About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Monday, 30 January 2017

Cat Signature Cafe & Studio

♥Assalamualaikum♥

29 JANUARI 2017, AHAD

Cat Signature Cafe & Studio Bangi, baru mula beroperasi 15 Januari 2017 yang berlamat di No. 8 Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor (sederet dengan Bank Islam). Waktu beroperasi 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat.


Cafe gaya hipstur, menarik. Order Fries dan Chicken Thai Noodle. Not bad, makanan sedap. Cuma terkezut portionnya sikit sangat. Memang lekat celah gigi ja la. Kihkihkihkih!!

Oh, kami ingat kena makan kat kafe ne baru boleh naik ke studio. Rupanya tak makan pun tak pa, sebab nak masuk cat studio kena bayaq asing. RM10 untuk dewasa, bawah 3 tahun free. Bayaq dekat kaunter bawah dan bawak resit ke studio. Tak dak had umuq dan had masa nak masuk sini. Boleh la nak lepak seharian pun kat sini.

 





































Overall not bad. Kafe cantik, studio pun cantik dan bersih. Ada banyak jenis kucing kat sini, comel-comel semuanya. Cumanya macam kesian kucing kat sini. tengok macam stress pun iya, Bayangkan, kalau dah ramai budak-budak. Dengan diangkatnya kucing tu, peluk-peluk, jerit-jerit, berlari-lari dalam studio tu, sampai aku pun qasa nak pi menjerit kat telinga budak-budak tu. Sepatutnya, perlu pengawasan dari petugas kat situ. Larang budak-budak angkat, picit-picit, jerit-jerit kat kucing. Kalau kita yang tengok ne pun stress, boleh bayang dak apa perasaan kucing tu???

Kepada pencinta kucing boleh la try lepak kat sini. Pastikan tak menjerit-jerit dalam tu na, kalau dak meh sini aku tolong jerit tepi telinga, tak pun tolong azan sekali kat tepi telinga. Kihkihkihkih!!





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..