About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. A gumoks woman trying to be a kuruih woman. Kihkihkihkih!!

Thursday, 29 December 2016

Melaka (Part 1)

♥Assalamualaikum♥

30 SEPTEMBER 2016, JUMAAT

We're back. Kali ne ke Selatan tanah air. Unplanned trip, tetiba ja Mr Azrol ajak pi jalan-jalan. Ingat nak jalan sekitar KL ja. ropanya diajaknya kita ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, padang bola Stadium Old Trafford adinda tadahkan wahai kanda. Kihkihkih!!

Kebetulan memang ari ne mintak half day dengan bos sebab pengasuh Nur Iman ada hal petang nanti. So, alang-alang tu moh la kita pi holiday.

Balik tengahari, kelam kabut packing bag. Lepas solat Jumaat, kui 3 petang, kami bertolak. Perjalanan amik masa lebih kurang sejam, sampai Melaka kui 4 petang. Mai pun mengejut, so ikut nasib la hotel mana yang kosong. Tak dak kosong kita tidoq dalam qeta. Kihkihkih!!


 MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Fakta menarik mengenai Melaka yang harus anda tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai "Melaka Maju" pada 20.10.2010 pada jam 20.10 do Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka terletak di Pantai Barat Daya Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 1 650 km persegi. Melaka bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.
Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah seperti Banda Hilir, Kota A'Famosa, Kota St. John, Gereja St. Christ dan sebagainya. Pelajarilah sejarah Melaka.



Sampai di Banda Hilir, kami park qeta berdekatan Bangunan Merah. Parking berbayaq, so in sha allah qeta selamat. Kami jalan-jalan sekitar bangunan merah. Petang-petang macam ne memang ramai lepak kat sini. View kat sini memang cantik, kalau shoot wedding kat sini memang cantik. Jom kita jelajah Melaka.




Bangunan Merah @ Studhuys

Bangunan Studhuys
ne merupakan bangunan penempatan rasmi Gabenor Belanda yang dibina pada tahun 1650. Kat kawasan ne pengunjung boleh dapatkan beca yang cantik-cantik yang boleh disewa untuk mengelilingi kawasan sekitar.

Bangunan ne sebenaqnya bangunan yang terdiri daripada lima buah muzium yang berasingan kat dalamnya. Muzium Sejarah & Ethografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan & Demokrasi dan juga Muzium Yang Di-Pertua Negeri.

Bangunan ne adalah tempat tumpuan pelancong yang terkenal. Petang-petang macam ne memang agak sesak dengan pengunjung yang beristirehat dan bergambaq di sekitar Jam Besar.









Street Art Melaka

Street Art Melaka adalah antara tarikan terbaru di Melaka. Boleh nampak "street art" ne di sepanjang Sungai Melaka. Boleh jalan kaki di sepanjang Sungai Melaka dan boleh jugak naik Melaka River Cruise. Aku? Jalan kaki? Memang tak la. Aku kan sayang lemak-lemak aku ne. Kihkihkih. Untuk petang ne kami jalan yang dekat-dekat ja. Malam nanti baru plan nak naik Melaka River Cruise.







Kincir angin yang dibina Belanda pada tahun 1950

Sungai Melaka





















Hard Rock Cafe & Shop

Oh. Hard Rock Cafe jugak terletak di tepi Sungai Melaka. Bagi penggemar barangan Hard Rock boleh la singgah sini. Siap duit ja la k. Dan kat depan pintu masuk Hard Rock Cafe tu ada la sorang uncle chinese ne jadi penarik. Nur Iman dari jauh ja berani, mai dekat penakut. Kihkihkih. Kalau nak bergambaq dengan uncle ne kena bayaq tau. Kalau tak silap aku kena bayaq RM 5 kot. Dah tak ingat dah.








Beca Melaka

Dari hadapan Jonker Street, kami amik beca untuk pusing Banda Hilir. Satu pusingan dengan harga RM50. Sebenaqnya macam risau jugak nak naik beca ne. Sebab risau abang beca tu penat nak kayuh beskal dengan bawak muatan berat. kahkahkahkah!!!

Untuk yang malas berjalan memang aku wajibkan naik beca ne. Beca akan bawak kita pusing Banda Hilir dan akan stop dekat attraction yang ada di sekitar sini.





