About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 30 January 2017

Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas

♥Assalamualaikum♥

29 JANUARI 2017, AHAD

Pagi ne riadah jauh sikit dari rumah. Sapa penah pi Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas?? Aku tak pernah tau pun akan kewujudan Taman Eko Rimba ne. Ne pun sebab Mr Alon yang ajak pi. Taman Eko Rimba terletak di Menara Kuala Lumpur. Parking berbayaq dalam kawasan menara tu jugak.

Taman Eko Rimba ni adalah satu-satunya hutan yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Simpan Bukit Nanas juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan adalah tertua di Semenanjung Malaysia. Pengunjung boleh tengok pelbagai jenis flora yang tumbuh secara semulajadi kat sini. Ada dua pintu masuk, melalui Menara Kuala Lumpur dan melalui Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Chulan.

Dekat sini jugak ada tarikan lain macam Taman Herba, Taman Orkid, jalan-jalan denai, tapak perkhemahan dan yang paling penting ada Jambatan Gantung. Ha, tu la tujuan utama aku mai sini. Sebab nak naik Jambatan Gantung. Masuk free dan tak dak had umuq. So, boleh la bawak Nur Iman naik jambatan gantung.




Kami masuk melalui pintu dari Menara Kuala Lumpur. Parking kereta pun dekat depan pintu masuk Taman Eko Rimba ne ja. Dekat sangat. Sebab excited nak naik jambatan gantung punya pasai, sampai kereta pun kami terlupa kunci. Hahahahaha...Mujuq la tak dibawak laqi oqang.


Permulaan jambatan gantung

Nasib baik Nur Iman ne tak gayat. Ka sebab dia kecik lagi so tak tau makna gayat??? Kihkihkih... Relex ja dia jalan. Tapi kadang-kadang ada jugak macam cuak sikit bila jambatan tu buat goyang inul. Bukan dia ja yang cuak sekali ngan ibu dia cuak. Panjang jambatan gantung ne dalam 200 meter. Memang berbaloi naik, boleh tengok pemandangan flora dan juga bangunan-bangunan terdekat.
























Sampai kat hujung kalau nak patah balik melalui jambatan gantung pun boleh, kalau nak ikut trek kat bawah pun boleh. Memandangkan oqang semakin ramai, kami amik keputusan untuk ikut trek bawah ja. Tak jauh pun, dekat ja untuk sampai balik dekat pintu masuk.



 





Lepas penat naik jambatan gantung, kami jalan-jalan sekitar Menara Kuala Lumpur. Kat sini jugak ada Upside Down House. Masuk berbayaq tapi tak sure plak berapa sebab kami tak masuk pun. Just bergambaq dari luaq ja.










So, untuk sapa-sapa yang free, tak da apa nak dibuat di hujung mingu, boleh la bawak family beriadah ke sini. Kalau berkesempatan boleh naik Menara Kuala Lumpur sama.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..