About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Wednesday, 4 January 2017

Melaka (Part 2)

♥Assalamualaikum♥ 

1 OKTOBER 2016, SABTU

Unplanned trip ke Melaka hampir ke penghujung. Macam banyak hari ja kan, padahal sehari semalam ja pun. Kihkihkihkih!! Lepaih tidoq dengan nyenyaknya ataih katil yang empuknya, kami bangun dengan semangat yang berkobaq-kobaq nak sambung jalan-jalan Melaka. Jom, ikut kami hari ne. Jommmmmmmmmmmmm..........

Oh, jangan lupa breakfast. Harga bilik include breakfast tau. Sebelum turun breakfast, kami bawak Nur Iman mandi swimming pool dulu, sebab dia memang suka kalau bab-bab ayaq ne kan...Biaq sampai mulut biru, swimming pool ditinggai jangan. Kihkihkihkih..

Oh, bangun pagi ne, mata Nur Iman sepet sebelah. Tak tau la kena apa. Gigit semut mungkin. Maneh sangat semut tengok. Kihkihkihkih!!

















Lepas setle semua, lebih kurang 11 pagi kami checkout dari hotel. Very recommended hotel ne. Cantik, selesa, besaq, bersih dengan harga yang berpatutan. Makanan breakfast pun banyak pilihan dan sedap. Paling penting ada swimming pool. Hehehehehe!!

Jom, kita sambung jalan-jalan Melaka


Menara Taming Sari

Semalam kan tak sempat nak naik, so hari ne jom kita naik. Boleh tahan ramai yang tengah que nak naik. Menara Taming Sari akan amik masa 7 minit untuk satu pusingan. 1 minit naik, 5 minit kat atas dan 1 minit turun. Sambil naik, Menara Taming Sari akan berpusing perlahan-lahan yang membolehkan kita nampak view Melaka dari atas.


Harga Tiket

Warganegara dengan MyKad
Dewasa : RM17
Kanak-kanak : RM11

Pelancong Asing
Dewasa : RM23
Kanak-kanak : RM15

Waktu Operasi
Setiap Hari : 10pg - 11mlm






MENARA TAMIING SARI
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar kenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Studhuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.



Melaka River Cruise

Dari Menara Taming Sari, kami ke Melaka River Cruise. Niat nak naik malam semalam tak kesampaian sebab orang terlalu ramai, walaupun memang ramai yang suggest untuk naik malam. Katanya malam lebih cantik dengan kerlipan lampu sepanjang Sungai Melaka, romantik gitchewww. Tapi kalau naik waktu siang pun apa kurangnya kan. Kita boleh menikmati pemandangan sepanjang Sungai Melaka. Lebih menarik, boleh nampak semua Wall Art sepanjang Sungai Melaka. Kita juga akan disajikan dengan pemandangan perkampungan Melayu Melaka, Kg Morten. Juga dapat tengok bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir angin, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil. Memang enjoy naik Melaka River Cruise. Antara tempat yang wajib pi kalau anda berkunjung ke Melaka.












Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7

Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg - 12mlm

Harga tiket ne aku dapatkan info dari web Jom Jalan, tapi beza dengan harga tiket yang aku dapat.

Dewasa : RM15.90
Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : Free














Sky Tower @ The Shore

Nak try tahap kegayatan anda?? Jom kita pi Sky Tower. Sky Tower terletak di The Shore Shopping Gallery. Kalau takut tinggi, memang agak gerun nak ke sini. Aku? Kalau ajak aku naik jenis roller coaster ka memang aku berani, tapi bila naik tempat tinggi macam Sky Tower ne, ada sikit qasa gentar. Kihkihkihkihkih!!! Sebabnya, Sky Tower ne terletak di tingkat 42 dan kita boleh berjalan atas jambatan kaca. Bukan boleh, memang kena jalan atas jambatan kaca ne untuk sampai ke atas. Wajibbbbbbb.. FUhhhhhhh!!



















Dari jambatan kaca, naik tangga ke kawasan lapang. Kat kawasan lapang ne jugak ada kolam ikan koi. Kalau nak bagi makan, makanan ikan boleh beli masa beli tiket awai-awai tu. Dan anda boleh stay kat atas ne selama mana yang nak. Tak dak had masa untuk berada kat atas ne.





















Boleh bergambaq kat mana-mana kecuali kat kawasan menara tinjau dengan lantai kaca. Bukan tak boleh bergambaq tau, boleh. Tapi dengan gunakan kamera dari pihak Sky Tower. Gambaq tu nanti kita boleh tengok masa dah keluaq nanti. Dan kalau lawa boleh la beli.

Harga Tiket 
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 18
Bawah 2 tahun : Free
Makanan ikan : RM5 (satu pek)

Harga Gambar 
(Hard & Soft Copy)

1 keping : RM50
2 keping : RM75
3 keping : RM100
(Soft copy boleh scan dari kod yang pihak Sky Tower bagi)





Dari Sky Tower hajat nak ke Zoo Melaka. Ramai yang cakap Zoo Melaka lagi best dari Zoo Negara. Tapi hajat tak kesampaian sebab hujan. On the way tu terus singgah Medan Selera Ayer Keroh pekena Asam Pedaih Resepi Bonda. Fuh, hujan-hujan makan asam pedaih panaih-panaih, nikmat tak terkata.

Perut kenyang, kami terus gerak balik. Lebih kurang 7.30 petang kami selamat sampai Kajang. So, tamatlah unplanned trip kita kali ne.



video

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..