari Jalan Malioboro. Kalau jalan kaki lebih kurang 10-15 minit. Tapi yang lain tip top. Bilik, makanan, interior design. kebersihan memang sangat puas hati.

Book 4 bilik melalui website booking.com, 2 double single (RM 386/3 nights) dan 2 double king (RM410/3 nights).

Ruang makan & open kitchen

Ruang terbuka untuk smoking



Pintu masuk

Bilik Double King

Toilet


SUPIR

Supir ne agak susah sikit nak cari mulanya. Kalau boleh aku lebih prefer supir yang tak perlu bayaq deposit. Bukan apa, takut jugak tiba-tiba ditipukan. First sekali pilihan kami ABIM Transport. Kami dapat dengan harga Rp.4.000.000 (RM 1332.00). Tak perlu deposit, 50% hari pertama, selebihnya setlekan masa hari last. Awalnya memang aku dah confirmkan booking. Lebih kurang seminggu sebelum fly kami dapat tau spot terkenal baru kat Jogja, Umbul Ponggok. Bila tanya supir, dia cakap boleh pi tapi akan ada caj tambahan untuk petrol sebab jauh. Kalau ikutkan Jogja tempat semua memang jauh-jauh kan. Rupa-rupanya semua tempat jauh macam Pantai Timang, Umbul Ponggok, Gunung Merapi semua akan ada caj tambahan. So, kami cancel dan cari supir lain. Sampai la kami jumpa Fb Page Trip Jelajah Dunia. Deal dengan Puan Nor, orang Malaysia tau. Aku terus book pakej supir dengan harga RM1210 all in tanpa ada caj tambahan lain. Cuma kalau anda tak ke Pantai Timang, Puan Noor akan kurangkan RM30 dari caj tadi.


Ini Mas Fikri, peneman kami sepanjang kami di Jogjakarta. Baik orangnya, sporting tapi agak pendiam, Malu-malu gitu, kihkihkihkih. Mr Alon cakap sekali pandang macam Zul Ariffin. Hehehehehe!!




Ok, now we are ready to explore JOGJAKARTA. Jom kita terjah spot-spot menarik yang tengah hot kat JOGJAKARTA tu. Dan tips ke JOGJAKARTA bersama anak kecil.





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..