Muzium Kapal

Muzium Kapal ne sebenaqnya adalah replika kapal Portugis yang dijadikan sebuah muzium. Dikatakan kapal yang asal telah ditenggelamkan somewhere in Selat Melaka. Kapal tu mai Melaka untuk mencuri khazanah berharga Melaka. Kalau nak masuk muzium tu pun boleh. Abang beca akan tunggu. Disebabkan kami macam agak kesuntukan masa, so just bergambaq kat luaq ja.





Jeti Pelabuhan Melaka

Jeti Pelabuhan Melaka terletak berdekatan dengan Muzium Kapal. Aku pun tak pernah tau wujudnya jeti ne. Dan dari jeti ne kita boleh ke Dumai, Indonesia.




Kota A Famosa

Dari Muzium Kapal, kita akan dibawa ke Kota A Famosa. Dekat sini boleh paskan kamera anda dekat abang beca. Dia akan tolong amikkan gambaq kita. Siap ajaq lagi nak berdiri kat mana, macam mana. Hehehehehehe!!

Jom kita belajaq serba sikit pasai Sejarah Kota A Famosa.

KOTA A FAMOSA
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa" atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuha masjid dan bangunan lain.
Pembinaan Kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara atau katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluarte Madre de Dios, Baluarte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja.. tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menaklum Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7 000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porte de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat dengan ukiran "Anno 1670". 










Dari Kota A Famosa kita akan lalu dekat Menara Taming Sari. Kat sini pun kalau nak naik menara, abang beca akan tunggu. Kami tak plan untuk naik menara petang ne, so just lalu ja. Aku ne tak pernah tengok Menara Taming Sari ne. First time tengok, aku macam.."oh, ne ka menara taming sari", "oh, macam ne ka dia naik"....Ingat, macam menara aloq setaq tu. Kihkihkih!!

Dari Menara Taming Sari, abang beca akan stop dekat keretapi tanah melayu yang dah dijadikan kedai souvenir. Kat sini ada jugak ada kapal terbang. Beca akan stop lebih kurang 30 minit kat sini. So, boleh la tengok-tengok souvenir, rehat-rehat dulu.














Done pusing Banda Hilir, abang beca stop dekat Bangunan Merah. Kalau nak stop dekat tempat lain pun boleh, just habaq kat abang beca. Time untuk cari tempat tidoq plak.




Survey punya survey, Hatten Hotel jadi pilihan kami. Dekat dengan kawasan Banda Hilir, so senang kalau nak kemana-mana.










Hatten Hotel, Melaka

Bilik Deluxe King Bed City View with breakfast
RM 350.00 (harga biasa)
RM 269.00 (gov rate)

Bilik besaq, cantik dan selesa. Nasib baik Mr Alon tanya ada gov rate atau tak. Sebab depa takkan habaq tau, kecuali kita sendiri yang tanya. So, kepada staf gov tu ringan-ringankanlah mulut bertanya k.


Jonker Walk

Malam, niat nak ke Melaka River Cruise. Tapi memandangkan orang tersangatlah ramai, kami batalkan niat nak naik. Dinner berdekatan jeti Melaka River Cruise then kami terus ke Jonker Walk. Time malam memang meriah kat sini.

Terletak bersebelahan dengan Hard Rock Cafe iaitu di Jalan Hang Jebat. Kalau nak tau Jonker Walk ne merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah. Kami bukanlah penggemar barangan antik, lebih kepada nak meriahkan Jonker Walk ja. Hehehehehehe!!

Pasar malam ne bukak setiap Jumaat hingga Ahad. Dari info yang aku dapat, masa tahun 2013, pasar malam ne pernah ditutup selama sebulan atas alasan menyebabkan kesesakan lalulintas dan keputusan tak dipersetujui oleh peniaga-peniaga kat situ. Ya la kan, depa dah lama cari rezeki kat situ. Lagipun pasar malam Jonker Walk antara tarikan utama pelancongan Melaka.










Lepas jalan-jalan kat Jonker Walk, singgah Hard Rock Cafe untuk beli souvenir sikit. Then sempat la layan life band sat. Nur Iman kalau bab lagu memang boleh kat dia. Qalit ja dia duk layan lagu.





Done jalan-jalan Melaka hari first. Penat, jom balik tidoq. Esok kita sambung jalan-jalan.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..