About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Wednesday, 11 January 2017

Aloq Setaq, Kedah

♥Assalamualaikum♥

29 NOVEMBER 2016

Untung sebenaqnya bila kampung jauh nun di Utara, kita plak qeja di ibu kota. Sepanjang perjalanan nak balik ke kampung atau balik dari kampung, kita boleh singgah meqata-qata. Tapi kali ne kami tak dak la singgah meqata sangat pun. Singgah dekat-dekat ja. Jom...........

Hari ne memang plan nak bertolak balik Kajang awai pagi. Pagi-pagi lagi dah keluaq dari rumah.


Roti Canai Mutalib

Destinasi pertama kami pagi ne, singgah makan dekat Roti Canai Mutalib. Roti canai ne memang legend la kat Jitra ne. Orang Jitra mesti tau. Kena sekali nak lagi cek ooiii.. Keistimewaannya? Kuah roti canai tu rasa dia memang sedap, siap ada gearbox lagi. Kami kalau mai sini, gearbox tu memang akan wajib terhidang ataih meja.

Ini ownernya, Pak Mutalib



Roti Canai Mutalib
Medan Selera MDKP,
Jalan Jitra, 
06000 Jitra, Kedah

(Berhadapan BH Petrol, bersebelahan IPD Kubang Pasu)


Bandaraya Alor Setar

Setle isi perut, kami pusing sekitar bandar Aloq Setaq. Sebenaqnya kat Aloq Setaq banyak spot untuk amik gambaq, tapi yang herannya kami tak pernah amik tau. Hari ne baru rasa nak singgah kat semua tempat ne. Jommmmm..


Masjid Zahir

Masjid Zahir merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. Juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar dengan ciri kubah hitam. Satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil yang melambangkan lima rukun Islam.





Replika Pintu Gerbang Kota Istana Tengah

Pintu Gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Setar yang merupakan salah sebuah Istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand pada 13 Mei 1890.

Di atas tapak ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan Pintu Gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan. Pada tahun 2008, Pintu Gerbang itu dibina semula sebagaimana bentul asalnya. Pada setiap sudut Pintu Gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.



Balai Nobat

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1779), beberapa bangunan awal siap dibina termasuklah Istana Kota Besar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baharu setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Pada zaman Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baharu diperbuat daripada batu dan logam dibina. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti binaan masjid. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upcara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.



Menara Jam Besar

Menara Jam Besar terletak di Jalan Putera ini dibina pada tahun 1912 dan kini berusia lebih kurang 100 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.

Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya.

Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan Masjid Zahir yang bersebelahan iaitu daripada segi peranan dan fungsinya. Ia memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di masjid bagi menentukan masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.





Dataran Tanjung Mali

Tanjung Chali yang ditubuhkan pada tahun 1920 adalah tapak bagi melatih orang Melayu di dalam perniagaan. Tujuan Tunku Yaacob menubuhkan pekan sehari itu ialah untuk melatih orang Melayu di bidang perniagaan selain daripada memberi peluang kepada orang kampung bersama-sama mengambil bahagian menjual hasil-hasil kampung mereka. Tunku Yaacob telah berjaya meletakkan asas latihan berniaga kepada orang Melayu sehingga menimbulkan kesedaran kepada kebanyakkan orang Melayu bahawa bidang perniagaan itu bukanlah menjadi hak milik monopoli orang asing sahaja.

Penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan di Kedah terutama di Pekan Minggu adalah hasil kesedaran YTM Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid kerana dari usaha beliau yang gigih itu telah melahirkan peniaga-peniaga kecil Melayu termasuklah di Tanjung Chali.




Ok kan sekali sekala belajaq Sejarah. Kihkihkihkih!! Hari pun dah tengah hari. So, time untuk cari port untuk lunch plak.


Kedai Makan Haji Jamil Ikan Termenung

Antara kedai makan yang famous dekat aloq setaq. Gulai ikan termenung dia perggghhhhh.. Maveles!! Memang sedap. Setiap hari memang akan ramai kat sini dan kalau nak tau dari pagi lagi memang dah ada gulai ikan termenung. Bangun-bangun tidoq boleh terus mai sini, jangan lupa beruih gigi dah.




Kedai Makan Haji Jamil Ikan Termenung
Batas Paip, Teluk Kechai
Kuala Kedah
Alor Setar, Kedah

(Berdekatan kilang Bernas)


Mee Udang Mak Jah

Dari Aloq Setaq kami teruskan perjalanan balik Kajang, then sampai kat Taiping teringat plak Mee Udang kat Kuala Sepetang. Terus masuk susur Taiping, pi cari Mee Udang Mak Jah, mee udang paling femes kat Kuala Sepetang ne. Aku pun tak pernah sampai. Sampai-sampai ja, tengok memang meriah gila. Kedai dia besaq dan bukan ada mee udang ja tau. Macam-macam menu ada kat sini. Mee udang plak ada yang biasa dan ada yang special. Yang membezakannya adalah saiz udang. Yang biasa pun dah puas hati tengok udang dia. Len kali boleh try yang special plak.





Mee Udang Mak Jah
Kuala Sepetang, Taiping
Perak

Waktu operasi : Setiap hari kecuali Rabu, 11 pagi hingga 11 malam


Kalau ikutkan hati, lepas tu nak jugak singgah Ipoh cari Nasi Vanggey. Tapi, rasa macam nak meletop perut sebab macam-macam dah masuk tambah ngan letih, so tak jadi lah. Len kali kami singgah Ipoh plak.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..